KelabMama

Columbia Asia dan Homesoy Bekerjasama untuk Menawarkan Ujian Saringan Payudara Mampu Milik Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025

pintober kanser payudara

Kumpulan hospital Columbia Asia, dengan kerjasama Homesoy,  melancarkan Kempen Pink October 2025 untuk menggalakkan wanita supaya mengutamakan kesihatan payudara melalui ujian saringan mampu milik.

Di hospital Columbia Asia terpilih, para wanita boleh mendapatkan pakej ujian saringan payudara tersebut dengan harga istimewa dari 1 September hingga 30 November 2025:

Kedua-dua pakej termasuk yuran laporan oleh pakar radiologi dan hanya sah untuk pesakit yang membayar sendiri (tidak melibatkan tuntutan insurans).

Kerjasama Strategik dengan Homesoy

Sebagai saguhati, setiap pesakit yang mendaftar untuk mana-mana pakej ujian saringan akan menerima HOMESOY 3.0 Soya Milk 946ml secara percuma.

“Columbia Asia telah menaja sejumlah RM35,000 sebagai sokongan kepada kempen Pink October Homesoy bertemakan ‘Stop That Dot Together’,” kata Pengurus Pemasaran Serantau Columbia Asia, Gwen Yap.

“Selain itu, 1,200 unit baucar tunai bernilai RM25 akan diedarkan oleh Homesoy semasa perlangsungan siri jerayawara dan sesi ceramah. Baucar ini boleh ditebus bersama pakej Ujian Saringan Payudara Pink October 2025 Columbia Asia (Ultrasound dan/atau Mammogram),” tambahnya.

Gwen Yap,
Pengurus Pemasaran Serantau Columbia As
ia

Columbia Asia turut menyediakan 6 pakej Ujian Saringan Kesihatan & Kanser Payudara sebagai hadiah cabutan bertuah anjuran Homesoy.

Memperkasakan Wanita Melalui Kesedaran Kesihatan

“Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. Dengan menawarkan ujian saringan pada kadar yang berpatutan, Columbia Asia memudahkan wanita untuk mendapatkan saringan. Kerjasama dengan Homesoy juga memberi nilai tambahan yang bermakna kepada inisiatif ini,” ujar Gwen.

Kempen Pink October ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh Columbia Asia di semua hospital rangkaiannya (kecuali Columbia Asia Extended Care Hospital Shah Alam), selaras dengan komitmen untuk menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Kempen ini ingin memperkasakan para wanita agar lebih proaktif dalam menjaga kesihatan diri.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan ujian saringan, sila layari www.columbiaasia.com atau hubungi Hospital Columbia Asia yang berhampiran anda.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Banyak lagi info kesihatan yang Mama Papa boleh explore di SINI.