KelabMama

“Check-Up Drive Thru” untuk Bayi Jaundis

klinik drive thru untuk bayi jaundice

Image credit Sirap Limau

Check-up drive thru untuk bayi jaundis? Kenapa tak boleh kan? Jaundice atau demam kuning ni adalah salah satu perkara normal yang dihidapi oleh bayi baru lahir. Tapi jangan pula kita ambil mudah dengan hal ini. Terutamanya dalam keadaan sekarang ni menyebabkan mama papa takut nak bawa anak check up terutamanya bagi bayi yang ada jaundice.

“Check-up Drive Thru” untuk Bayi Jaundis di Ipoh

Bagi mereka yang tinggal di Ipoh, mereka tak perlu bimbang lagi untuk bawa bayi check up kerana di sana ada sebuah klinik ‘drive thru’ untuk pemeriksaan bayi jaundis yang disediakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bestnya! Hanya check up bayi dari dalam kereta je.

Inisiatif yang diambil oleh para pengamal perubatan di hospital ini adalah bagi mengekalkan ‘social distancing‘ serta memudahkan mama papa untuk lakukan ‘check up‘ bayi mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham menzahirkan kebanggaannya terhadap inisiatif pihak hospital itu kerana langkah itu bukan je memberi kemudahan kepada mama papa malah juga menjimatkan masa menunggu dan mengelakkan kesesakan di klinik. Tambah beliau lagi, kebanyakan mama papa memberi ‘feedbacks’ yang positif dengan pendekatan ini.

Seramai 63 bayi telah disaring pada 29 Mac 2020 di mana proses ini bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Proses saringan ‘drive thru jaundice’ ini dilakukan oleh pasukan dari Klinik Paediatrik HRPB yang diketuai oleh Dr Chua Bee Sim dengan menggunakan kemudahan fasiliti dari Klinik Kesihatan Greentown.

Hasil saringan itu telah menahan 3 bayi bagi proses fototerapi manakala 11 orang bayi memerlukan rawatan venesection.

Pendekatan yang inovatif ini akan diteruskan pada masa akan datang biarpun COVID-19 berakhir kata Dr Noor Hisham. Katanya lagi, pasukan pakar kanak-kanak akan menambahbaik perkhidmatan mereka bagi melancarkan lagi proses ini untuk kemudahan bersama.

KKM Kebanggaan Kami

Dengan ‘updates’ yang positif tentang COVID-19 dari hari ke hari serta inisiatif yang kreatif seperti drive thru jaundice ini, sudah cukup membuktikan, bahawa negara kita mempunyai pasukan kesihatan yang hebat dan unggul di mata dunia.

Terima kasih warga KKM yang telah banyak menyumbangkan kudrat dan berkorban demi menjamin kesihatan negara. Semangat dan kesabaran mereka patut dibanggakan dan dicontohi oleh kita semua demi terus membangunkan negara kita, Malaysia.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

BACA LAGI JAUNDIS BAHAYA ATAU TIDAK? FAKTA MENARIK TENTANG JAUNDIS YANG BIASA DIHADAPI BAYI BARU LAHIR.

Pesan Mama Siti

Harus diingatkan bahawa demam kuning jangan dibiarkan atau diambil mudah. Hal ini kerana, setiap perubahan yang ditunjukkan oleh badan anak-anak adalah petanda kepada tahap kesihatan mereka. Mama Siti harap semua terus menjaga jarak sosial dan kebersihan diri. Staf KKM sedang melakukan yang terbaik bagi menyekat wabak pandemik ini, kita hanya perlu duduk di rumah dan patuh dengan arahan kementerian sahaja. Bersama kita melawan COVID-19 demi masa depan semua!