KelabMama

10 Punca Faraj Berbau dan Tips Mudah Untuk Mengatasinya

Faraj Berbau

Kredit gambar: steptohealth.com

Faraj berbau adalah masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Bukan sahaja boleh menyebabkan hilang keyakinan diri, malah ia juga akan menjejaskan hubungan bersama suami dan mengundang penyakit. Oleh itu, adalah penting untuk seorang wanita menjaga kesihatan dan kebersihan faraj.

Bagi Mama yang sedang menghadapi masalah kemaluan berbau ini, Mama Siti ingin pesan jangan terlalu risau dan stres! Sebabnya, masalah yang Mama lalui ini dapat diatasi dengan cukup mudah. Asalkan Mama patuhi dan amalkan setiap apa yang disampaikan!

Kalau nak tahu bagaimana caranya dan apakah punca bahagian intim Mama mengeluarkan bau yang busuk, Mama semua perlu ikuti perkongsian Mama Siti di bawah ini. Jom lihat!

Faktor Faraj Berbau

Kredit gambar: www.bcog.com

Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan punca faraj berbau iaitu:

  1. Ketidakseimbangan bakteria di dalam faraj yang menyebabkan berlakunya vaginosis bakteria (BV) dan seterusnya menjadi penyumbang berlakunya faraj berbau.
  2. Trikhomoniasis atau dalam kata lain penyakit kelamin adalah antara faktor faraj berbau.
  3. Sindrom kejutan toksik iaitu sindrom keracunan darah yang berkaitan dengan penyerapan darah yang banyak oleh tuala wanita dan dijangkiti kuman semasa berlakunya haid.
  4. Terlupa membuang tampon bagi mereka yang menggunakannya dan tidak menukar pad.
  5. Jangkitan candida yang disebabkan oleh jangkitan yis menjadi punca kepada faraj berbau.
  6. Perubahan hormon.
  7. Berpeluh dengan kuat.
  8. Pemakanan yang tidak sihat.
  9. Tidak menjaga kebersihan.
  10. Penggunaan produk douching.

Pastinya sangat tidak selesa bukan apabila mempunyai masalah faraj berbau ini? Jadi apa tips untuk mengatasi masalah kemaluan berbau ini? Jom baca 9 tips untuk atasi masalah kemaluan berbau ini yang Mama Siti kongsikan di bawah!

9 Tips Mengatasi Masalah Faraj Berbau

Kredit gambar: lovewellness.com

Jika Mama sedang mengalami masalah faraj berbau ini, Mama boleh cuba beberapa tips yang Mama Siti kongsikan di bawah untuk atasinya iaitu:

#1. Membersihkan Faraj dengan Betul

Kebersihan faraj memainkan peranan penting bagi mengelakkan bau faraj. Oleh itu, pastikan faraj dibersihkan dengan cara yang betul.

Cara paling baik untuk mencuci bahagian intim Mama adalah bermula dari bahagian depan ke belakang. Ini kerana, jika mencuci dari belakang ke depan bakteria dari bahagian dubur mungkin boleh menyebabkan bau pada bahagian faraj.

#2. Jaga Kebersihan Diri untuk Atasi Masalah Faraj Berbau

Sebetulnya, kebersihan faraj akan bermula dengan penjagaan kebersihan diri. Jika Mama menggunakan panty liner pada setiap hari pastikan ianya ditukar dengan kerap.

Begitu juga dengan seluar dalam. Pastikan untuk menukar seluar dalam selalu atau sekiranya seluar dalam telah basah. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembiakan yis dan bakteria di kawasan faraj.

#3. Elakkan Amalan Meruang atau Douching

Kredit gambar: chefin.com.au

Meruang adalah satu tabiat atau amalan yang tidak baik untuk kesihatan faraj. Hal ini kerana, ianya akan membuatkan sebarang jangkitan dan bakteria dari luar masuk lebih dalam.

Ini juga akan membuatkan kawasan intim Mama berbau dan rasa gatal.

#4. Pakai Pakaian yang Sesuai

Pakaian ketat dan terlalu panas boleh menyebabkan peluh serta kotoran terperangkap di kawasan faraj. Ini menyebabkan perkembangan bakteria dan bau yang tidak enak.

Oleh itu, pastikan pemilihan pakaian dan material seluar dalam adalah sesuai.

#5. Gunakan Daun Sirih dan Daun Kemangi untuk Atasi Masalah Faraj Berbau

Kredit gambar: chefin.com.au

Selain dari menggunakan pencuci yang ada di pasaran, penggunaan daun sirih dan daun kemangi adalah pilihan yang tepat untuk mengatasi masalah faraj berbau ini.

Daun sirih mempunyai komposisi eugenol yang berperanan untuk membasmi kuman dan mengelakkan kawasan intim berbau.

Begitu juga daun kemangi yang bersifat anti bakteria dan antioksidan. Ianya membantu untuk membasmi kuman dan kurangkan bau tidak enak pada faraj.

#6. Amalan Hubungan Seksual yang Baik

Di samping itu, hubungan seksual yang tidak baik juga boleh menyebabkan faraj berbau. Oleh itu, semasa melakukan hubungan seks disarankan untuk menggunakan kondom untuk mengelakkan bakteria atau jangkitan dari pasangan masuk lebih dalam.

Pemilihan produk pelincir juga penting untuk mengelakkan faraj berbau. Sebaiknya, pilih produk pelincir yang tiada sebarang perisa dan tiada pewangi.

#7. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Pengamalan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan bau faraj.

Antaranya adalah mengurangkan pengambilan gula dan makanan berlemak boleh membantu mengurangkan peluang untuk mengalami masalah vagina berbau.

Selain itu, pastikan untuk minum banyak air untuk memastikan badan sentiasa terhidrasi. Hal ini kerana, bau faraj akan menjadi semakin teruk apabila badan mengalami dehidrasi.

#8. Elakkan Penggunaan Feminine Wash

Ramai wanita yang tidak tahu bahawa penggunaan feminine wash atau pencuci wanita boleh menyebabkan pH di bahagian faraj berubah.

Cukuplah mencuci menggunakan air biasa kerana khuatir pH pencuci wanita menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pH di kawasan intim dan menyebabkan kawasan intim berbau.

#9. Dapatkan Rawatan Doktor

Kredit gambar: chefin.com.au

Jika masalah faraj berbau tidak hilang selepas mengamalkan tips-tips di atas, maka adalah penting untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor boleh menilai jangkitan atau masalah kesihatan yang mungkin menyebabkan bau tidak enak dan memberikan rawatan yang sesuai dengan keadaan pesakit.

Mama Siti harap dengan perkongsian mengenai tips mengatasi masalah faraj berbau di atas, Mama tidak lagi runsing dengan bau yang tidak enak dari kawasan intim terutama ketika berhubungan seksual dan selesa menjalani aktiviti harian.


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan menarik yang lain di SINI!