KelabMama

Gadis Alami Cyst Kongsi 8 Perkara Yang Harus Dielakkan Demi Kesihatan Rahim

Sebagai seorang wanita, melahirkan zuriat merupakan sesuatu yang diimpikan sejak sebelum kita kahwin lagi. Hakikatnya, rezeki zuriat, kebahagiaan, jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Yang Maha Esa. Seperti kisah yang dikongsikan Hariza Azmi, mengenai keadaan dirinya yang sekali lagi mendapat Cyst walaupun pernah menjalani pembedahan sebelum itu.

Baru 1 Tahun

3 tahun lepas aku operate buang Cyst. Lepas 1 tahun Cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.

Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.

Sumber: Hariza Azmi

Elakkan 6 Perkara Ini!

Dia sendiri yang terkejut dengan tumbuhan Cyst kali kedua, kongsikan tips dan nasihat yang diberitahu oleh Dr yang merawatnya.

Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.

#1 Jangan makan apa-apa supplement termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa sahaja jenis supplement. NEVER girls! Dalam badan kita dah ada estrogen. (rasanya mcm aku dgr estrogen). Makan lagi supplement menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.

#2 Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya.

#3 Kurangkan makan ayam.

#4 Banyakkan makan ikan & sayur. Ikan Parang tak boleh makan.

#5 Amalkan pemakanan yang sihat.

#6 NO FAST FOOD.

#7 NO makanan dalam Tin (tuna, sardin dll).

#8 NO STRESS

Apa itu Cyst?

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, cyst merupakan ketumbuhan pada ovari lazimnya mengandungi cecair. Ia berlaku ketika proses ovulasi dan pada saat telur atau ovum kita dikeluarkan setiap bulan.

Walaupun ada antara wanita mempunyai cyst, ia tidak memberi apa-apa masalah, malah tidak juga memudaratkan. Namun, ada juga Cyst yang memberikan masalah kepada wanita seperti endometriosis, dermoid, corpus luteal dan cystadenomas.

BACA JUGA: Ingatkan Mengandung, Tapi Sebenarnya Ada Cyst!

Simptom

Checkup 6 Bulan Sekali!

Nasihat Hazira lagi,

Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.

Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.

Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada kkm sekalipon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan kkm tu. Ntah betul ke tidak heheh. Ingat girls. Jangan menyesal!

Pesan Mama Siti

Sebagai seorang wanita, Mama Siti nak nasihat, jaga kesihatan kita daripada sebelum kita kahwin lagi. Tak perlu supplement nak kurus, nak putih nak cantik tu! Paling tidak pun, guna set penjagaan kulit yang betul, sesuai dan SELAMAT! Tak payah la ambil makanan tambahan atau guna produk yang anda baru jumpa di Instagram dan sebagainya. Dalam pada itu, jangan lupa untuk checkup setiap 6 bulan sekali! Jadikan rutin setiap tahun untuk buat checkup seluruh badan, tak kisahlah sihat atau tidak. InshaAllah, lebih mudah untuk kita elak daripada mendapat penyakit yang tidak diingini.