KelabMama

Kebaikan dan Fakta-fakta Menarik tentang Susu Soya

Sumber: canva

Hari ini, kita melihat pelbagai produk bukan tenusu termasuklah susu soya. Bagi mereka yang mempunyai alahan dengan susu lembu (lactose intolerance), susu soya adalah pilihan terbaik sebagai alternatif menggantikan produk tenusu. 

Susu soya mengandungi protein yang tinggi dan sangat mirip kepada susu lembu. Susu soya juga tersenarai sebagai superfood,  iaitu sumber makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan manusia. 

Sumber: xtra.com.my

Diperbuat daripada kacang soya, kandungan susu soya yang dihasilkan diperkuatkan lagi dengan tambahan vitamin dan mineral seperti vitamin D dan kalsium. 

Tidak dinafikan, dengan teknologi di dalam industri pemakanan yang berkembang pesat kini, banyak kajian telah dan sedang dijalankan untuk menambahbaik pembuatan susu soya. 

Mama Siti ingin berkongsi tentang kebaikan dan khasiat susu soya untuk panduan mama semua. Antara kebaikan susu soya termasuklah:     

Kebaikan Susu Soya 

#1 Mengurangkan risiko obesiti dan kencing manis

Susu soya sangat kaya dengan serat fiber yang memainkan pengaruh yang penting di dalam Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan mengawal kandungan kolestrol dalam badan.

Bagi mama yang sedang mengamalkan diet pemakanan rendah lemak, mengambil susu soya dapat menambahkan protein dan membantu mengurangkan berat badan. Ini sekaligus, dapat membantu mengurangkan risiko obesiti  dan penyakit kencing manis kepada seseorang. 

#2 Baik untuk kesihatan jantung dan tekanan darah tinggi

Produk soya mengandungi kandungan kolestrol dan lemak tepu yang rendah di dalam badan dan sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghalang masalah kesihatan jantung. 

Sumber: thediagnosa.com

Ia juga memperbaiki penghasilan lipid plasma yang dapat menurunkan risiko sakit jantung di kemudian hari. Kandungan susu soya yang kaya dengan vitamin, mineral serta lemak tak tepu polyunsaturated juga boleh memperbaiki kesihatan jantung seseorang. 

#3 Kulit yang lebih licin

Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak membimbangkan, bertukarlah kepada diet pemakanan yang kaya dengan soya. Produk soya dipercayai baik untuk kulit kerana ia dapat mengurangkan hyperpigmentation iaitu kondisi kegelapan kulit.

Sumber: klikdokter.com

Mungkin ada kebenaran apabila turun-temurun ada segolongan orang-orang tua yang percaya ibu yang mengandung dan banyak minum susu soya akan melahirkan bayi yang mempunyai kulit yang gebu. Malah, kajian juga menunjukkan soya juga mengandungi agen anti-penuaan.   

#4 Mengurangkan masalah rambut

Setelah bersalin anak kedua, Mama Siti menghadapi masalah keguguran rambut yang kronik dan rambut bertambah kusam. Susu soya yang kaya dengan protein memberi impak kepada kesihatan rambut. Ia membantu menjadikan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kelihatan lebih bersinar. Ia juga menjadikan rambut lebih lembut halus dan kuat. 

#5 Membantu masalah osteoporosis

Susu soya kaya dengan kalsium yang membantu memperbaiki masalah tulang. Semakin usia meningkat, tambahan pula bagi ibu-ibu yang menyusu badan, badan memerlukan kalsium yang lebih tinggi untuk memastikan tulang dan gigi yang sentiasa kuat. Dengan pengambilan susu soya, masalah tulang dan osteoporosis dapat dikurangkan. 

Sumber: halodoc.com

#6 Anti-depresan dan masalah kemurungan

Kandungan vitamin B6 dan vitamin B kompleks yang tinggi di dalam susu soya membuatkan susu soya salah satu sumber yang boleh mempertingkatkan rasa atau mood positif di dalam diri seseorang.

