KelabMama

Bagaimana Kalau Kami Memberitahu Anda, Daging Luncheon Yang Sihat dan Sedap, Sebenarnya Wujud? Kanak-Kanak Pun Setuju!

Daging yang diproses adalah sangat mudah, dan kita tidak boleh menafikan, ia merupakan pilihan makanan yang lazat terutamanya apabila kita kesuntukan masa dan idea.

Walaupun daging tersebut telah diproses secukup rasa, tetapi walau bagaimanapun, daging tersebut turut tinggi dengan garam dan lemak tepu, dan kita tahu kedua-dua ini boleh memudaratkan kesihatan kita! Tambahan pula, proses pembuatan, sumber bahan, kualiti daging, dan kebersihan tapak kilang beberapa produk ini juga turut sentiasa dipersoalkan.

Sebagai seorang emak, Mama Siti rasa wajar untuk mengatakan bahawa kita semua berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu memastikan anak-anak kita mendapat makanan yang lazat dan bernutrisi, semuanya disediakan dengan cara dan persekitaran yang bersih. Pada Mama Siti, ia bukanlah sesuatu yang ‘too much’ untuk dijadikan persoalan bukan?

Lebih Sihat dan Rasa Yang Sedap Dalam Satu Tin!

Sudah tentu tidak! Mama sekeluarga kini boleh menikmati menu yang sedap dan menyihatkan semuanya dalam hanya sebuah tin! Sebagai seorang mak, Mama Siti pun sangat teruja untuk kongsikan mengenai Yumeat yang serba baharu (disebut YUMeat), produk daging berasaskan tumbuhan semata-mata! Dihasilkan dengan penuh berperisa, produk Yumeat diperbuat daripada bahan bukan daging (seperti kekacang, gandum, oat dan cendawan!) dan sedia untuk dimakan atau dimasak dalam tempoh yang sekejap sahaja. Apa yang bakal Mama dapat adalah sama seperti rasa daging dalam hidangan kegemaran Mama tetapi tanpa bahan-bahan yang tidak bagus yang sering terdapat dalam daging yang diproses.

Apakah itu Yumeat?

Yumeat mempunyai proses pemilihan bekalan bahan mentah yang ketat yang menjamin semua ramuannya diperolehi secara bertanggungjawab dan bukan GMO. Produk-produk Yumeat dirumus untuk mengandungi lebih banyak serat, kurang lemak dan lemak tepu, dan kurang garam. Keseluruhan proses aliran daripada formula produk kepada pembuatan telah dikawal oleh kumpulan R&D sendiri, pakar pemakanan bertauliah, dan proses QC yang teliti untuk memastikan setiap produk dihasilkan dengan kualiti yang tertinggi untuk para penggunanya.

Apa Yang Membuatkan Yumeat Istimewa?

Memandangkan produk Yumeat adalah pra masak dan menjalani rawatan suhu tinggi yang hampir sama dengan pensterilan, produk Yumeat selamat untuk dimakan panas atau sejuk—sama ada anak-anak anda suka menikmatinya terus daripada bungkusannya—tumis, goreng, deep fry, panggang, atau secara kukus, Mama pasti akan memukau si kecil (dan yang besar) di rumah! Perlu diingat juga bahawa Yumeat adalah mesra vegan dan diperakui Halal, pilihan yang bagus untuk setiap Mama dan Papa yang sibuk! Dan sudah tentu, pilihan kegemaran Mama Siti sekeluarga sekarang!

Mengapa Makanan Berasaskan Tumbuhan?

Menjelang 2050, dianggarkan bahawa populasi global akan meningkat kepada 10 bilion. Yumeat percaya bahawa protein tumbuhan akan menawarkan pilihan yang lebih padat untuk menangani isu ‘ketidakamanan’ sumber makanan—yang lebih sihat untuk manusia, lebih selamat untuk haiwan dan lebih baik untuk planet ini.

Oleh yang demikian, dengan visi itu ia telah membuatkan pengeluar makanan terkemuka dalam misi untuk menyediakan produk alternatif daging yang inovatif, yang menyumbang kepada matlamat kemampanan global. Lalu, terhasillah produk rangkaian daging berasaskan tumbuhan Yumeat yang berkualiti dan membanggakan!

Yeay, Masa Untuk Makan!

