KelabMama

CTG SEMASA BERSALIN, APA KEGUNAANNYA?

Bagi mama yang baru pertama kali nak bersalin mesti rasa pelik kenapa kena pasang alat pada perut. Apa benda alat ni? Ha..itulah Cardiotocography atau CTG iaitu ujian yang kerap dilakukan terutama pada lewat trimester ke 3 dan pada saat nak bersalin.

Ia dilakukan untuk mengesan sama ada jantung bayi mama berdegup pada kadar normal atau tak.

Biasanya, kadar denyut jantung bayi adalah di antara 110 dan 160 denyutan seminit dan meningkat apabila bayi bergerak. CTG juga akan melihat bagaimana kadar denyut bayi mama terjejas oleh kontraksi mama.

Terdapat beberapa sebab mengapa CTG dibuat semasa hamil, diantaranya

CTG mempunyai 2 monitor yang akan dilekatkan pada perut mama dan bersambung pada mesin yang mengukur kadar jantung dan juga boleh mengesan sebarang kontraksi pada rahim mama. Mama selalunya berbaring pada katil dan ia selalunya berlangsung selama 30-40 min.

Hanya terdapat 2 keputusan dari CTG ini iaitu samada ia ‘reaktif’ atau ‘tidak reaktif’. Hasil reaktif selalunya menandakan bayi mama dalam keadaan yang memuaskan.

Hasil bukan reaktif tak semestinya menunjukkan bayi ada masalah. Bayi mama mungkin telah tidur sebentar sementara ujian sedang dilakukan. Sekiranya keputusan ‘tidak reaktif’, doktor mama mungkin meminta mama kembali untuk ujian lain selepas satu jam. 

CTG juga kadang-kadang dilakukan semasa bersalin apabila bayi memerlukan pemantauan yang berterusan. Ia selalunya dilakukan pada kandungan berisiko seperti kencing manis atau darah tinggi atau jika mama mempunyai aliran Syntocinon.

Ia untuk memastikan bayi mama dalam keadaan memuaskan sepanjang proses bersalin.

Keputusan CTG yang tak normal mungkin menunjukkan bayi mama lemas dan doktor mungkin menyarankan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi mama.Credit info alamhamilblog.com

Credit info http://alamhamilblog.com