KelabMama

Kenapa Detail Scan Baby Lebih Penting Daripada Scan 3D, 4D, & 5D?

Mama yang tengah mengandung, please take note! Perasaan teruja apabila bakal menimang cahaya mata memang tidak dapat digambarkan. Malah, ia merupakan satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan dengan perkataan; satu perasaan yang membuatkan semua Mama begitu bahagia. Tapi, dalam Mama sedang excited menantikan cahaya mata tu, jangan lupa untuk set tarikh temu janji dengan doktor untuk lakukan detail scan baby. Eh, apa itu detail scan baby? Penting ke detail scan ni?

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diketahui oleh wanita mengandung. Contohnya, antara sebab kenapa detail scan baby lebih penting dari scan 3D4D5D.

Secara ringkasnya, Detail Scan baby ini amat penting kerana ianya dapat membantu ibubapa serta doktor mengesan proses pertumbuhan bayi dalam kandungan sekiranya mempunyai sebarang kecacatan.

Apa itu Detail Scan Baby?

Detail Scan baby merupakan 2D black and white ultrasound scan untuk melihat anggota-anggota badan janin; seperti otak, jantung, buah pinggang, perut dan lain-lain. 

1. Fetal Brain 

Fetal brain (kepala baby) pula dimana kita boleh tengok banyak benda. Otak belakang (cerebellum), cecair dalam otak (lateral ventricles, cm), tissue otak (choroid plexus), saiz kepala dan banyak lagi. Nak kena pastikan saiz okay dan tak ada benda asing disitu. Contoh benda asing yg dimaksudkan ialah cyst. Kalau ada cyst dekat choroid plexus, itu boleh menunjukkan janin kita mungkin ada masalah ‘trisomy 18’ atau ‘Edward Syndrome’.  

Antara cyst yang sering terjadi kepada janin ialah,  Choroid Plexus Cyst: Ada seorang patient ni baby dia ada Cyst ni. Tapi dia buat endah tak endah je. Baru 11 hari lahir, bayi dia meninggal akibat positif ‘Edward Syndrome’. Doktor pun tidak dapat lakukan apa lagi, lalu terpaksa menghentikan bantuan pernafasan bayi tersebut. 

2. Jantung

Selain fetal brain, jantung juga penting dan ada banyak benda yang perlu diperiksa – dinding jantung, salur darah belah kanan dan kiri, empat bilik jantung dan tiga view salur darah.

Biasanya kita takut kalau ada Intracardiac Foci. Jika janin tersebut disahkan mengalami ‘Intracardiac Foci’, bayi anda berkemungkinan mempunyai ‘abnormality’. Kalau ada satu je, maksudnya okay lagi. Tetapi jika ada dua, risiko itu semakin tinggi. Bila dah berlaku begini, doktor biasanya akan periksa organ bayi yang lain, untuk lihat samada normal atau tidak. 

Intracardiac Foci ini dipanggil ‘soft marker’ untuk mengenalpasti keadaan janin – normal atau tidak. Contoh ‘soft marker’ lain ialah baby genggam tangan tanpa lepas (clench fist), echogenic bowel, choroid plexus cyst, thickening of nuchal fold, dan sandal gap kaki.

3. Tangan & mulut bayi, air ketuban ibu & kedudukan uri dalam rahim ibu. 

Tadi bahagian jantung. Selain itu, Detail Scan jugak penting nak tgk janin punya tangan cukup ke tak, mulut tu ade sumbing ke tak, air ketuban cukup ke tak, kedudukan uri okay ke tak.

Untuk air ketuban, kalau sikit kita panggi Oligohydramnios and kalau banyak kita panggil Polihydramnios. Kenapa sikit? Biasa ada masalah dengan baby punya buah pinggang atau sistem pembuangan air kencing dia bermasalah. Banyak pulak bila baby tak minum air ketuban tu.

Tapi ada faktor-faktor lain juga yang mempengaruhi kuantiti air ketuban. Mungkin ibu yang mengandung itu sendiri mempunyai diabetes. Itu juga boleh menyebabkan Polyhidramnios.

4. Jantina

Detail Scan juga lebih jelas untuk periksa jantina. Kalau jantina lelaki, 2D senang, 3D pun senang nampak kemaluan bayi. Kalau bayi perempuan susah sikit untuk guna 3D.

Waktu yang sesuai untuk Detail Scan Baby

Ianya bergantung kepada hospital dan klinik yang anda pergi. Ada yang minggu ke 20 sampai 30. Klinik sering lakukan Detail Scan ini antara minggu ke 18-28. Pada minggu ini, janin kita dah cukup sifat dan kalau besar sangat pula nanti susah untuk dapat lihat semua organ, kerana janin dah padat di dalam perut. 

Dan ada bacaan yang valid sampai minggu 25 ja. Contoh, ‘Nuchal Fold (NF)’. Range saiz NF yang diambil adalah dibawah 0.6. Lebih dari itu akan dikira tebal dan menunjukkan mungkin berlaku abnormality pada bayi. 

Nuchal Fold ini berbeza dengan ‘Nuchal Translucency’. NT scan ni dibuat antara minggu 11-13 minggu 6 hari, untuk lihat samada terdapat kromosom abnormality pada bayi atau tidak. 

Mama jangan salah faham. Scan 3D dan 4D bukanlah tidak bagus. Cuma Detail Scan lebih penting berbanding dua scan tersebut. Mama harus buat Detail Scan semasa mengandung! Lepas dah buat Detail Scan, baru buat 3D dan 4D. Comel je nanti tengok baby masa scan 3D dan 4D. Ada yang senyum,  menguap, muka masam dan semua lah!