KelabMama

5 Idea Hadiah Hari Ibu Yang Penuh Makna Anak-anak Boleh Berikan Pada Mama

hadiah hari ibu

Tak lama lagi Hari Ibu kan? Mesti tengah pening nak bagi hadiah apa kan. Sebenarnya nak bagi hadiah ni tak perlu pun belanjakan wang yang banyak.

Sebagai anak, mestilah kita berusaha nak happy kan hati Mama kan. Sekurangnya bagi hadiah yang boleh meninggalkan memori indah buat mereka.

5 Idea Hadiah Hari Ibu yang Sangat Bermakna

1. DIY Kad Ucapan Hari Ibu

Apa kata kita buat kad ucapan Hari Ibu. Ada banyak jenis kad ucapan yang boleh kita hasilkan mengikut kreativiti kita sendiri tau.

Walaupun dekat kedai ada je jual kad ucapan tapi lagi puas hati bila kita hasilkannya sendiri. Hasil DIY sendiri lah katanya.

Kredit Video: Youtube Channel Desy Saputri

Kalau blur macam mana nak buat risau tak menjadi lah, barang apa yang perlu beli atau macam mana nak buat lah. Jangan risau ye! Sekarang kan internet hujung jari je, search je dalam YouTube ada pelbagai kad ucapan yang kita boleh buat.

2. Video Ucapan Buat Mama

Kredit Video: YouTube Channel EXISS ABATA Official

Kalau rasa macam risau kad ucapan tak menjadi. Jangan risau! Mama Siti ada next idea iaitu rekod video ucapan anda untuk Hari Ibu.

Hanya rekod video dengan ucapan sebagai hadiah hari ibu yang bermakna sampai bila-bila dan edit video tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Boleh letakkan gambar Mama atau mana-mana klip video Mama yang kita ambik, bolehlah masukkan sekali dalam video ucapan ni.

Ni pun boleh dijadikan kenangan sampai bila-bila tau. Silap-silap sampai usia Mama tua pun asyik tengok je video ni.

Oh ye Kelab Mama ada buat contest tau. Contest video ucapan khas untuk Hari Ibu dari si manja Mama.

Macam mana nak join? Mudah je Mama!

Ni salah satu video Mama dan si manja nya yang telah sertai contest video ucapan Hari Ibu.

Bukan si manja je dapat hadiah, Mama pun tak terkecuali sama untuk dapatkan hadiah jugak tau. Rugi lah kalau Mama dengan si manja tak join contest ni.

Dapatkan maklumat lebih lanjut klik instagram Kelab Mama.

3. Belikan Favorite Dessert Mama

Okay idea seterusnya, boleh beli kek untuk Mama. Kalau beli yang favorite Mama kan, mesti Mama happy punya.

Tapi kalau Mama yang tak gemar makan kek ada banyak je lagi dessert yang boleh pilih. Macam tart cheese, paplova atau donut jugak boleh beli.

Jadi, mesti dah tahu nak beli dessert apa untuk Mama kan?

4. Throwback dengan Mama Masa Mudanya

Apa kata ajak Mama berbual tentang masa mudanya. Lagipun peredaran zaman tak sama kan jadi kenangan tu pun tak sama. Apa yang Mama alami tak sama dengan sekarang.

Mama pun seronok bila anak-anak mintak throwback zaman muda Mama dulu tau. Boleh lah tanya macam mana zaman Mama time kecik dulu atau zaman percintaan Mama dengan Papa dulu ke.

Sudah pasti banyak kenangan manis yang Mama mahu kongsikan jugak dengan anak-anak.

5. Heart-to-Heart-Talk dengan Mama

Anak-anak jugak boleh lakukan sesi heart-to-heart-talk dengan Mama jugak. Tak semestinya Mama je yang boleh buat tau.

Heart-to-heart-talk dapat membuatkan kita bebas bercakap mengenai perasaan kan.

Mungkin ada luahan yang tak dapat nak diungkapkan dengan perkataan. Lagipun idea ni jugak mudahkan nak luahkan perasaan yang terbuku di hati kan.

Lagi senang nak bercakap sebab yang ada cuma kita dengan Mama je, jadi tak adalah rasa malu kalau nak bercakap. Biasa lah selalunya kalau sesi heart to heart ni confirm akan nangis kan?

Jadi macam mana dengan idea yang Mama Siti kongsi ni? Mesti sudah ada idea kan nak beri hadiah apa buat Mama nanti.

Jangan lupa Hari Ibu nanti 14 Mei!


Gembirakan hati Mama dengan pelbagai tips kesihatan dan petua menarik di SINI.