KelabMama

12 Cara Hilangkan Parut Jerawat Paling Berkesan. Dari Kos Rendah Hingga Paling Mahal

Apa yang berlaku bila ada parut jerawat di wajah?

Salah satunya ialah kesan solekan. Solekan kita memerlukan langkah tambahan bagi mendapatkan hasil yang cemerlang. Bukan sekadar perlu bahan solekan tambahan tetapi cara make up juga memainkan peranan.

Bekas jerawat terbahagi kepada dua jenis. Post-inflammatory Erythema (PIE) dan Post inflammatory Hyperpigmentation (PIH).

Parut jerawat PIE ialah bekas jerawat yang berwarna merah manakala PIH ialah bekas jerawat yang berwarna gelap atau juga dipanggil bintik hitam. Selain itu, bekas jerawat jenis berlubang juga ada berlaku bagi sesetengah orang.

Ada beberapa cara untuk menghilangkan kedua-dua jenis parut jerawat itu. Kali ini Mama Siti kongsikan cara moden dan petua tradisional dengan bahan semulajadi untuk memudarkan dan merawat parut jerawat.

Kaedah yang pelbagai ini juga memerlukan kos yang berbeza. Ada yang murah dan ada yang mahal. Semua keputusan di tangan Mama. Jadi tanpa membuang masa, mari kita lihat cara hilangkan parut jerawat.

Cara-cara Hilangkan Parut Jerawat

(Kaedah Moden – Rawatan Di Rumah dan Di Klinik Kulit)

#1 Krim Rawatan

Kredit gambar: blog.hermo.my

Beli krim rawatan parut jerawat di pasaran. Lebih elok kalau Mama beli di farmasi yang diiktiraf dan mempunyai polisi ketat dalam penjualan produk. 

Pastikan terdapat gabungan asid glikolik (AHA) dan asid salisilik dalam krim rawatan yang ingin dibeli. Kedua-dua bahan ini bertindak menghilangkan parut jerawat dengan cara paling mudah. 

#2 Serum

Kredit gambar: Freepik

Serum untuk menghilangkan parut jerawat adalah cara yang lebih pantas, lebih berkesan dan juga lebih mahal. 

Disebabkan keberkesanannya berlaku dengan sangat cepat maka ianya sering menjadi pilihan orang ramai. 

Cara-cara: sapukan serum ke seluruh kulit wajah, termasuk lah kawasan berparut jerawat. Ulang langkah ini dua kali sehari. Parut akan memudar dan akhirkan hilang dalam masa paling lambat iaitu empat minggu. 

#3 Rawatan 3 Langkah (3 Steps Treatment)

Kredit gambar: peachandlily.com

Ha? Rawatan tiga langkah? 

Begini caranya, Mama perlu rajinkan diri melakukan rutin mengoleskan pelembab, produk rawatan dan sunscreen mengikut urutan sehingga parut jerawat hilang. 

Contoh produk rawatan adalah seperti essence, serum dan ampoule. Penting untuk Mama mengikut urutan, jika tidak kaedah ini berkemungkinan besar akan gagal. 

Rawatan tiga langkah ini menyekatakan tona kulit serta mencerahkan kulit wajah

#4 Laser + Filling

Kaedah paling pantas dan paling tinggi kosnya. Laser ablatif menghilangkan seluruh lapisan kulit di epidermis dan di dermis atas. Seterusnya merangsang kolagen untuk menghasilkan sel kulit baru. 

Ditambah pula dengan rawatan filling iaitu secara suntikan. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang mempunyai parut berlubang. Suntikan filling bertindak mengisi bahagian kulit yang menjadi bekas parut. 

#5 Exfoliate (Pengelupasan)

Kredit gambar: marykay.com

Beli mana-mana produk pengelupasan yang sesuai dengan kulit wajah Mama. Seterusnya, lakukan rutin tersebut dengan kekerapan 2 hingga tiga kali seminggu. 

Tujuannya adalah untuk membuang sel-sel kulit mati. Apabila sel kulit mati telah dibuang maka ia dapat mempercepatkan penjanaan semula kulit baru yang lebih sihat. 

