KelabMama

Panduan Untuk Mama! Pakar Kongsikan Garis Panduan Untuk Ibu Menyusu Jika Dijangkiti COVID-19

Pening lah, ada hospital bagi menyusu, ada hospital tak bagi, nak buat apa ni?

Dalam waktu endemik ini, lebih 30,000 orang telah dijangkiti COVID-19 termasuk juga ibu menyusu. Tetapi ada yang masih mempertikaikan sama ada boleh menyusu atau tidak jika ibu positif COVID-19 dan anak negatif, dan sebaliknya.

Dalam perkongsian kali ini, Mama Siti kongsikan jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dengan bukti yang sahih.

Melalui sebuah perkongsian di Twitter, Doc Mummy telah mendedahkan sebuah kajian yang telah dilakukan baru-baru ini, di mana kajian tersebut telah membuktikan bahawa COVID-19 tidak berjangkit melalui penyusuan ibu.

Jika Mama masih ragu-ragu, boleh baca tentang kajian tersebut di bawah:

Kajian Terhadap Ibu Yang Menyusu Jika Positif COVID-19

Wanita yang dijangkiti covid-19 tidak menyebarkan virus tersebut melalui susu ibu. Menurut satu kajian yang menganalisis 110 susu ibu yang dijangkiti covid-19, para pengkaji tidak menemukan bukti yang menunjukkan bayi dijangkiti covid-19 semasa menyusu.

Menurut Paul Krogstad,

“Penyusuan susu ibu tidak berkemungkinan besar menjadi bahaya”

Ini selari dengan saranan CDC dan WHO yang mencadangkan ibu meneruskan penyusuan susu ibu. Tetapi, ibu perlu memakai mask semasa menyusukan anak dan juga mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh anak.

Twitter: DocMummy

Apa Perlu Dilakukan Jika Mama Atau Bayi Positif?

Mujur tidak berjangkit semasa bagi susu! Risau juga Mama Siti. Jika Mama sudah baca kajian diatas, mari kita praktis pula langkah berjaga-jaga semasa menyusu pula.

Berikut merupakan apa yang Mama boleh lakukan jika Mama atau bayi Mama positif:

Ibu menyusu boleh susukan anak tak jika positif covid? Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Semasa Pandemik Covid-19 yang diterbitkan pada Julai 2021.

Semua ibu yang disahkan atau dalam siasatan jangkitan penyakit sewaktu pandemik akan menerima runding cara serta tunjuk ajar tentang penyusuan dan pemakanan bayi mengikut tatacara pencegahan dan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan tersebut.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”.

8 Langkah Menyusu Semasa COVID-19

Penyusuan Susu Ibu Semasa Pandemik COVID-19 Ibu-ibu yang suspected/probable/confirmed COVID-19 disarankan:

1. Memakai pelitup separuh muka setiap masa terutama sewaktu menyusukan bayi.

Kredit gambar: Twitter @MedTweetMY
Kredit gambar: Twitter @MedTweetMY
Kredit gambar: Twitter @MedTweetMY

2. Mengamalkan Hand hygiene sebelum dan selepas bersentuhan dengan bayi termasuk ketika penyusuan dan selepas batuk atau bersin.

3. Mengamalkan Respiratory hygiene sekiranya ada gejala;

4. Routine cleaning and disenfeksi permukaan yang disentuh oleh ibu yang bergejala.

5. Kurangkan sentuhan fizikal dengan bayi sewaktu rooming-in. Pegang bayi hanya untuk penyusuan sahaja.

6. Penjarakan fizikal dengan bayi sewaktu tidak menyusu.

7. Pastikan pengudaraan bilik yang baik.

8. Elakkan bilik yang berhawa dingin.

Semoga panduan ini bermanfaat dan dapat membantu Mama pada masa hadapan ataupun ada kenalan Mama yang memerlukan info ini.

Pesan Mama Siti:

Pelbagai tips yang telah diberikan, make sure untuk menyusu di tempat yang terbuka dan pengudaraan yang baik tau, Mama! Sama-sama kita menjaga SOP sewaktu menyusu untuk melindungi kita daripada jangkitan virus ini!

Kredit: Twitter DocMummy & MedTweetMY