KelabMama

Awas Jangkitan Panau! 4 Cara Alternatif Hilangkan Panau Dengan Berkesan dan Punca Terjadinya Panau

Panau menjadikan tona kulit tidak sekata dek kerana tompok-tompok berwarna di kulit. Disebabkan itu, ada yang mula hilang keyakinan ketika sedar ada panau di anggota badan mereka. 

Kewujudan panau tidaklah berbahaya seperti kurap dan tidak akan berjangkit kepada orang lain, cumanya ia menganggu penampilan seseorang apabila ia wujud di kawasan yang mudah dilihat seperti muka, lengan atau kaki. 

Apa Itu Panau? 

Sekilas pandang panau ialah tompok-tompok berwarna pucat atau gelap dengan bentuk yang bervariasi daripada bulat ke bujur atau kedua-duanya sekali. 

Kejadian panau adalah disebabkan oleh kulat ‘Malassezia Furfur’ yang bertukar dari fasa yis kepada fasa mycelial. Dalam fasa ini kulat menjalar masuk ke dalam kulit manusia dan merembeskan bahan kimia asid azelaic dan lipoxygenase yang menyebabkan pengurangan pigmen pada kulit.

Akibatnya, terjadilah ‘Pityriasis Versicolor’ iaitu sebahagian warna kulit menjadi lebih cerah atau gelap. 

Nota: Kulat panau, Malassezia Furfur ialah normal flora iaitu organisma penghuni tetap kulit manusia. 

Punca-Punca Kulat Malassezia Furfur Membentuk Panau

  1. Kadar hormon kortisol tinggi dalam badan
  2. Kulit berminyak
  3. Kekurangan nutrisi dalam badan
  4. Faktor genetik 
  5. Suhu panas dan lembap
  6. Selalu memakai pakaian lembab atau basah

Oleh itu, Mama Siti telah pun senaraikan enam cara hilangkan panau selain menggunakan ubat-ubatan. Kaedah ini boleh diselang-selikan dengan ubat sapu supaya lebih cepat sembuh:

Cara Hilangkan Panau Dengan Bahan-bahan di Rumah

#1 Limau & Kapur

Campurkan jus limau dengan kapur kemudian oleskan pada bahagian badan yang berpanau. Teruskan rutin ini sehingga panau mulai hilang secara keseluruhan. 

Sifat alkali daripada limau dan kapur meresap ke kulit untuk meneutralkan kadar pH (potential hydrogen) agar panau kembali kepada fasa yis.  

#2 Mentega, Serbuk Kunyit & Serbuk Cendana

Caranya, satukan bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaulkan sehingga menjadi tekstur masker. Seterusnya, sapukan pada bahagian kulit yang dijangkiti. 

#3 Yogurt

Kredit gambar: The Daring Gourmet

Yogurt sangat dipercayai dalam rawatan kulat. Ia menghilangkan kulat dengan cara mematikannya terus pada kulit manusia. Oleh itu, kaedah rawatan yang sesuai ialah menjadikannya sebagai masker dan dioleskan di kawasan panau. 

#4 Bawang Putih

Antara cara memotong bawang putih ialah kupas sesiung kulit bawang putih, kemudian belah kepada dua bahagian. Selepas itu, terus sapukan pada kawasan yang dijangkiti.

Secara saintifiknya, bahan kandungan bawang putih bersifat antikulat. Ia bertindak balas dengan kulat Malassezia Furfur untuk menyembuhkan panau. 

Nota: Cuci terlebih dahulu bawang putih sebelum dikupas.

Rawatan Panau Secara Klinikal

#1 Ubat Sapu

Ubat-ubatan ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Ia boleh diperolehi di klinik atau farmasi kerana dikategorikan sebagai ubat belian kaunter (over the counter drugs). 

#2 Ubat Makan (Tablet)

Kredit gambar: India Mart

Pengambilan ubat makan panau dikhaskan untuk pesakit yang mengalami panau teruk atau berulangan serta gagal dirawat dengan ubat sapu. Namun begitu, ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor kerana mempunyai kesan sampingan. 

Tapikan Mama Siti, betul ke orang kata panau ni sebab kita mandi ketika badan masih berpeluh. Ye ke?

Jawapan: Tidak Benar

Walhal, kita disarankan untuk segera mandi ketika berpeluh untuk mengelakkan kelembapan dari peluh badan mencetuskan kulat panau (Malassezia Furfur) membentuk panau. 

Kredit gambar: The Diagnosa

Itulah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai jangkitan kulat panau. Walaupun tidak memberi penyakit tetapi panau masih tetap menganggu keselesaan dan penampilan.

Diharap cara menghilangkan panau yang Mama Siti kongsikan kali ini membantu menyembuhkan panau dengan kadar segera tanpa kesan sampingan.


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DI SINI.