Petua Tradisional dan Bahan Semulajadi

#6 Masker DIY

Mama perlukan yogurt atau bedak sejuk. Bahan kedua ialah serbuk kunyit. 

Campurkan kedua-dua bahan dalam satu bekas dan lumurkan ke seluruh kulit wajah. Selain menghilangkan parut. Kaedah ini menjadikan kulit lebih cerah dan berseri

#7 Lidah Buaya (Aloe vera)

Kredit gambar: Freepik

Sebelum ini, Mama Siti juga menghadapi masalah yang sama iaitu parut jerawat di pipi dan bawah dagu. 

Hasil berikhtiar dengan lidah buaya, lama-kelamaan parut jerawat mulai hilang. Tetapi agak sukar mencari pokok lidah buaya pada ketika itu. Jadi, Mama Siti beli sahaja gel lidah buaya di farmasi. 

Namun begitu, Mama Siti masih ingin kongsikan cara merawat parut jerawat dengan pokok lidah buaya. 

Pertama, belah lidah buaya supaya lendirnya keluar. Selepas itu, sapu lendir tersebut ke seluruh wajah. Ulang rutin ini tiga kali seminggu. 

#8 Putih Telur 

Kredit gambar: halodoc.com

Kandungan vitamin E yang tinggi pada putih telur mengurangkan minyak berlebih dan mengecilkan pori-pori pada wajah. Lama kelamaan,ia mampu menghaluskan kulit dan menyingkirkan sel kulit mati.

Selain itu, putih telur ada kandungan protein yang tinggi. Oleh yang demikian, ia mempercepatkan proses penyembuhan terutamanya jenis parut PIE.

#9 Kulit Kayu Manis + Bedak Sejuk

Cara yang seterusnya adalah dengan mencampurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk bersama sedikit air sebagai bancuhan. 

Langkah-langkah:

#10 Timun (Dikisar/ Mentah)

Kredit gambar: klikdokter.com

Walaupun terdapat dua cara berbeza namun hasilnya nanti tetap sama iaitu mengurangkan keradangan parut jerawat seperti jerawat PIE. Faktor kenapa timun berhasil merawat parut adalah kerana kandungan vitamin A, vitamin C dan magnesium.

Cara bagi kaedah kisaran adalah seperti berikut:

Cara timun mentah:

Potong timun kepada bahagian kecil. Kemudian letakkan di kawasan berparut. Manfaat timun sebagai penjagaan wajah ialah ia melembabkan dan menegangkan kulit.

#11 Minyak Zaitun

Sejak zaman berzaman minyak zaitun sinonim dengan rawatan kecantikan. Cara hilang parut dengan minyak zaitun adalah dengan mengurutkan kawasan parut jerawat menggunakan minyak zaitun. 

Selepas itu, rendamkan kain bersih dalam air panas atau suam. Perahkan kain tersebut dan letak di kawasan berparut tadi selama lima minit. 

Akhir sekali kita cuci muka dengan air bersih. 

#12 Madu

Madu asli sepatutnya mampu mencantikkan kulit wajah. Parut jerawat pun boleh sembuh apabila menyapukan madu di bahagian kulit yang berparut. 

Ada juga cara lain menghilangkan parut jerawat melalui madu. Campurkan madu dengan bedak sejuk. Kemudian lumurkan di kawasan berparut atau keseluruhan kulit wajah. 

Rutin ini hendaklah diulang dua kali sehari untuk kesan lebih ketara. 

Parut di kulit muka menganggu proses solekan. Lagi pula, ada langkah tambahan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil make up yang menawan.

Disebabkan terdapat dua jenis parut yang berbeza iaitu PIE dan PIH maka kaedah rawatannya juga berbeza. Apa yang penting ketika ingin menghilangkan parut jerawat ialah konsistensi.

Cara hilangkan parut jerawat yang dikongsikan ini mestilah dilakukan secara rutin mengikut produk dan kaedah masing-masing. Keberkesanannya juga mula dikenal pasti dalam tempoh yang berbeza.

Tetapi paling penting kita menggunakan bahan rawatan yang tidak berbahaya untuk kulit wajah. Mama Siti harap artikel ini membantu menyelesaikan masalah parut jerawat dan membuatkan wajah Mama bertambah berseri.