KelabMama

7 Doa Amalan Suami Supaya Isteri Mudah Bersalin

Fasa kehamilan adalah fasa yang dilalui oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri, dan tidak tertumpu kepada pihak isteri atau bakal ibu sahaja. Walaupun si isteri yang banyak terkesan secara lahiriahnya, suami menjadi tulang belakang yang menampung dan menyokong kekuatan dalam isteri untuk bersama-sama tabah dalam menghadapi pelbagai perubahan semasa kehamilan. 

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh suami dalam menyokong isteri serta memudahkan proses kehamilan sepanjang 40 minggu ini. Selain daripada sokongan secara fizikal dan mental, doa mudah bersalin untuk suami amalkan buat isteri juga pastinya menjadi sumber kekuatan yang baik kepada diri sendiri dan isteri, dengan berharap sepenuhnya dengan ketentuan Ilahi. 

Di dalam Al-Quran, banyak menitipkan doa-doa para rasul untuk ahli keluarga mereka, termasuklah untuk isteri dan anak-anak. Sehebatnya kita mengatur segala perancangan untuk memberi kemudahan yang terbaik untuk si isteri yang sedang hamil, aturan dan perancangan Allah jualah yang terbaik dan hanya Dia Yang Maha Menolong dalam memudahkan segala urusan. 

Zikir & Doa Agar Isteri Mudah Bersalin Untuk Suami

Di ruangan kali ini, Mama Siti ingin kongsikan 7 doa dan zikir yang boleh para suami amalkan, dengan mengharapkan bantuan dan bersandarkan segala urusan kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Mendengar setiap permintaan hamba-hambaNya. 

Ingin Mama Siti ingatkan, ini bukan sahaja doa dan zikir yang boleh diamalkan kerana di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW ada banyak doa dan zikir amalan lain yang boleh diamalkan.

1. Yakin pada Allah SWT 

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud: 

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” [Al-Baqarah 2:185]

Doa mudah bersalin untuk suami ini sesuai dibaca bersama-sama dengan isteri yang sedang sarat dan sakit hendak bersalin supaya yakin bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama-sama hambaNya yang sabar. Dengan keyakinan ini, akan berasa tenanglah si isteri. 

2. Berserah kepada Allah SWT

Dengan keyakinan dan iman yang tinggi, pastinya akan mudah untuk disandarkan segala  urusan kepada Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Mengetahui. 

Hidup sebagai hamba Allah wajib mengimani akan segala apa-apa pun yang terjadi adalah atas pengetahuan Allah. Hatta, kandungan di dalam badan si isteri itu juga pun, Allah SWT Maha Tahu akan setiap keadaannya. Maka berserahlah sepenuhnya kepadaNya.

Amalkan doa dari surah Fatir, ayat 11 yang bermaksud:

Dan tiada mengandung seseorang perempuan, dan tidak pula satu-satunya melahirkan melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. [Fatir 35:11]

3. Doa Nabi Yunus a.s.

Doa Nabi Yunus a.s. ini adalah antara doa yang sering menjadi amalan setiap umat Islam dan mudah untuk diamalkan. Setiap kalimah yang diatur di dalam doa ini, sangat indah dan penuh pengharapan dan keyakinan bahawasanya hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membantu hamba-hambaNya baik di kala senang mahupun susah.

Doa ini adalah doa dan zikir amalan yang boleh para suami amalkan, dan ajak isteri sama-sama melafazkannya ketika di bilik bersalin agar kesakitan bagi mengharapkan bantuan Allah untuk memudahkan segala urusan dengan tenang dan selamat. 

4. Doa Maryam r.a.

Ketika sedang sakit hendak bersalin, Maryam r.a. telah pergi di suatu tempat terpencil dan ketika itulah dia didatangi Jibril a.s yang menyampaikan wahyu Allah SWT kepadanya. 

Allah berfirman di dalam surah Maryam, bermula dari ayat 24 hingga 26, yang bermaksud:

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.”Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. [Maryam 24-26]

Pengajaran yang boleh diambil dari babak ini ialah cara Jibril a.s. yang didatangkan oleh Allah SWT kepada Maryam sebagai teman untuk menenangkan ibu yang sedang sarat dan sakit hendak hamil ketika itu. Begitulah sebaiknya fungsi suami, sebagai pasangan yang sentiasa memujuk dan memenangkan si isteri yang sedang menahan kesakitan dan berdoa. 

5. Doa memohon kemudahan dan pengakhiran yang baik 

Para suami juga boleh mengamalkan zikir robbi yassir wa la tuassir, robbi tammim bil khoir yang membawa maksud:

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan dipersulitkan. Ya Allah, Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.

Doa ini pastinya dapat menenangkan, bukan sahaja isteri tetapi juga para suami yang sedang gusar melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri tercinta ketika waktu hendak bersalin. 

6. Doa Nabi Zakaria a.s.

Al-Quran juga banyak merakamkan doa-doa para rasul yang dimakbulkan Allah SWT. Antara doa yang boleh para suami dan bakal bapa amalkan ialah doa memohon diberi zuriat yang soleh seperti yang dititipkan di dalam Al-Quran, surah Ali Imran, ayat  38 yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan” [Ali Imran 3:38]

Selepas berdoa kepada Allah SWT, doa Nabi Zakaria termakbul dan beliau dikurniakan anak lelaki yang soleh iaitu Nabi Yahya a.s.

7. Doa mendapat zuriat yang tenang

Allah SWT juga mengajar hambaNya untuk berdoa memohon agar mereka diredhai dan mendapat banyak kebaikan yang Allah janjikan untuk hambaNya yang beriman dan soleh. 

Antara doa yang boleh para suami dan bapa amalkan dengan mengharap agar dapat mewujudkan satu keluarga yang bahagia ialah doa di surah Al-Furqan, ayat 74 yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [Al-Furqan 25:74]

Mungkin kebanyakan suami sering terlepas pandang betapa signifikan dan pentingnya berdoa untuk isteri. Malah, berdoa menjadi kewajipan kepada setiap orang beriman, seperti firman Allah SWT di dalam Al-Quran: 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [Ghafir 40:60]

Maka, suka Mama Siti ingatkan kepada para suami untuk sentiasa berdoa kepada isteri masing-masing, tidak kira semasa hendak bersalin atau pun pada hari-hari biasa. Bersandarlah pada Allah SWT Yang Maha Menentukan segala-galanya.

Khusus buat pasangan yang beragama Islam yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata, adalah bagus untuk