KelabMama

Empat Penyelesaian untuk Mama Yang Sering Tidak Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi

Kalau Mama Siti tanya Mama sama ada Mama nak tukar tidur dengan anak Mama, pasti jawapannya adalah ‘Ya’ bagi ramai ibu bapa; tetapi, tidak bermakna ia adalah mudah. 

Walaupun anak kecil Mama mungkin memberikan kegembiraan yang luar biasa, Mama masih perlu mengharungi cabaran harian termasuk memberikannya makan, menukar lampin, dan tidur. Kebanyakan ibu mungkin menganggap ini hanya berlaku dalam beberapa tahun pertama selepas kelahiran, tetapi bagi sesetengah orang yang perlu mengimbangi antara kerja dan anak-anak, dan rumah, ia boleh menyebabkan Mama dan Papa letih dan kurang tidur. 

Tetapi, nanti dulu!

Jika Mama ingin tidur nyenyak (tidak kira sesingkat mana) untuk menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku pada keesokan harinya, berikut adalah empat penyelesaian untuk membantu gangguan tidur, terutamanya bagi seorang ibu.

Cipta Persekitaran Tidur yang Baik

Persekitaran tidur yang baik untuk orang dewasa ialah bilik yang sejuk, gelap dan sunyi. Jika bayi baru lahir Mama tidak berkongsi bilik yang sama dengan Mama, pastikan ciri-ciri yang sama ada dalam bilik tidur si manja Mama juga. Pastikan suhu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Berdasarkan kajian mengenai Kesan Suhu Tinggi terhadap Kualiti Tidur dan Selera Makan Manusia, penyelidik mendapati bahawa suhu panas pada 36°C dan 38°C menjejaskan tempoh tidur dan menyebabkan waktu tidur menjadi lebih singkat. Mereka mendapati bahawa kualiti tidur pada 32°C adalah yang terbaik, diikuti oleh 28°C.

Jika Mama tidur dengan pasangan yang berkongsi tugas keibubapaan, pertimbangkan untuk meminta seorang ‘berjaga’ dan yang lagi seorang ‘tidak berjaga’ atau boleh berehat. Yang ‘tidak berjaga’ boleh tidur dengan penyumbat telinga atau pun di dalam bilik tidur yang berasingan. Ia membantu ibu bapa untuk (mudah-mudahan) mendapat tidur malam yang berkualiti. Lagipun, tidak bagus untuk kedua ibu bapa mengalami kurang tidur.

Buat Rutin Sebelum Tidur

Jika terdapat kawan-kawan Mama yang tidak mempunyai anak sering bercakap dan menasihatkan tentang rutin sebelum tidur, sebaiknya Mama percaya bahawa rutin sebelum tidur untuk ibu adalah satu perkara wajib! Rutin ini penting untuk otak Mama sendiri berehat, walaupun, ia adalah masa untuk Mama bersama si manja. Menurut Sleep Foundation, rutin waktu tidur untuk orang dewasa membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan semasa lewat malam, dan membantu mengelak daripada insomnia.

Oleh itu, daripada menggunakan telefon bimbit Mama, biarkan diri Mama melakukan beberapa rutin sebelum tidur. Aturkan masa untuk mandi dengan baik dan lakukan rutin penjagaan wajah di mana Mama boleh oleskan produk untuk penghidratan, retinol, dan face oil yang sangat diperlukan oleh kulit wajah Mama. Kemudian, Mama boleh lakukan sedikit regangan pendek sebelum tidur dan sebelum memeluk bayi Mama atau membacakan ‘bedtime story’ kepada si manja. 

Apabila Mama menjadikan ini sebagai tabiat setiap malam, Mama juga sebenarnya sedang berkomunikasi dengan badan Mama, memberitahu bahawa sudah hampir waktunya untuk tidur. Jadi apabila Mama sudah berada di atas katil dan menarik selimut, ia bermakna Mama benar-benar sudah bersedia untuk tidur dan diulit mimpi. 

Kawal Pemakanan dan Minuman Harian 

Bagaimana jika persekitaran bilik tidur Mama sudah sempurna, dan Mama sudah lakukan rutin waktu malam, tetapi masih mendapati diri Mama tidak dapat tidur walaupun Mama sudah sangat letih? 

Jika sedemikan, ia mungkin disebabkan oleh faktor lain—dan Mama Siti pasti ia adalah apa yang ‘masuk’ ke dalam badan Mama. 

Mama Siti pasti yang Mama semua sangat sukakan kopi pada waktu pagi, tetapi, apabila ia menjadi venti mocha latté petang yang tinggi lemak, tidak mengambilnya adalah pilihan yang lebih baik. Makan makanan yang sihat dalam kuantiti yang sesuai adalah penting untuk kesihatan tidur. Malah, menurut kajian, makan pada waktu yang salah boleh menjejaskan jam periferi organ kita, yang kemudiannya akan mempengaruhi bahagian otak yang mengeluarkan hormon. Apa yang berlaku seterusnya ialah ketidakseragaman jam badan kita, yang boleh memendekkan tempoh tidur, lalu membuatkan Mama berasa lebih letih pada keesokan harinya. Diet berlemak, tinggi gula, kalori juga akan membuatkan Mama mengantuk pada siang hari dan mengganggu tidur pada waktu malam.

