KelabMama

8 Cara Hilangkan Sakit Tekak Gatal & Kering Dengan Berkesan – Atasi Masalah Susah Telan

cara hilangkan sakit tekak covid

Pernah tak Mama mengalami sakit tekak sehingga terpaksa tulis atas kertas sebab tak ada suara nak bercakap. Sudahlah suara hilang, tekak pula rasa perit dan sakit semasa menelan. Lagi tak best, jika rasa sakit tekak berlaku pada waktu pagi. Keadaan tersebut sangatlah mengganggu mood kita bukan?

Kita kena cari jalan keluar atau cara hilangkan sakit tekak yang berkesan agar bengkak dan radang di tekak kembali pulih seperti biasa. Tapi nak tahu juga, macam mana manusia boleh dapat sakit tekak ya?

Macam Mana Boleh Sakit Tekak?

Kredit gambar: Freepik

Faktor persekitaran antara yang menyumbang kepada sakit tekak. Ada kalanya ia hadir bersama-sama dengan selsema, batuk dan demam

Secara terperinci faktor menyebabkan sakit tekak adalah kerana:

  1. Jangkitan virus

Virus selsema, croup dan mononucleosis sering menjadi penyebab seseorang rasa sakit ketika menelan makanan dan minuman.

  1. Jangkitan bakteria

Jangkitan Streptococcus memerlukan kaedah perawatan antibiotik. Jika dibiarkan melarat, bakteria ini akan menyerang organ seperti jantung dan buah pinggang.

  1. Alahan

Ketika tidur, asid perut boleh mengalir ke bahagian tekak. Oleh itu, refluks asid berlaku di waktu pagi menyebabkan Mama rasa sakit tekak. 

  1. Bahan kimia

Contohnya rokok. Rokok mengandungi banyak bahan kimia berbahaya kepada bahagian rongga manusia. Lebih-lebih lagi jika ada asap rokok yang masuk melalui mulut.

  1. Penggunaan suara

Tanda-tanda seperti sakit tekak, suara serak dan sakit semasa bercakap ialah kesan dari sakit tekak. Pekerjaan yang sering menggunakan suara tinggi seperti guru dan penyanyi sering mengalami ketidakselesaan jika kurang rehat. 

8 Cara Hilangkan Sakit Tekak Kering & Gatal Yang Berkesan

#1 Gula-Gula Lozenges

Lozenges ialah tablet berubat yang biasanya dimakan secara melarut perlahan-lahan di dalam mulut untuk melegakan tekak yang merengsakan. Ini merupakan antara cara hilangkan sakit tekak kering yang berkesan.

Mama rasa tekak kering dan gatal, terus ambil gula-gula lozenges kegemaran Mama. Terdapat banyak perisa lozenges di pasaran yang disyorkan untuk sakit tekak, jadi Mama boleh beli sahaja yang Mama suka di farmasi berdekatan.

Tetapi, jika sakit tekak Mama pada tahap serius, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan rawatan yang lebih sesuai.

#2 Teh Herba

Minuman herba seperti teh hijau dan teh chamomile juga boleh mengurangkan dan salah satu cara terbaik untuk hilangkan sakit tekak. Hal ini kerana:

#3 Minum Madu

Jenis madu lebah dan madu kelulut ialah cara menghilangkan kesakitan tekak. Sifat antibakteria, anti radang dan antivirus yang terkandung dalam madu membantu mengurangkan rasa sakit serta menyembuhkan penyakit batuk. 

Batuk selalu hadir bersama-sama dengan sakit tekak. Pilihan merawat sakit tekak melalui madu;

  1. Madu ditambah air suam dan jus lemon
  2. Minum sesudu madu begitu sahaja
  3. Madu ditambahkan ke dalam air teh atau teh hijau

#4 Kumur Air Garam

Garam membantu mengeluarkan lendir atau kahak dari bahagian tekak yang membengkak. Oleh itu, cara berkumur boleh melegakan ketidakselesaan tersebut.

Cara-caranya;

Ulang langkah ini beberapa kali sehari, sehingga sakit tekak Mama sembuh seperti sediakala. 

#5 Jus Delima

Kaedah minuman yang seterusnya adalah dengan minum jus delima organik tanpa gula, tiga kali sehari. 

Buah delima kaya dengan punicalagins dan ianya mampu mengurangkan aktiviti keradangan. Begitu juga dengan sifat anti-bakteria dan anti-kulat yang melindungi dari jangkitan dan keradangan di bahagian mulut. 

#6 Kemam Bawang Putih

Ambil dua ulas bawah putih yang telah dikupas. Seterusnya, kemam di bahagian pipi. Sesekali Mama gigit bawang putih agar allicin dalam sayur itu. 

Allicin berupaya membunuh kuman dan bakteria yang menyumbang kepada kesakitan tekak. Terus amalkan petua ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari. 

#7 Sentiasa Bersihkan Rumah

Peratusan jangkitan disebabkan virus ialah 85% hingga 95% terhadap orang dewasa dan kanak-kanak bawah lima tahun. 

Persekitaran di dalam dan luar rumah yang terdedah dengan asap rokok menambahkan lagi sakit tekak dan meningkatkan risiko mendapat penyakit tonsilitis. 

Pastikan peredaran udara di dalam rumah Mama diperbaiki. Selain itu, pasangkan humidifier agar dapat menapis zarah berbahaya dari menjangkiti manusia. 

#8 Ambil Ubat Tahan Sakit

Dapatkan ubat-ubatan di farmasi dan kedai berdekatan untuk melegakan sakit tekak Mama. Ubat pil jenis paracetamol dan ibuprofen mampu mengurangkan sakit tekak yang dialami. 

Namun begitu, jangan sesekali memberikan aspirin kepada kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan sindrom Reye. Sindrom tersebut menyebabkan bengkak pada hati dan otak. 

Oh, barulah Mama Siti faham. Rupa-rupanya sakit tekak yang berlaku di waktu pagi itu disebabkan oleh asid perut yang mengalir ke bahagian tekak.

Faktor persekitaran pun main peranan juga ya. Ingatkan perokok sahaja yang boleh dapat sakit tekak, orang yang berada berdekatan juga mempunyai risiko yang sama.

Petua dan cara yang Mama Siti kongsikan ini semuanya praktikal kan. Senang sangat nak buat. Mudah-mudah cepatlah sakit tekak Mama pulih seperti semula. Tak sanggup rasanya makan dan minum dengan tekak yang sakit.


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DI SINI.