KelabMama

Daripada Kesihatan Mental kepada Fizikal, Ini Merupakan Manfaat Kesihatan Yang Berkaitan dengan Probiotik

Tahukah anda, probiotik telah membentuk sebahagian daripada diet yang sering diamalkan masyarakat Asia sejak berabad lamanya? Probiotik yang berasal daripada dua perkataan Latin, “pro” – untuk, dan “biotik” – hidup. Bukan seperti bakteria biasa, probiotik merupakan bakteria baik yang wujud di saluran penghadaman dalam badan kita. Terdapat pelbagai manfaat yang badan kita boleh dapat melalui bakteria probiotik ini. 

Bifidobacterium (mengandungi lactic acid dan acetic acid), yang kebiasaannya ada di usus kita, membantu dalam penghadaman dan menukar laktosa dalam makanan seperti susu, yogurt, krim, dan mentega menjadi lactic acid. Lactic acid pula membantu menghalang pertumbuhan bakteria yang berbahaya dalam usus kita. 

Namun begitu, keseimbangan bakteria dalam tubuh badan kita boleh terganggu akibat makanan yang dijamah. Sebagai contoh, antibiotik atau makanan yang telah berubah warna atau rasanya, akan menghasilkan bakteria berbahaya yang berpotensi menyebabkan keradangan atau mendatangkan penyakit seperti cirit-birit. Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya gejala-gejala ini kerap berlaku. Anda berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti keradangan yang serius di perut, kardiovaskular, metabolik dan alahan (seperti asma). Sebab tu penting untuk anda sekeluarga sentiasa menjaga keseimbangan probiotik di bahagian usus untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit-penyakit tersebut.  

Apabila kita mengambil probiotik, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan kesihatan kita. Probiotik akan menentang organisme berbahaya dalam usus untuk mengurangkan risiko jangkitan, mengawal tindak balas sistem imun memerangi keradangan dan jangkitan, dan seterusnya meningkatkan lapisan usus yang bertindak sebagai penghalang kepada toksin dan organisma yang lain. Proses ini berlaku dalam sebuah sistem kompleks isyarat biokimia antara usus kita dan sel-sel hidup yang lain. 

Sekarang Mama sudah tahu betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan usus kita. Berikut merupakan manfaat kesihatan lain yang anda bakal peroleh apabila anda mengambil probiotik secara teratur. 

Membantu dalam kesihatan mental.

Eh, betul ke? Mungkin ini pertama kali anda mendengarnya, namun dalam satu kajian, memahami microbiome dapat membantu para doktor memahami keradangan yang dapat mengurangkan fungsi otak. Dalam pada itu, beberapa kajian yang lain juga menunjukkan terdapat hubungan antara kesihatan usus, mikrobiotik dan kesihatan mental kita seperti kebimbangan, kemurungan, gangguan bipolar dan skizofrenia. Para saintis juga sedang melakukan kajian untuk melihat samada probiotik dapat mengurangkan simptom autisme dalam kanak-kanak. Kajian mikrobial hubungan antara usus dan otak juga telah menunjukkan bahawa usus yang sihat membantu dalam sesetengah gangguan mood dan juga berpotensi untuk mengurangkan manic attack bagi mereka yang mengalami gangguan bipolar. 

Memperbaiki kesihatan usus.

Mengamalkan pengambilan probiotik dalam pemakanan juga dapat merangsang bakteria baik yang sedia ada di dalam badan. Cuba bayangkan terdapat satu bakteria baik sebagai booster untuk kesihatan usus anda. Pasti anda akan berasa lebih selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti harian. 

Melegakan cirit-birit.

Probiotik membantu mengembalikan keseimbangan bakteria dalam usus anda. Oleh kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan cirit-birit, Bifidobacterium Longum membantu mengurangkan tempoh penyakit tersebut. Dalam pada itu, kajian juga mendapati bahawa probiotik dapat membantu usus anda melawan patogen yang tidak diingini dan memastikan nutrien yang diambil dapat diserap dengan betul. 

Jantung yang sihat.

Menurut Johns Hopkins Medicine, makan makanan yang mengandungi probiotik dapat membantu anda mendapatkan tekanan darah yang lebih sihat. Sebagai contoh, yogurt yang mengandungi bakteria precursors yang digunakan untuk menghasilkan satu bahan kimia khas, yang kemudiannya diserap oleh badan. Bahan kimia tersebut yang berpotensi menurunkan tekanan darah. Prebiotik yang terdapat dalam makanan yang mengandungi serat seperti bawang putih, pasta, dan ubi keledek juga memberi manfaat kepada bakteria lain untuk memberi kesan yang sama pada badan kita. 

Mengurangkan masalah kulit. 

Probiotik juga dapat mengurangkan beberapa masalah kulit seperti ekzema. 

Yogurt Probiotik – BeFine 

Yogurt probiotik BeFine merupakan sumber probiotik yang ideal dalam menjaga kesihatan usus anda sekeluarga. BeFine boleh didapati dalam bentuk yogurt atau minuman, dan didatangi dalam beberapa perisa – yogurt (original atau buah markisa) dan minuman (original, buah markisa, mulberi atau perisa strawberi).

Dikilangkan mengikut piawaian Jepun yang ketat, produk BeFine mengandungi Bifidobacterium (salah satu strain probiotik yang terbukti secara klinikal dan disahkan di Jepun) dan kombinasi bakteria terpilih yang sesuai dengan gaya hidup anda. Minuman Yogurt BeFine mengandungi 0% lemak, 0% kolesterol, manakala Yogurt BeFine diformulasikan dengan rendah lemak, dua kali kurang gula berbanding minuman yang lain dan kedua-duanya tidak mengandungi pewarna tambahan. 

Kesihatan badan anda adalah tanggungjawab anda. Buat pilihan yang bijak dan ambil pemakanan seimbang serta secara sederhana. Dapatkan probiotik terbaik untuk anda sekeluarga, BeFine, di mana-mana cawangan Giant, AEON, MyDin, Aeon Big, The Store, MyNews, Econsave, TF Value, Billion, Tunas Manja, Nirwana, Jaya Grocer dan lain-lain berhampiran anda hari ini.

Artikel ini diolah daripada Motherhood.com.my.