KelabMama

Sambil Makan, Sambil Belajar? Hidangan Bijirin Bantu Mama Didik Anak Sihat dan Bijak

Setiap kali nak hidangkan sarapan anak, mesti kena fikir out of the box supaya anak-anak lebih tertarik dan berselera semasa makan. Sebab bila anak tahu hari ini Mama tak hidangkan makanan kegemaran mereka, berkemungkinan besar mereka tak akan makan langsung. 

Rata-rata Mama yang mempunyai anak kecil pasti akan mengalami situasi seperti ini. Keadaan ini membuatkan Mama buntu untuk menyediakan makanan disebabkan anak-anak yang selalu memilih makanan kegemaran mereka sahaja. 

Bagi yang bergelar Mama, semestinya risau terhadap nutrisi anak-anak dan takut tabiat memilih makanan tersebut mengganggu proses tumbesaran dan perkembangan otak mereka. Bukan kita tak tahu, umur 1 hingga 6 tahun adalah fasa yang sangat penting buat kanak-kanak. Ketika fasa inilah mereka berkembang dari segi minda, fizikal dan emosi.

Bukan itu sahaja, kita juga perlu memikirkan tentang bagaimana untuk memanfaatkan masa makan sebagai waktu belajar yang ceria dan menyeronokkan.

Selain untuk menarik minat anak makan bersama, ini juga adalah peluang untuk Mama meluangkan masa setelah seharian sibuk bekerja dan menerokai perasaan anak-anak demi kesihatan mental dan emosi mereka sejak kecil.

Jadi, apa yang Mama boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini? Mama Siti cadangkan Mama hidangkan semangkuk bijirin sebagai sarapan pagi anak-anak bermula hari ini. Nak tahu kenapa? Jom teruskan pembacaan.

Khasiat Bijirin Pada Kesihatan

Menu yang satu ini sering menjadi pilihan utama terutamanya ketika waktu pagi sebagai sarapan. Boleh dikatakan ianya adalah menu sarapan go-to di mana sahaja. Khasiatnya sendiri sudah menjadi jawapan kepada persoalan kenapa bijirin selalu berada di meja makan rakyat Malaysia. 

Bijirin mengandungi kombinasi nutrien yang sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Tanpa sumber nutrien yang mencukupi, perkembangan diri mereka akan berada pada tahap yang membimbangkan. 

Ternyata bijirin penuh juga penting untuk sistem penghadaman yang sihat serta bagi kebaikan kesihatan untuk jangka masa yang pendek dan panjang.

Karbohidrat membekalkan sumber utama tenaga kepada badan kita (55-65% daripada keseluruhan tenaga) dan bijirin penuh adalah antara pilihan sumber karbohidrat yang bagus. Ia bagi mengekalkan kecergasan anak-anak bermula dari awal pagi lagi. 

Dengan memperkenalkan bijian penuh sejak peringkat awal, ia dapat memupuk amalan pemakanan sihat apabila anak-anak dewasa nanti. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Waktu ‘Bonding’ Mama Bersama Anak-anak

Dalam membina suatu hubungan, pihak yang terlibat akan meluangkan masa untuk melakukan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama. Sebagai contoh, Mama dan anak boleh menyediakan hidangan sarapan bersama-sama, sama ada untuk bekalan ke sekolah atau ketika makan di rumah. 

Anak-anak boleh memilih bekas makanan atau pinggan kegemaran mereka untuk menghidang makanan, memilih topping kegemaran dan juga cara hidangan atau plating yang mereka inginkan.

Walaupun aktiviti ini sangat ringkas tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mama sebenarnya sedang memberi peluang kepada anak-anak untuk memberitahu apa yang mereka sedang fikirkan, melatih mereka menyuarakan pendapat serta membuat keputusan. Walaupun usia mereka masih kecil, ia sangat penting dalam membantu membina personaliti apabila dewasa nanti. 

Ini juga merupakan satu kelebihan buat Mama yang sibuk bekerja dan kurang masa bersama anak-anak. Jadi, gunakan peluang ini untuk bonding bersama mereka dan meningkatkan komunikasi antara keluarga.

Alunan Muzik Mendorong Kreativiti

Kalau diperhatikan, kanak-kanak memang sukakan bunyi-bunyian. Tak perlu alat muzik, hanya satu kotak bijirin pun boleh menarik perhatian mereka. Kotak bijirin yang digoncangkan akan menghasilkan bunyi dan menggambarkan kerangupan bijirin tersebut. Dari jauh pun dah boleh dengar bunyi geseran antara bijirin melanggar dinding kotak.  

Selain kotak, perkakas dapur seperti sudu dan mangkuk juga boleh dijadikan alat muzik semasa bersarapan. Ini secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti anak-anak dan juga memudahkan Mama. Anak-anak pasti terhibur dengan muzik yang dihasilkan sendiri di samping memakan makanan yang berkhasiat.

Pendedahan Awal Terhadap Warna dan Bentuk

Ada bijirin yang mempunyai pelbagai warna serta bentuk untuk menarik minat anak-anak untuk makan. Ini adalah alternatif untuk mengajar mereka mengenal warna dan bentuk selain menggunakan kertas dan pensel seperti biasa. 

Tidak terhad pada bijirin tetapi juga melalui ilustrasi di bahagian luar kotak itu sendiri. Sebenarnya mempelajari warna adalah langkah awal untuk melatih otak anak Mama tentang kemahiran berfikir. Selain itu, warna juga merupakan medium untuk meluahkan perasaan. Mama sendiri pasti nak kesihatan mental dan emosi anak-anak sentiasa berada pada tahap stabil bukan?

Tahukah Mama, sebenarnya salah satu cara untuk menarik perhatian anak-anak terutamanya ketika waktu makan adalah dengan ‘masuk ke dunia kanak-kanak’. Apa yang Mama boleh lakukan ialah menjadi lebih kreatif sambil menimbulkan tabiat gemar membaca ketika makan.

Senang cakap, sambil makan, sambil belajar mengenal abjad dan membaca!

Untuk mendukung langkah ini, Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA yang baharu telah dihasilkan dalam bentuk huruf yang menyeronokkan. Bijirin ini mempunyai kebaikan bijian penuh, vitamin B, zat besi serta serat dan kalsium – kombinasi nutrisi yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Kandungan DHA dalam Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA memainkan peranan utama untuk tumbesaran dan perkembangan anak-anak. DHA adalah asid lemak omega-3 yang hanya boleh diperoleh melalui pemakanan kita kerana badan kita tidak dapat menghasilkannya.

Kredit gambar: Facebook @NestleBreakfastCerealsMalaysia

Bijirin berbentuk huruf yang menyeronokkan ini pasti dapat membantu anak-anak Mama mengenal huruf serta membaca seawal waktu pagi dalam keadaan yang lebih ceria dan menyeronokkan!

Ketahui dengan lebih terperinci mengenai Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA di laman web rasmi dan Facebook. Buat Mama yang mahukan kebaikan bijirin ini untuk anak Mama, jangan lupa untuk checkout terus dari kedai rasmi Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA di Shopee hari ini.