Yumeat didatangkan dengan tiga (3) perisa yang lazat, sedia untuk menggembirakan dan menambah selera orang ramai di mana sahaja, termasuk versi pedas buat mereka yang menggemari sedikit ‘kepanasan’ dalam makanan mereka!

Daging Luncheon Berasaskan Tumbuhan Yumeat
Daging Luncheon Berasaskan Tumbuhan Yumeat Pedas
Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan Yumeat dengan Pes Kacang

Jom Mama Siti Bantu Mama Dengan Resepi-resepi Yummy Yumeat Ini!

Bagi penggemar snek, inilah snek idaman anda—Kentang Goreng Luncheon berasaskan tumbuhan!

Kentang Goreng Luncheon

Kentang Goreng Luncheon

Bahan-Bahan:

Sos Pencicah:

Mama mempunyai tetamu dan Mama memerlukan hidangan yang tampak mewah tetapi tidak memerlukan penyediaan yang remeh dan membosankan? Inilah Luncheon dan Kentang dalam Sos Kacang Bakar—kegemaran seisi rumah kami sekarang!

Luncheon Dan Kentang dalam Sos Kacang Bakar

Luncheon Dan Kentang dalam Sos Kacang Bakar

Bahan-Bahan:

Perasa:

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kentang hingga hampir masak.
  2. Masukkan daging luncheon, bawang kuning dan capsicum merah dan masak selama 5 minit.
  3. Akhir sekali, masukkan kacang panggang dan kacau perlahan-lahan sehingga kacang masak.
  4. Hiaskan dengan daun bawang.

Sekiranya Mama mencari-cari hidangan yang memuaskan anak Mama sehingga suapan terakhir, Mama Siti cadangkan resepi Nasi Daging Cincang Taiwan yang pasti menjadi pilihan mereka!

Nasi Daging Cincang Taiwan

Bahan-Bahan:

Sos:

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan Yumeat dan bawang sehingga perang sedikit.
  2. Campurkan semua bahan sos dan masukkan ke dalam kuali, kacau rata dengan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan Yumeat.
  3. Reneh dengan api perlahan selama 10 minit.
  4. Pekatkan sos dengan tepung jagung jika perlu.
  5. Tuangkan ke atas nasi yang telah dimasak dan hidangkan bersama bok choy.

Mama Influencers Pun Turut Sukakan Yumeat!

Lihat para Mama yang lain menawarkan pelbagai idea resepi kreatif khas buat Mama dengan Yumeat!

Pendapat Mama Lain Yang Baru Mencuba Yumeat Sama Seperti Mama

Jangan hanya percaya kata-kata kami sahaja, lihat apa yang Mama lain katakan setelah mencuba Yumeat Plant Based Luncheon ini!

Ia mudah untuk disediakan kerana ia adalah menu makan tengah hari yang sedia untuk dimakan. Saya dan anak saya menyukainya kerana ia sedap seperti daging biasa dan kurang masin!—Tan Yee Lian

Sesuai dengan kedua-dua kari kuning dan merah. Ia sangat lembut dan penuh rasa, seperti daging sebenar.—Annur S

Yumeat kelihatan seperti daging, rasa seperti daging tetapi ia 100% berasaskan tumbuhan dan mesra vegan. Rasanya sedap & tidak terlalu masin seperti daging luncheon yang lain. Anak saya suka makanan ini.—Chee Yeng N

Baik Untuk Kesihatan, Baik Untuk Bumi

Sekarang, adakah Mama bersetuju dan akui bagaimana serba-bolehnya produk ini walaupun hanya dalam sebuah tin? Yang pastinya, ia merupakan antara pesaing yang unggul! Selain daripada idea resepi di atas, terdapat banyak variasi untuk menyediakan daging luncheon berasaskan tumbuhan ini. Mama boleh mendapatkan resepi-resepi tersebut di sini. Untuk memahami lebih lanjut tentang Yumeat—jenama, produk dan misi di belakangnya, Mama boleh melawat laman webnya yang penuh dengan maklumat dan interaktif, hari ini!

Dapatkan satu tin luncheon berasaskan tumbuhan Yumeat dan daging cincang segera di AEON BiG, Giant, HeroMarket, Jaya Grocer, MYDIN, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G) dan Lotus’s! Ada yang lebih memudahkan? Mama kini boleh memesan secara talian di kedai rasmi Ayam Brand di Shopee dan Lazada: https://linktr.ee/yumeat.malaysia

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.