KelabMama

5 Haiwan Peliharaan Yang Senang Dijaga dan Kebaikan Membela Haiwan Kepada Kanak-Kanak

budak perempuan dan haiwan peliharaan

“Mama, nak bela kucing boleh?”

Aduhai, anak dah minta nak bela haiwan peliharaan tapi Mama pula seorang yang takut kucing. Mama tak perlu runsing sebab selain kucing, Mama boleh juga cadangkan untuk bela haiwan lain. Lagipun ada banyak kebaikan yang kanak-kanak dapatkan ketika menguruskan haiwan.

Ayuh, kita haiwan peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dan kebaikannya.

5 Haiwan Peliharaan Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

#1 Ikan

Kredit gambar: Pinterest

Paling mudah didapatkan dan kos membeli ikan pun tidak terlalu tinggi. Haiwan ini sangat ideal untuk kanak-kanak kerana kita boleh melibatkan anak-anak dalam rutin memberi makan dan membersihkan sangkar. 

Sekaligus, memupuk anak-anak rasa tanggungjawab dan percaya diri. 

#2 Kura-kura

Kredit gambar: Harian Metro

Ada yang menganggap kura-kura sebagai pendengar yang baik. Kita boleh ambil peluang ini untuk kanak-kanak menjadi orang yang selesa berkongsi kelebihan dan kelemahan masing-masing. 

Kura-kura hanya memerlukan penjagaan minimum tidak seperti haiwan lain asalkan rumahnya dilengkapi dengan penapis air dan lampu pemanas. 

#3 Hamster

Faktor hamster sesuai menjadi haiwan peliharaan kanak-kanak adalah kerana raut wajahnya yang comel. Selain itu, hamster juga mudah dijaga dan dilatih, bahkan kanak-kanak pun boleh melakukannya. Apa yang penting, perlu pastikan sarang dan tempat tidurnya bersih dan selesa. 

#4 Sugar Glider

Kredit gambar: hohenwaldvet.com

Macam tupai tapi bukan dia! Sekilas pandang sugar glider memang ada iras-iras tupai tetapi terdapat beberapa perbezaan pada kedua-duanya. 

Sugar glider memiliki garis gelap dari kepala hingga ekor dan corak tersebut tidak terdapat pada tupai. 

#5 Kucing

Kredit gambar: Instagram/ americanpetproducts

Jangankan kanak-kanak, kita yang orang dewasa ni pun boleh ‘cair’ dengan kecomelan kucing. Kucing sesuai dijadikan haiwan peliharaan buat kanak-kanak kerana ianya mudah diuruskan dan mesra kanak-kanak. 

Tambahan pula, gaya lincah kucing menjadikan kanak-kanak lebih aktif serta dapat mengurangkan waktu dengan peranti gajet. 

Kebaikan Membela Haiwan Peliharaan Buat Kanak-Kanak

#1 Rangsang Kemahiran Motor (Motor Skill)

Kredit gambar: mStar

Tekstur bulu dan kulit haiwan memberi stimulus kepada sentuhan manusia. Perkara ini sangat baik untuk meningkatkan kemahiran motor terutamanya kanak-kanak yang belum lewat bercakap. 

Ketika bermain, kanak-kanak akan bergerak aktif bersama-sama haiwan peliharaannya. Keadaan ini lebih baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang banyak menonton televisyen dan bermain gajet. 

#2 Pupuk Rasa Tanggungjawab

Sejak dari awal lagi, Mama perlu tegaskan bahawa anak-anak perlu menjaga haiwan peliharaan dengan baik tanpa mengharapkan campur tangan orang lain terutamanya Mama dan Papa. 

Anak-anak sendiri yang akan periksa sama ada stok makanan haiwan peliharaan cukup atau tidak. Begitu juga dengan menilai tahap kesihatan haiwan tersebut yang mesti dilakukan oleh kanak-kanak dengan pantauan orang dewasa. 

#3 Latih Berdisiplin

Kredit gambar: Positive Parenting

Kanak-kanak belajar untuk mematuhi waktu makan, tidur dan bermain dengan haiwan peliharaan. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab tersebut boleh mengakibatkan haiwan peliharaan mereka mati. 

Latihan disiplin yang diterapkan ketika memelihara haiwan peliharaan ini, lama-kelamaan menjadi sebahagian dari diri mereka yang akhirnya menyumbang terhadap personaliti mereka ketika dewasa nanti. 

#4 Pendedahan Ilmu Tentang Haiwan 

Kredit gambar: awal.my

Setiap jenis haiwan ada ciri-ciri istimewanya tersendiri yang membuatkan kanak-kanak berfikir dan mempunyai rasa ingin tahu. 

Ketika mereka menguruskan haiwan, kanak-kanak juga belajar tentang biologi dan habitat asal haiwan peliharaannya.  

#5 Bina Keyakinan 

Sedikit demi sedikit kita biarkan anak-anak menguruskan sendiri haiwan peliharaan mereka dengan memberi makan dan membersihkan sarangnya. 

Melalui proses tersebut, anak-anak mula membina keyakinan bahawa mereka mampu menyelesaikan sesuatu tugas.  

Bela haiwan peliharaan ini bukan sekadar bagi rasa seronok sahaja tetapi kanak-kanak juga mendapat kebaikan daripanya. Antara lima haiwan peliharaan yang Mama Siti senaraikan, mana satu agak-agaknya pilihan Mama dan anak ya?


Anak Mama suka haiwan? Bawa mereka ke petting zoo di SINI!