KelabMama

Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Berserta Gambar Pelbagai Posisi

Sumber: istockphoto

Memang naluri seorang ibu itu ingin menyusukan si comel dengan susu badan sendiri. Tetapi rupanya bukanlah sesenang yang disangka. Ibu yang menyusu badan mestilah kuat fizikal dan mental untuk memberikan nutrisi yang secukupnya kepada bayi.

Banyak ilmu yang para ibu perlu belajar dan usaha untuk mahirkan diri seperti posisi penyusuan dan teknik menyusu yang betul.

Tanda-Tanda Bayi Anda Lapar

Terutamanya jika ini adalah anak sulung, tentu ibu-ibu masih tidak mahir dalam memahami kehendak si comel kan? Ramai yang menyangka bayi akan menangis apabila lapar. Itu tak semestinya ya.

Jadi macam mana nak tahu kalau si comel perlukan susu? Jom tengok beberapa tanda bayi lapar daripada perkongsian Hospital Putrajaya ini:

  1. Bayi membuat bunyi berdecit yang perlahan
  2. Bayi menggerakkan matanya
  3. Bayi menghisap jari atau kain
  4. Bayi membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya
  5. Bayi memusingkan kepala dan mencari-cari payudara
  6. Bayi menangis

Ada juga orang tua-tua cakap, bila susu badan ibu itu keluar dengan sendirinya, si comel sedang lapar lah tu. Betul ke macam tu ibu?

Posisi dan Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir

Menurut Debra Rose Wilson, terdapat pelbagai posisi dan cara yang para ibu boleh cuba untuk menyusukan bayi baru lahir. Mengikut keselesaan dan situasi masing-masing, pilihlah posisi mana yang sesuai ya:

1. Cradle hold

Sumber: healthline.com

Ini adalah teknik penyusuan badan yang paling kerap dipraktikkan. Dalam posisi ini, ibu menyokong badan bayi dengan tangan yang paling dekat dengan payudara. Contohnya, jika anda ingin menyusu si comel dengan payudara belah kanan, tangan kanan anda yang akan menyokong belakang badan bayi.

2. Cross-cradle hold

Sumber: healthline.com

Berbeza dengan cradle hold, cross-cradle hold adalah sebaliknya. Jika anda menyusu si comel dengan payudara belah kanan, tangan anda belah kiri yang akan meyokong badannya.

3. Football hold

Sumber: healthline.com

Juga dikenali sebagai rugby hold, posisi penyusuan football hold dikatakan sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarean. Tangan anda akan memegang bayi di salah satu sisi badan anda sambil lehernya disokong dengan jari anda. Dengan cara ini, badan bayi tidaklah memberi tekanan pada perut ibu.

Selain itu, anda juga boleh lihat si comel menyusu dengan lebih jelas. Kebiasaannya, bantal diletak di bawah badan bayi untuk membantu ibu menyokong badan si comel.

4. Football hold untuk anak kembar

Sumber: healthline.com

Manakala jika anda dikurniakan anak kembar, ibu-ibu gemar memilih posisi football hold untuk menyusu si comel. Setiap anak akan berada di salah satu sisi badan ibu sambil badan mereka ditampung dengan bantal untuk memudahkan penyusuan.

5. Posisi side-lying

Sumber: healthline.com

Jika anda ingin menyusu sambil berbaring, boleh cuba posisi ini ya. Caranya senang je. Ibu akan berbaring pada mana-mana sisi badan dan susukan si comel tanpa disokong bantal ataupun selimut di bawah dan sekitarnya. Hanya gunakan tangan anda untuk menyokong badannya jika perlu ya.

6. Posisi laid-back

Sumber: healthline.com

Pernah tak para ibu mahu menyusu bayi tapi mahu bersandar sambil menonton rancangan kegemaran? Haa… bolehlah cuba posisi ini.

Selesakan kedudukan badan anda terlebih dahulu, alaslah belakang badan dan pinggang dengan bantal ke, kemudian susukan si comel terus ke payudara.

Biasanya dengan posisi ini, badan si comel kurang memerlukan sokongan. Mereka akan secara spontan menyelesakan diri mereka di atas badan anda.

7. Posisi upright

Sumber: healthline.com

Juga dikenali sebagai koala hold, cara menyusu sebegini sesuai untuk bayi yang lebih matang dan kuat lehernya. Si comel yang mempunyai masalah refluks dan masih tidak pandai untuk menelan susu dengan baik juga sesuai ya.

Ia dapat mengelakkan mereka daripada tersedak.

8. Posisi dangle

Sumber: healthline.com

Pada posisi ini, bayi anda akan berbaring dan badan anda akan menyusu dengan payudara seakan tergantung. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah saluran susu tersumbat ya.

Tarikan graviti dan urutan pada payudara sambil menyusu dengan cara ini boleh membantu melancarkan aliran susu tau.

9. Posisi lying down untuk anak kembar

Selain dari football hold, posisi lying down sesuai juga untuk bayi kembar ya. Anda hanya perlu berbaring dan biarkan mereka menyusu sambil berada di atas badan anda.

Banyak kan posisi yang ibu-ibu boleh cuba? Jika anda selesa dengan posisi tertentu, tidak semestinya ia sesuai dalam semua situasi tau. Para ibu hendaklah bijak menyesuaikan diri ya? Yang penting, anda dan si comel selesa.

Tips Penting Untuk Penyusuan Bayi Baru Lahir

1. Kekerapan menyusu badan: Susu badan ibu akan dicerna dengan cepat tau. Jadi bayi yang menyusu badan biasanya lebih kerap menyusu berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula. Secara ringkasnya, penyusuan susu badan adalah berkonsepkan feed on demand

2. Teknik lekapan yang betul menurut Hospital Putrajaya adalah:

3. Nada menyusu yang betul ialah: hisap-telan-hisap-telan

4. Tanda susu ibu mencukupi menurut Kementerian Kesihatan Brunei ialah:

5. Jika para ibu mengalami kekurangan susu badan, bolehlah cuba beberapa cara ini ya.

6. Selepas menyusu, jangan lupa untuk sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan dari muntah susu ya.

7. Pastikan anda menyusu bayi dengan menggunakan kedua-dua belah payudara untuk mengelakkan masalah bengkak payudara.

Semoga Usaha Para Ibu Diberkati...

Sumber: istockphoto

Menyusu bayi yang baru lahir bukanlah mudah tetapi dengan panduan yang betul dan sokongan dari orang sekeliling, para ibu tentu akan berjaya. Semoga segala usaha murni ibu-ibu yang berusaha untuk menyusukan si comel akan diberkati olehNya.