KelabMama

Harta Sepencarian: Apa yang Boleh Dituntut? Jom Mama Siti Terangkan

harta sepencarian

Topik ni memang agak sensitif, tapi penting sangat untuk kita ambil tahu lagi-lagi apabila melibatkan hal rumah tangga, penceraian, atau kematian pasangan.

Mama Siti tahu, ramai yang masih tertanya-tanya, “Apa sebenarnya harta sepencarian tu? Lepas bercerai boleh tuntut ke? Kalau suami meninggal, isteri dapat bahagiannya tak? Ha, jom kita sembang bab ni dengan baik-baik.

Apa Maksud Harta Sepencarian?

Harta sepencarian ni, secara mudahnya, ialah segala harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, sama ada hasil usaha suami, isteri atau kedua-duanya sekali.

Harta sepencarian ni bukan boleh dituntut masa bercerai je. Kalau masih dalam perkahwinan pun boleh, apabila suami kahwin lain (poligami). Kalau salah seorang pasangan meninggal dunia pun, tuntutan ni tetap boleh dibuat.

Tak kisah harta tu atas nama siapa, asalkan ia diperoleh semasa masih sah sebagai suami isteri, dan ada sumbangan baik secara langsung atau tidak langsung maka ia boleh dituntut sebagai harta sepencarian.

Sumbangan langsung ni contohnya macam sama-sama bayar ansuran rumah, kongsi modal perniagaan, beli kereta sama-sama, atau simpan duit dalam akaun bersama.

Tapi jangan lupa, sumbangan tak langsung pun sangat penting. Contohnya, isteri yang berhenti kerja demi jaga anak sepenuh masa, masak, urus rumah, beri sokongan emosi dekat suami semua tu dikira sebagai bentuk pengorbanan dan usaha juga.

Harta sebelum kahwin pun boleh jadi harta sepencarian kalau harta tu dikembangkan bersama lepas kahwin. Contohnya, rumah beli sebelum kahwin tapi dibaiki atau ditambah nilai masa dah jadi suami isteri.

Walaupun kahwin tak lama baru 6 bulan, 8 bulan atau setahun, harta sepencarian tetap boleh dituntut. Yang penting, ada sumbangan terhadap harta tu, sama ada duit, tenaga atau masa.

Contohnya, lepas kahwin isteri bantu bayar deposit rumah atau suami menggunakan duit isteri untuk membuka perniagaan. Walaupun tempoh kahwin pendek, sumbangan tetap dikira. Hak tetap hak.

Dalam Islam, adat seperti harta sepencarian ni diiktiraf dan boleh dijadikan hukum, selagi ia tak bercanggah dengan syariat. Maksudnya, selagi adil dan tak langgar hukum agama, ia dibenarkan.

Bila sampai ke Mahkamah Syariah, semua bukti akan dinilai—dokumen, saksi, dan kisah pengorbanan sepanjang perkahwinan akan diambil kira. Di bawah Seksyen 58 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Mahkamah Syariah memang ada kuasa penuh untuk dengar dan putuskan kes-kes tuntutan harta sepencarian.

Bahagian yang dapat tu pula tak semestinya 50-50. Ia bergantung pada sejauh mana sumbangan yang dibuat oleh setiap pasangan sama ada dari segi kewangan, tenaga, atau masa. Mahkamah yang akan tentukan pembahagian yang paling adil.

Harta Apa yang Termasuk?

Ni contoh harta yang biasanya boleh dituntut sebagai harta sepencarian:

Pendek kata: kalau dapat waktu tengah berumah tangga, dan pasangan ada sumbangkan secara langsung atau tak langsung, maka boleh la dipertimbangkan sebagai harta sepencarian.

Apa Bukti yang Diperlukan?

Mama Siti senaraikan siap-siap. Kalau Mama pernah bantu beli rumah, tolong jaga anak sampai berhenti kerja, atau pernah laburkan duit dalam perniagaan suami, ini antara bukti yang boleh bantu kuatkan tuntutan:

Kalau tak ada dokumen rasmi pun, sumbangan secara tak langsung masih diambil kira macam jaga anak, urus rumah, beri sokongan moral dan sebagainya.

Kenapa Penting untuk Mama Papa Tahu?

Sebab tak ramai pasangan terutamanya isteri yang tahu hak mereka. Bila berlaku perceraian atau kematian suami, ramai isteri rasa serba salah nak tuntut harta. Tapi Mama Siti nak pesan, ini bukan soal tamak atau gila harta. Ini soal hak atas usaha dan pengorbanan yang dah dicurahkan bertahun-tahun.

Tak salah pun kalau nak pertahankan apa yang kita berhak dapat, asalkan ikut jalan yang betul dan niat yang baik.

Harta sepencarian bukan sekadar soal duit atau harta benda ia adalah pengiktirafan terhadap sumbangan dan pengorbanan dalam perkahwinan. Kalau Mama rasa ada hak, tak salah untuk ambil tindakan. Jangan tunggu sampai terlambat, dan jangan takut untuk bertanya atau minta nasihat.

Kalau Mama nak tahu lebih lanjut atau perlukan bantuan guaman, boleh jumpa peguam syarie untuk nasihat yang lebih khusus. Yang penting, kita tahu hak kita, dan tahu cara nak pertahankan dengan cara yang baik.


Bahaya sebenarnya tidur cerai ni, nak tahu apa kesannya? Klik di SINI.