Magnesium di dalam susu soya membantu badan menghasilkan hormon serotonin yang berfungsi sebagai agen anti-depresan, sekaligus membantu pesakit yang diuji dengan masalah kemurungan. 

#7 Meningkatkan sistem imun badan

Protein di dalam susu soya juga menjadi sumber antibodi yang baik untuk badan. Pengambilan susu soya yang konsisten, sekaligus dapat meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.

Tidaklah bermakna susu soya ini menjadi penawar apabila seseorang itu jatuh sakit, tetapi, sedikit sebanyak, tahap imun yang tinggi akan mengurangkan risiko sesorang daripada mudah jatuh sakit. 

Sumber: halodoc.com

Walaupun ternyata susu soya ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri, masih ramai yang ragu-ragu hendak meminumnya atas beberapa sebab. Berikut, Mama Siti ingin kongsikan fakta tentang susu soya yang mungkin sering disalahfahamkan oleh sesetengan pihak.

Mitos Tentang Susu Soya 

Sumber: thevocket.com

#1 Semua susu soya ialah produk GMO

GMO, genetically modified  food, ialah proses pembuatan makanan yang menggunakan teknik bioteknologi melalui perubahan gen sesuatu organisma atau juga dikenali sebagai kejuruteraan genetik.

Proses ini boleh menyebabkan risiko mendapat kanser. Ramai yang beranggapan susu soya menggunakan teknologi GMO di dalam pembuatannya, padahal tidak semua produk susu soya yang ada di pasaran menggunakan teknik GMO ini.   

#2 Susu soya punca terjadinya kanser payudara

Kacang soya dan produk dari saya kaya dengan sumber isoflavones, iaitu kandungan di dalam tumbuhan yang berfungsi seperti hormon estrogen di dalam badan manusia.

Disebabkan perkara ini, susu soya dikhuatari akan mengganggu kandungan estrogen badan semulajadi dan sekaligus meningkatkan risiko kanser payudara kepada wanita.

Sebenarnya, ini hanyalah mitos yang tidak benar dan belum lagi terbukti secara saintifik. Jadi, tiada apa yang patut dikhuatiri jika kita mahu mengambil susu soya sebagai sumber suplemen di dalam diet pemakanan kita. 

#3 Susu soya menjadikan seorang lelaki memiliki ciri keperempuanan

Atas sebab dan alasan yang sama seperti di atas, susu soya juga dikhuatiri akan membuat seseorang lelaki hilang ke’jantan’an mereka kerana hormon yang akan hormon estrogen akan bertambah daripada meminumnya.

Ini juga adalah satu perkara yang tidak sahih dan susu soya tidak mampu menyebabkan seorang lelaki itu menjadi wanita dengan menambah kandungan estrogen di dalam badan. 

#4 Bayi yang meminum susu soya akan terbantut perkembangan dan tumbesarannya

Susu soya juga dikatakan mengurangkan metabolisme badan bayi yang mengambilnya serta membantutkan tumbesaran bayi. Ini juga adalah satu mitos yang tidak benar kerana belum ada kajian dan fakta sains yang menyokong pada pendapat ini. Malahan, tiada beza yang ketara antara perkembangan bayi yang diberi minum susu lembu ataupun susu soya. 

#5 Susu soya tidak mempunyai protein yang mencukupi untuk badan

Fakta yang sebenarnya, susu soya antara bahan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Malahan, kacang soya juga mempunyai kandungan protein lengkap termasuk protein dari asid amino yang diperlukan untuk badan.

Sumber: suarasurabaya.net

Mama Siti sendiri sangat gemar rasa susu soya yang agak ringan dan tidak terlalu ‘pekat’ berbanding dengan produk tenusu. Ia juga mampu menghilangkan dahaga di saat cuaca panas. Jadi, kalau mama mencari makanan tambahan dan diet yang baik untuk mama dan keluarga, mungkin mama boleh menambah susu soya di dalam senarai makanan mama.