KelabMama

Cara Mendapatkan Anak Kembar. Ikuti 5 Cara Ini!

Foto Kredit: Adobe Stock

Bila tengok orang lain yang ada anak kembar mesti terlintas juga dalam fikiran tu teringin nak anak kembar. Tipulah kalau tak terfikir macam mana cara mendapatkan anak kembar sedangkan dalam keluarga tak ada keturunan kembar memang mustahil nak dapat anak kembar.

Eh siapa kata kena ada keturunan kembar baru boleh dapat anak ‘twins’ ni? Tak semestinya mama! Yang tak ada keturunan kembar pun boleh dapat anak kembar tau. Ada caranya yang Mama dan Papa boleh cuba. Tapi sebelum tu Mama Siti nak terangkan dulu tentang kehamilan kembar ni.

Untuk pengetahuan Mama, kehamilan kembar mempunyai dua jenis. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ada 2 jenis kembar iaitu seiras dan tak seiras.

Kembar Seiras 

Foto Kredit: Adobe Stock

Ini berlaku apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami) dan kemudian embrio itu terbelah menghasilkan 2 embrio.  Embrio akan membahagi dan menghasilkan dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk dalam satu plasenta yang sama.

Kembar Tak Seiras 

Foto Kredit: Adobe Stock

Kembar tak seiras berlaku apabila 2 telur (isteri) yang berbeza bersenyawa dengan 2 sperma (suami).  Ini menghasilkan 2 embrio, masing-masing membesar menjadi janin dan akhirnya terhasil 2 orang bayi dalam plasenta yang berasingan.

Kembar seiras berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka akan serupa. Contohnya lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan) tetapi akan terjadi sebaliknya bagi kembar tak seiras (mempunyai komposisi genetik yang unik)

Jantina bagi kembar tak seiras pula boleh jadi sama (lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan) ataupun tak sama (lelaki-perempuan). 

Menarik kan? Teringat pula pendidikan sains waktu sekolah dulu. Ha, dulu-dulu memang la belajar je, tapi bila dah dewasa ni teringin pulak nak anak kembar ye dak?

So? Macam mana nak dapatkan anak kembar? Mama kena ingat, faktor juga memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan peluang dalam proses mendapatkan anak kembar ya.

Faktor-faktor Dapat Anak Kembar

#1 Genetik

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama mungkin pernah dengar yang anak kembar hanya akan terjadi kalau pernah ada dalam sejarah keturunan kembar. Ini memang benar. Kemungkinan untuk mama mempunyai anak kembar mungkin lebih tinggi jika mama sendiri mempunyai kembar atau saudara-saudara yang ada kembar.

Salah satu sebabnya adalah kerana hiperovulasi, iaitu keadaan di mana tubuh akan melepaskan dua atau lebih telur semasa ovulasi – secara dasarnya syarat untuk mempunyai anak kembar.

#2 Umur

Adakah mama berumur 35 tahun ke atas? Menurut Mayo Clinic, sekiranya mama ingin mempunyai anak kembar, mama mungkin akan mendapat peluang itu jika anda berusia 30-an atau 40-an. 

Wanita “usia ibu yang sudah lanjut usia” (frasa yang biasanya digunakan dalam keadaan perubatan yang bermaksud wanita berusia yang lebih dari 35 tahun) akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengandungkan anak kembar. 

#3 Berat badan

Foto Kredit: Adobe Stock

Menurut beberapa penyelidik, wanita yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi mempunyai tinggi peluang untuk mendapat kehamilan kembar. 

Wanita obesiti sebelum hamil secara tak langsung lebih cenderung untuk melahirkan pasangan kembar tak seiras. 

Tapi harus ingat, doktor tak menasihatkan wanita yang ingin merancang kehamilan bayi kembar untuk menambah berat badan.

#4 Jumlah Kehamilan

Percaya atau tak, peluang untuk mengandung secara kembar akan meningkat bagi setiap kehamilan. 

Lagi-lagi jika anda pernah melahirkan pasangan kembar pada kehamilan sebelum yang terdahulu, kemungkinan besar mama akan mengandungkan bayi kembar lagi.

5 Cara Mendapatkan Anak Kembar

1) Pengambilan pemakanan

Foto Kredit: Adobe Stock

Menurut HelloDoktor, beberapa bukti menunjukkan pengambilan makanan tertentu akan dapat meningkatkan peluang untuk mengandungkan anak kembar.

Wanita yang makan makanan yang tinggi dengan protein dan tenusu cenderung mempunyai anak kembar.

Antara jenis makanan yang digalakkan diambil adalah:

2) Mengambil ubatan/rawatan

Foto Kredit: Adobe Stock

Ubat kesuburan adalah ikhtiar yang popular bagi mereka yang merancang kehamilan kembar.

Ini kerana ubat tersebut dapat meningkatkan tahap kesuburan dengan merangsang pengeluaran sperma atau telur. 

Apabila lebih banyak telur dihasilkan, terdapat peluang untuk lebih daripada 1 telur akan dilepaskan bagi tujuan persenyawaan.

Ubat kesuburan yang sering digunakan.

3) Jarak Kehamilan

Ini merupakan kaedah lain yang membolehkan mama mengandung anak kembar. Mempunyai jarak yang cukup antara kehamilan boleh meningkatkan peluang.

Jika mama hamil kembali dengan terlalu cepat setelah mempunyai anak, ia akan mengurangkan peluang untuk kehamilan kembar.

4) Rawatan IVF

Foto Kredit: Adobe Stock

Rawatan juga merupakan sebahagian IVF. Tetapi salah satu faktor utama yang meningkatkan peluang kembar mama dengan teknologi pembiakan ini adalah bilangan embrio yang mama putuskan untuk dipindahkan.

Beberapa pasangan memilih untuk memindahkan hanya satu. Walaupun embrio tunggal mungkin akan berpecah menjadi dua dan berubah menjadi kembar yang sama, perkara ini terjadi dengan jarang sekali. 

Sekiranya mama memindahkan dua (atau lebih) embrio dan dua-dua embrio tersebut berjaya ditanam dan berkembang, kembar (atau lebih!) akan menanti mama!

Kajian menunjukkan bahawa kadar kehamilan kembar dengan IVF dengan embrio segar adalah 12.1 peratus untuk wanita di bawah umur 35 dan 9.1 peratus untuk wanita berumur 35 hingga 37 tahun.

5) Berdoa Kepada ALLAH

Foto Kredit: Adobe Stock

Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

  1. Surah As-Saaffaat Ayat 120:
  2. Surah As-Syura ayat 50:

Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu adalah dengan izin dan rahmat Allah. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah.

Akhir sekali, walaupun mempunyai anak kembar mungkin nampak seperti kebahagiaan yang susah untuk dicapai untuk kedua-dua pasangan suami isteri. Tetapi percayalah, mendapatkan satu bayi yang sihat pun sudah cukup untuk memenuhi ruang kosong kebahagiaan itu. InsyaAllah.

Pesan Mama Siti

Bersyukurlah bagi mereka yang dah dikurniakan anak kembar kerana tak ramai yang berpeluang melahirkan anak kembar. Tapi bagi mereka yang ingin mencuba apa salahnya. Kita boleh mencuba sebaiknya dan selebihnya tawakal kepada NYA. Hanya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.