Jika Mama memerlukan minuman, pertimbangkan untuk mengambil teh chamomile. Jika Mama berasa sedikit lapar, mengambil segelas susu suam boleh membantu.

Dapatkan Tilam yang Baik

Jika Mama harus memilih satu perabot di dalam rumah yang tidak patut untuk Mama menjadi kedekut, ia adalah katil. Kepada semua, terutamanya yang sudah bergelar emak, harus mempunyai tilam yang bagus untuk tidur setiap malam. Kelebihan mempunyai tilam berkualiti untuk tidur berbanding tilam yang buruk ialah Mama akan mendapatkan tidur yang menyegarkan, lebih rehat dan nap yang lebih berkualiti. 

Tilam yang baik harus menyokong tidur Mama dan tidak membuat Mama berasa lebih letih berbanding sebelum tidur. Terdapat juga kajian mengenai sistem tempat tidur dan kesannya pada badan. Apa yang ditemui ialah sistem peralatan tempat tidur baharu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan ketidakselesaan belakang. Ia juga mengkaji jangka hayat tilam berkenaan dengan keselesaan yang akan diperoleh badan kita. Nampaknya tilam lama (lebih daripada 9.5 tahun) tidak memberikan keselesaan seperti tilam yang lebih baru, tidak kira tahun jaminannya.

Oleh itu, jika Mama mengalami ketidakselesaan setiap malam, sukar tidur, atau bangun dengan sakit badan, ini mungkin tanda bahawa sudah tiba masanya untuk Mama membeli tilam baharu.

Sealy Menjaga Badan Mama 24/7

Kredit gambar: Sealy Malaysia

Kerana keselesaan adalah penting, Mama memerlukan tilam yang akan ‘menyelubungi’ Mama dengan tahap keselesaan yang memuaskan hingga Mama rasa tidak ingin berganjak darinya seperti tilam Sealy!

Pencipta tilam ini telah memahami segala-galanya apabila ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan badan untuk mencapai rehat yang optimum. Bahagian tengah sepertiga tilam dipertingkatkan dengan ComfortCore®, lapisan busa memori yang diselitkan gel untuk memberikan tahap sokongan yang lebih baik kepada bahagian bawah belakang, di mana ia amat penting.

Kemudian terdapat juga teknologi yang ditambah pada tilam bernama SmarTex. Ia adalah teknologi fabrik canggih yang disepadukan ke dalam tilam Sealy Posturepedic®. Ia secara aktif menyebarkan haba dan mengekalkan kebersihan untuk membolehkan Mama tidur dengan tenang.

Dalam tilam yang sama juga terdapat teknologi Ice-Touch. Ia memberikan kesihatan dan kebersihan yang baik, menjadikan tidur Mama lebih sejuk dan selamat. Ingat, bilik Mama perlu berada dalam keadaan sejuk untuk lebih bertenang, jadi, sekiranya tilam yang digunakan juga mampu memberikan rasa yang sama, sudah semestinya lebih baik bukan? Terutamanya apabila cuaca kita boleh menjadi sangat panas kerana negara kita berada di garisan khatulistiwa.

Di tengah-tengah tilam Sealy Posturepedic® juga terdapat gegelung Titanium SRxˡˡ®. Gegelung yang kuat, berdaya tahan dan tahan lama ini memberikan sokongan awal yang sesuai dan sokongan mendalam yang diperlukan oleh tubuh Mama. Spring kenyal tersebut disusun dalam lajur berselang-seli untuk kestabilan maksimum yang memastikan Mama tidur lena.

Kerana teknologi yang disepadukan ke dalam satu tilam, yakinlah (secara literal) bahawa ia akan bertahan dan berfungsi sepanjang 10 tahun jaminannya.

Rahsia Setiap Mama yang Sentiasa Bersemangat 

Kredit gambar: Sealy Malaysia

Jika Mama belum pernah mendengar tentang Sealy, sini Mama Siti nak ceritakan!  

Sealy berasal dari Texas, Amerika Syarikat, dan telah memberikan keselesaan dan sokongan kepada penggunanya sejak 1881.

Sebagai pembuat katil, mereka bekerjasama, menjalankan penyelidikan dan membangunkan tilam mereka dengan Lembaga Penasihat Ortopedik (OAB) untuk mengembangkan lagi kemajuan dalam sains tidur untuk memenuhi keperluan Mama dan para pengguna.

Lagipun, tiada seorang ibu pun harus tidur di atas katil yang dinilai kedua terbaik, terutamanya apabila Mama sering berikan yang terbaik untuk anak-anak dan seisi keluarga. 

Bukankah waktu tidur adalah waktu utama untuk memanjakan diri? 

Ini adalah jemputan untuk mendapatkan tilam Sealy. Pergi ke Butik Sealy Sleep, Harvey Norman, Isetan Lot 10 & The Gardens. Sebagai alternatif, Mama boleh klik pada link ini www.shop.sealy.com.my untuk mendapatkannya.

Haa, sekarang, begitulah cara Mama tidur, kelas pertama! 

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.