KelabMama

Fidyah – Hanya Klik Je, ‘Settle’ Bayar!

bayar fidyah online

Image from Adobe Stock

Teruja teruja jugak kan tapi ganti puasa dah habis ke belum? Apa? Mama terlupa? Dengan keadaan kita yang dilanda pandemik dan kena berkurung ni kan, susah pula rasanya nak bayar fidyah. Tak apa, jangan panik kerana Islam itu mudah. Bayar fidyah online je takpun guna aplikasi dekat handphone masing-masing. Klik-klik ha dah settle!

Biasalah kita kadang tak ingat berapa hari kita kena ganti kan atau kadang tu tak sempat atas sebab-sebab tertentu. Fahamlah kan, kita sama-sama perempuan. Disebabkan kita dihadkan untuk bergerak ke sana ke sini, kini mama semua boleh bayar fidyah secara atas talian. Pendekatan ini telah pun diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Apa itu Fidyah

Bagi yang tak tahu atau tak jelas, fidyah adalah denda kepada seseorang Muslim yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti atau qada bulan Ramadhan.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB dan kita juga perlu menggantikan puasa walaupun kita sudah bayar denda ini. Hukum menjalankan kewajipan telah difirmankan oleh Allah SWT dalam AlQuran yang bermaksud:

“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.

AlBaqarah: 184

Mudahnya dengan Efidyah atau Online!

Macam Mama Siti dah cakap tadi, sekarang ni dah mudah. Klik-klik je. Bagi mama yang diwajibkan membayar fidyah, Mama Siti cadangkan untuk mama semua gunakan aplikasi efidyah atau secara atas talian. Bagaimana? Ha, sini Mama Siti ceritakan!

Kini, urusan ini lebih mudah dilakukan. Kita hanya perlu install aplikasi eFidyah di Google Playstore atau Appstore. Kata Penolong Pengarah Baitulmal MAINJ, Encik Nur Asraf Hashim, selain eFidyah, umat Islam juga boleh menunaikan bayaran ini menerusi website epayment.maij.gov.my.

Kadar bayaran fidyah ini bergantung kepada berapa hari kita meninggalkan puasa di bulan Ramadan. Cara pengiraannya agak rumit tapi jangan risau. Semuanya akan dikirakan untuk kita di dalam aplikasi dan website itu. Kita hanya perlu ‘online transfer’ je!

Ini link untuk tutorial cara guna aplikasi untuk mama semua rujuk.

Bayaran ini boleh mula dilunaskan pada hari pertama kita berpuasa. Sini Mama Siti nak kongsi extra info pasal fidyah. Mungkin ada mama yang tertanya siapa yang kena bayar fidyah ni kan? Antara golongannya adalah:

Sumber: PPZ MAIWP

BACA LAGI PENJELASAN MUFTI TENTANG QADHA & KIRAAN FIDYAH UNTUK IBU TIDAK DAPAT BERPUASA KERANA BERSALIN

Pesan Mama Siti

Mama Siti yakin, bukan Mama Siti je rasa benda ni. Ramadan kali ini agak sayu. Tiada tarawih berjemaah di masjid, tiada bazaar. Namun Mama Siti yakin, kenikmatan ibadat ini masih sama seperti tahun sebelum ini. Selamat menjalankan ibadah puasa dan menunaikan fidyah bagi yang perlu. Ramadan Mubarak!