KelabMama

Dijemput Ilahi Ketika Bersalin, Permintaan Terakhir Arwah Undang Sebak

Allahu..besarnya dugaan keluarga ini. Si ibu telah dijemput ilahi akibat komplikasi ketika melahirkan zuriat yang ke-empat. Meskipun si ibu tak dapat diselamatkan tapi bayi perempuan di dalam kandungannya berjaya dilahirkan. Hmm tak dapat Mama Siti bayangkan perasaan keluarga ini terutamanya si suami dengan ujian sehebat ini.

Di facebook, seorang photographer telah berkongsi gambar keluarga ini tanpa arwah disisi yang mengundang sebak.

“Mommy ada kat syurga”

Hampir 6 bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia.. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin utk buat photoshoot anak bongsunya Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ni tau mommy dia menanti dia, abg dan adik dia di syurga kelak..

Pada 19th April kami dtg ke rmh arwah di Ipoh. Seperti biasa anak2 arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu utk photoshoot.. Siap pegang tgn ajak masuk. Tolong angkat brg.. Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sbb ni amanah. Masa tu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yg menyambut kami masa tu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing2 dah excited.

“BABY EVA MIRANDA”

Kalau dulu setiap kali datang utk shoot, muka arwah yg pertama akan menyambut kami didepan pintu sambil tersenyum. Tp hari ni kami dtg, rasa kosong sgt. Kosong sgt-sgt. Selalu kami sampai rmh clients mesti nk tgk baby dulu..Dirumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura mcm sibuk sgt. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir.

“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tgk baby Ava..

“Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”

Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.

“Kak Zara nk tgk baby Eva”

Aku selalunya mmg tak sabar nk tgk baby.. Tapi kali ni aku seperti mengelak. Bukan sbb tak suka. Tapi aku takut aku akan menangis. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.

 Akhirnya mengalir juga airmata ini. Aku cepat2 mengesat airmata ni supaya Intan tak tgk. Dada berdegup kencang sgt sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yg tahu.

Masih aku ingat kata-kata terakhir arwah padaku..

“Akak tau xknp Elin ambil akak & Camora Arts compare dgn photographer lain?”

“Selain props, pic cantik semua, pic lawa, album kualiti, layan baik, mmg Camora Arts the best!”

“Tp plg utama issasss, akak & team Camora Arts tak sombong. Walaupun dh level2 King, shoot artis2, VVIP, org kaya raya & gol elit akak tetap layan rakyat marhaen mcm saya ni elok. X pernah double std. Itu yg buat & fam pilih Akak & Camora Arts”

“Elin harap akak akan kekalkan kehumblean akak & team. In Sha Allah akak akan jadi king dlm industri Maternity & Newborn photography ini”

“Dalam sakit2 pun, akak masih ingat yang lain”

“Nanti ms akak dtg shoot baby Elin nanti, Elin belanja Akak mkn sedap2 skit. Apa yg akak & Camora Arts buat lebih drpd tu. Takat bayaran pakej tu mmg lebih dr berbaloi. Xpnh lg Elin rasa akak layan clients double standard. Sakit2 pun layan kami tip top.”

Arwah Elin

Melihat ramai sgt yg membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.

Semasa baby Eva tengah menyusu, sempat lah kami bertanya pada Intan, mcm mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik… mmg arwah Elin mcm tau je dia nk pergi. Intan bg tau.. Kalau Intan berborak malam2 dgn arwah, Arwah selalu ingatkan org keliling dia…

“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…”

Even Masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bg tau dlm keadaan sakit arwah gagah buat persiapan brg2 Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah mcm dah tau dia nak pergi dah… Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yg perlu dibeli. Semua dh tersedia

Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima ksh utk assistant ku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Utk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer utk anak arwah Elin yg ketiga selain dari maternity photoshoot.

We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.

Al-Fatihah..

Zara Haleena
Owner & Principal
Camora Arts

Sumber : Zara Haleena

Pesan Mama Siti

Mama Siti yang baca pun tak dapat nak tahan sebak, inikan pula orang lain. Kisah ini betul-betul buat kita tersedar untuk menghargai setiap insan yang ada dalam hidup kita sebab kita tak tahu bila kita akan kehilangannya. Ingatlah, mereka tak selamanya bersama kita. Jika harini kita melihat senyuman dan tawa riangnya, mungkin esok dia dah tiada. ALFATIHAH