KelabMama

“Makan Durian Awet Muda” 10 Cara Pilih Durian Manis dan Tebal

Kalau sebut pasal durian ni, boleh jadi rancak, boleh juga jadi isu sensitif. Rata-rata orang Malaysia memang suka makan durian disebabkan rasanya.

Ada tips dan petua kalau nak pilih durian ni. Kalau tak pandai cari, silap-silap kena ‘game’ dengan tauke durian. Sakit hati betul!

Kelebihan Makan Durian Kepada Kesihatan

Kredit gambar: Bobo.ID

Tahukah Mama, durian ada lebih dari sekadar rasa. 

Durian bermanfaat kepada kesihatan manusia. Raja buah itu sebenarnya membantu dalam proses pencernaan. Ia mempunyai kandungan serat yang tinggi yang menggalakkan pergerakkan usus. 

Seterusnya, kajian di tahun 2018 menyatakan durian mampu mengurangkan jumlah kolesterol jahat dengan cepat melalui saluran najis. Secara tak langsung, buah durian termasuk dalam golongan diet mesra jantung.

Vitamin dan kimia organik mengurangkan jumlah radikal bebas dalam tubuh badan. Oleh itu, ianya mampu memperlahan simptom penuaan seperti kedutan, kehilangan rambut dan kehilangan gigi.  

10 Cara Pilih Durian Yang Manis dan Tebal

#1 Elak Durian Merekah

Kredit gambar: RASA

Seboleh-bolehnya, Mama Siti nasihatkan agar tidak memberi durian yang sudah retak di bahagian hujungnya.

Durian yang merekah ialah durian yang sudah atau hampir tidak elok. Dari segi rasa, ianya agak sedikit masam dan selalunya akan dijadikan tempoyak

#2 Bunyi Goncang

Kredit gambar: The Economic Times

Satu lagi tips memilih durian yang berkualiti adalah dengan mengoncangkannya. Jika Mama rasakan pergerakan seperti getaran, maksudnya isinya matang dan kering. 

Isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit durian manakala yang lembab pula akan melekat pada dinding kulit durian. 

#3 Hidu Bau

Kredit gambar: The Financial Express

Kenal pasti baunya. Ada dua sahaja kemungkinan. Sama ada berbau kuat atau tiada bau langsung. 

Durian yang berbau wangi memiliki buah yang besar, manis dan matang. Manakala jika tiada bau, ianya mungkin sudah masuk angin dan tidak enak lagi. 

#4 Lihat Durinya

Kredit gambar: Produce Report

Pastikan durinya masih keras. Caranya ialah rasa dengan jari dengan berhati-hati. Kalau Mama nak tahu isi durian yang elok, pilih duri yang jarang, besar dan agak tumpul.

#5 Tangkai Bergerigi

Kredit gambar: KASKUS

Tangkai yang bergerigi menandakan durian itu tidak gugur secara semula jadi. Boleh jadi durian telah dipetik terlebih dahulu dan disimpan sebelum dijual kepada pelanggan.

Cara kenal pasti isinya tebal atau tidak, cungkil kulit tangkainya dengan kuku. Jika terasa tebal, berkemungkinan besar, isinya juga tebal.

#6 Lima Pangsa

Dari bahagian luar, Mama akan nampak pangsa buah durian. Pangsa ialah garis dari bahagian atas hingga ke bahagian bawah kulit durian. 

Durian yang memiliki lima pangsa mempunyai lebih banyak isi berbanding durian yang ada 6 pangsa. 

#7 Bentuk Jantung

Kredit gambar: Marshalizadotcom

Kebiasaannya durian berbentuk seperti jantung manusia ini tidak mengecewakan. Durian dengan saiz tidak simetri memiliki rasa manis, biji kecil dan tentunya isi yang tebal. 

#8 Durian Bulat

Kredit gambar: Kompas.com

Kita boleh menjangkakan isi dan rasa melalui fizikal luaran durian. Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang besar dan banyak. Manakala, durian yang lonjong mempunyai rasa lebih manis dan sedap.

#9 Pilih Yang Ringan

Kredit gambar: Sinar Harian

“Kalau ringan bukan ke maksudnya lebih tebal isinya?”

Belum tentu! Kebiasaannya durian yang berat menandakan ianya masih mentah. Boleh jadi juga isinya sudah rosak. Contohnya, isinya sudah berair, busuk dan sudah tidak elok lagi. 

#10 Makan di Kedai

Kredit gambar: M-Update

Banyak kelebihan kalau kita makan di gerai menjual durian. Jika Mama dapati mana-mana durian tidak berkualiti, Mama boleh terus tukar yang baru. 

Cara pilih durian ini membantu Mama terselamat dari ditipu penjual. Sama macam kena tipu beli ikan. Tak seronok kan. 

Kredit gambar: Food Navigator Asia

Sekarang, Mama dah tahu cara-cara nak pilih durian yang tebal isinya, manis dan berkualiti. Walaupun Mama Siti kata durian banyak manfaat, Mama jangan pula makan secara berlebihan ya. 

Dalam apa-apa perkara sekali pun, bersederhana lebih baik. Selamat menikmati durian!


Mama nak lebih banyak info tentang makanan kesihatan? Klik di SINI.