KelabMama

Berhenti Percaya Karut Ini Mama! Kanser Ovari: Mitos vs Fakta

Buat pengetahuan Mama, kanser ovari adalah kanser keempat paling biasa dalam kalangan wanita. Pada tahun 2020, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menganggarkan 60 peratus kanser dilaporkan hanya dikesan pada peringkat akhir, menyukarkan rawatan untuk pembunuh senyap wanita ini.

Sempena bulan September adalah bulan Kesedaran Kanser Ovari, Mama Siti baca banyak tentang mitos dan juga fakta tentang kanser ovari ni. Jom kita lihat sama-sama.

5 Mitos Kanser Ovari Yang Mama Tidak Perlu Percaya

Mitos #1: Sista (Cyst) Ovari Merupakan Jenis Kanser Ovari

Sebenarnya Mama, sista ataupun cyst adalah fenomena yang biasa. Malah setiap kali ovulasi, ia akan menjadi sista setiap bulan. Sista seperti ini akan hilang secara semula jadi. Memang macam-macam jenis cyst yang ada, tetapi ia akan hilang sendiri tanpa sebarang rawatan.

Kebanyakan wanita yang ovulasi akan membentuk cyst– kantung kecil berisi cecair – dalam ovari mereka setiap bulan. Ia juga dikenali sebagai sista berfungsi, di mana ia adalah ‘jinak’ dan biasanya hilang dengan sendirinya. Jenis sista benigna lain juga boleh terbentuk di sekitar ovari, dan selalunya hilang tanpa rawatan.

Menurut Pejabat Kesihatan Wanita, hanya cyst yang berjangkit sahaja yang mencirikan kanser ovari, jarang berlaku, dan hanya 13 hingga 21 peratus daripada ovarian cyst yang dikeluarkan adalah kanser.

Mitos #2: Simptom Halus, Pesakit Tak Perasan Sehingga Terlambat

Memang betul Mama, simptom kanser ovari ni menunjukkan simptom yang sangat halus hingga Mama tak perasan pun. Tetapi ada simptom yang sangat ketara dan juga konsisten dan sekiranya Mama perasan simptom-simptom ini, Mama harus segera berjumpa dengan doktor berdekatan.

Tanda-tanda anda mengalami kanser ovari adalah seperti:

Semua simptom ini perlu diperhatikan secara teliti tau Mama!

Mitos #3: Pemeriksaan Ob-Gyn Tahunan Mama Akan Mengesan Kanser Ovari

Ramai yang beranggapan bahawa pemeriksaan Pap smear dapat mengesan kanser ovari. Tetapi hakikatnya, ia hanya menyaring untuk kanser serviks. Buat masa sekarang, tiada ujian yang spesifik yang dapat mengesan kanser ovari dari awal.

Apa yang Mama boleh lakukan adalah berbincang dengan doktor sekiranya kerap berlaku simptom-simptom di atas dan juga sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser serta beberapa faktor risiko lain.

Setelah itu, pakar sakit puan akan melakukan pemeriksaan pelvis, dan mungkin membuat ujian darah dan ultrasound atau pengimejan lain untuk detect ketumbuhan ini.

Mitos #4: Kanser Ovari Tidak Dapat Diubati

Mama Siti faham, 80 peratus daripada kanser ovari ditemui pada peringkat akhir dan ini menakutkan para wanita untuk berjumpa dengan doktor mereka, kerana takutkan pada diagnosis.

Tetapi Mama, kanser ovari boleh sembuh. Terutamanya apabila ia dikesan lebih awal. Kadar kelangsungan hidup lima tahun sekitar 94 peratus, menurut American Cancer Society.

Bergantung pada pelbagai faktor, kanser ovari boleh dirawat dan mendapat hasil yang bagus. Menurut Institut Kanser Kebangsaan, apabila dikumpulkan semua peringkat, hampir 50 peratus wanita yang didiagnosis dengan kanser ovari masih hidup selepas lima tahun. Oleh itu, Mama harus mendapatkan pengesanan awal supaya dapat rawatan awal!

Mitos #5: Serbuk Talkum Menyebabkan Kanser Ovari

Walaupun terdapat beberapa cadangan yang bedak talkum mungkin meningkatan risiko kanser ovari. Tetapi terdapat sikit sangat bukti yang mengatakan penggunaan bedak talkum menyebabkan kanser ovari.

Terdapat sebuah kajian yang dilakukan, namun ia tidak berapa tepat dari segi statistik kerana hanya 4 kumpulan wanita yang dikaji daripada 250,000 wanita.

Benar, memang susah nak detect kanser ovari ni walaupun Mama hadir ke hospital membuat pemeriksaan kesihatan. Sekarang Mama pun dah tahu apa mitos dan juga fakta yang perlu dipertimbangkan. Tetapi jika Mama rasa sakit-sakit tu, sila hadir ke klinik atau hospital yang terdekat untuk pemeriksaan lanjut dengan kadar segera ya.

Jangan ignore dan pentingkan kesihatan anda!


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DISINI.