KelabMama

CARA MUDAH UNTUK PERIKSA SIMPTOM KANSER PAYUDARA! MAMA BOLEH LAKUKAN DI RUMAH!

Ada sesetengah penyakit kita langsung tidak dapat mengesannya sehinggakan ianya sudah berada pada tahap yang merbahayakan barulah ianya dikesan. Jadi, pastinya kita tidak mahu ianya berlaku kepada diri kita mahupun orang yang disayangi.

Mungkin cara penjagaan tubuh badan dan diet sihat yang kita amalkan sudah disempurnakan dan dipraktikkan tetapi siapa boleh melawan takdir bukan? Jadi, sebelum ianya terlambat, lebih baik mengesannya lebih awal agar masih ada peluang dan cara untuk kita mengubatinya.

Disini ada beberapa cara untuk mengesan sebarang simptom atau tanda kanser payudara.

Simptom:

Cara Melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Langkah 1: 

Mulakan dengan memerhati payudara anda di depan cermin dengan postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang.

Perhatikan dari segi saiz, bentuk, rona, dan mengesan terus bengkak di bahagian payudara.

Jika anda mengenal pasti sebarang kelainan pada payudara anda seperti kemerahan dan pembengkakkan, adalah lebih baik untuk terus mendapatkan pemeriksaan pakar.

Langkah 2:

Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat pada perubahan yang sama seperti di atas.

Langkah 3:

Tatkala anda berada dihadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yang keluar dari sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.

Langkah 4:

Melakukannya dalam keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda untuk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dengan lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dalam pergerakan membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.

Langkah 5:

Terakhir sekali, lakukan pemeriksaan yang sama seperti langkah 4 tetapi dengan postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah untuk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dalam keadaan basah dan licin. Jadi, majoriti golongan wanita suka melakukan pemeriksaan ini ketika mandi.

Berapa kerap seharusnya PSP dibuat?

Apakah yang harus dilakukan jika dapati keadaan luar biasa di payudara?

Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda. Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.

 

Sumber: Eh.com.mywww.breastcancer.orgwww.myhealth.gov.my, www.tipssihatselalu.com