KelabMama

Tembikai Tawar Mengecewakan. Ini 8 Cara Pilih Tembikai Manis dan Ranum

Kekecewaan membeli tembikai dengan rasa yang tawar sangatlah tidak disukai. Lebih-lebih lagi jika buah tembikai tersebut ada banyak biji. 

Sebenarnya ada cara nak pastikan kita dapat tembikai yang ranum dan manis. Mama cuma perlu lihat pada ciri-ciri bahagian luarnya sahaja. 

Terus ikuti artikel ini supaya dapat elakkan membeli tembikai tawar lagi. 

Knock, Knock Who’s There

Kredit gambar: Freepik

“Mama Siti, boleh pakai kah tips pilih buah tembikai dengan ketuk-ketuk ni? “

Secara saintifiknya, Mama Siti belum lagi jumpa mana-mana sumber sahih yang menyokong pernyataan itu. Tapi memang Mama Siti selalu dengar pun sebelum ini. Cuma diri sendiri saja yang tak pandai nak bezakan bunyi ketukan. 

Kalau Mama sama seperti Mama Siti, sebenarnya ada lagi cara nak bezakan rasa buah tembikai dengan melihat pada ciri-cirinya yang lain tau. 

8 Cara Pilih Tembikai Tanpa Perlu Tepuk-Tepuk

#1 Bulat Sekata

Kredit gambar: Hanieliza’s Cooking

Bandingkan saiznya dengan beberapa tembikai yang lain. Jika ada yang berbentuk bulat sekata, ada harapan Mama akan dapat buah tembikai yang manis. 

Tapi harap dimaklum ya Mama semua sebab tembikai yang bulat sekata mempunyai kandungan air lebih rendah berbanding tembikai lonjong. 

#2 Bentuk Lonjong

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Buah jenis ini banyak dijual di pasar tani atau di gerai tepi jalan. Lebih mudah didapati di lokasi ini. 

Bentuk lonjong macam mana? 

Mama tahu bola ragbi? Ha, macam itulah bentuknya. Buah tembikai berbentuk lonjong lebih berair dan berjus. Pilihan yang tepat dibuat air jus tembikai. 

Tetapi buah tembikai lonjong ada juga yang banyak biji tau Mama. Mama pastikan dulu sebelum beli ya. 

#3 Warna Tompokan

Kredit gambar: Cleverly Me

Di bahagian luar kulit tembikai terdapat tompokan berwarna putih dan kuning. Lihat pada kecerunan warnanya. 

Jika tompokan itu berwarna oren kekuningan, itu tandanya buah tembikai sudah ranum sebelum dipetik. Rasanya cukup manis sekali. 

Manakala jika tompokan berwarna putih, berkemungkinan besar ia belum betul-betul masak dan rasanya tidak manis. 

#4 Saiz Sarang Tembikai

Lagi satu tips memilih buah tembikai adalah dengan melihat pada sarangnya. Buah tembikai yang manis terdapat sarang yang besar pada permukaan luar kulitnya. 

Tetapi jika Mama jumpa tembikai dengan sarang kecil, rasanya mungkin tawar. 

#5 Warna Kulit

Don’t judge a book by its cover‘ 

Kalau nampak tembikai berwarna gelap dan kusam, jangan terus kata tak sedap pula ya. Sebabnya ciri-ciri seperti itulah yang menandakan tembikai sudah masak ranum. 

Permukaan kulit dengan ciri-ciri berkilat dan berwarna cerah pula bermaksud ia belum betul-betul masak lagi, belum ranum lah senang cerita. 

#6 Tekstur Kulit 

Kredit gambar: knownyouseed.com

Tekstur kulit kasar sangatlah tidak menarik perhatian berbanding yang licin kan? Tetapi yang kasar itulah sebenarnya yang telah masak sempurna. 

Tekstur licin pula menandakan ianya belum masak ranum lagi. 

#7 Lebih Berat Dari Yang Disangka

Kredit gambar: Simply Resipes

Tembikai yang segar dan lebih berjus boleh dilihat pada beratnya. Buah tembikai yang kecil dan berat memenuhi kriteria yang Mama Siti beritahu tadi. 

Orang putih kata kalau tembikai itu ‘heavier than it looks’, maka utamakanlah yang kecil itu. 

#8 Bentuk Tangkai

Kredit gambar: Air Balang

Cari bahagian tangkainya, lihat sama ada ianya melingkar atau lurus kerana ia memberitahu tentang rasanya. 

Tangkai yang melingkar menandakan buah tembikai itu manis dan tangkai yang lurus menandakan buah itu kurang manis. 

Kredit gambar: Freepik

Oh, rupanya kita boleh tahu rasanya berdasarkan warna, tompokan dan tangkainya. Rugi betul selama ini tak tahu tips dna cara pilih tembikai yang betul.

Sekarang, dapatlah bezakan mana satu yang dah masak, mana satu yang belum. Jimat masa, terjaga emosi. 


Mama nak lebih banyak info tentang makanan kesihatan? Klik di SINI.