KelabMama

8 Cara Hilangkan Ketuat Ikut Petua Tradisional & Rawatan Pakar. Hati-Hati Ya Ibu Hamil!

Ketuat yang tidak serius selalunya tidak menyakitkan tetapi ia mengakibatkan ketidakselesaan pada individu. Selalunya ia tumbuh di bahagian kaki, jari tangan dan kadang-kala di bahagian muka. Tapi, apakah cara terbaik untuk hilangkan ketuat ni ya?

Rawatan yang akan Mama Siti kongsikan sangat mudah dan murah. Hanya perlu siapkan bahan-bahannya sahaja dan lakukan setiap hari.

Namun ada beberapa keadaan, ketuat masih belum berjaya ditanggalkan. Oleh itu, Mama Siti juga senaraikan cara hilangkan ketuat menurut doktor.

Ketuat? Apa Itu? 

Kredit gambar: Freepik

Ketuat tumbuh pada lapisan luar kulit melalui virus yang dipanggil Human Papillomavirus (HPV). Ia ialah sejenis tumor kecil yang tidak berbahaya. 

Ketuat atau kutil boleh hilang dengan sendirinya, namun ia memakan waktu yang lama hingga berbulan-bulan. Ketuat boleh tumbuh di bahagian yang mudah kelihatan seperti di kawasan muka. 

Bagi sesetengah orang, ketuat di muka mencacatkan penampilan. Jadi mereka ingin mencari jalan menanggalkannya agar keyakinan kembali muncul.  

Mari Mama Siti bantu anda dengan cara hilangkan ketuat dengan bahan dapur dan juga rawatan moden.

Cara Hilangkan Ketuat Dengan Hanya Menggunakan Bahan di Dapur

#1 Cuka Epal

Kredit gambar: Freepik

Cuka epal mempunyai rasa yang masam memandangkan ia mengandungi asid asetik. Asid ini mempunyai kepekatan yang tinggi. 

Oleh itu, cara menghilangkan ketuat ialah dengan mencampurkan cuka epal dan air dengan ratio 2:1 atau 2 sudu cuka ditambah satu sudu air.

Kemudian redamkan kapas dan letakkan di ketuat. Balutkan dengan kain bersih dan tunggu sehingga tiga hingga empat jam.  

#2 Bawang Putih

Kredit gambar: Freepik

Ekstrak bawang putih memang terkenal dalam rawatan jangkitan bakteria, kulat dan virus. Virus HPV ialah salah satu daripadanya. 

Allicin yang ada dalam bawang putih mempunyai kesan mikrob iaitu tindak balas mikroorganisma halus seperti virus. Allicin memusnahkan enzim pada bendasing yang berbahaya. 

Caranya adalah dengan mencampurkan satu ulas bawang putih dengan air dan sapukan di ketuat. Kemudian balut dan tunggu tiga hingga empat jam. Lakukan setiap hari hingga ketuat hilang.

#3 Kulit Buah Oren

Kredit gambar: Freepik

Kalau buahnya memberikan kita perlindungan antibodi, kulitnya pula bermanfaat untuk menghilangkan ketuat. 

Caranya mudah sahaja, Mama hanya perlu gosokkan kulit oren pada ketuat setiap hari. Lama-kelamaan, warna ketuat berubah menjadi gelap dan akhirnya tanggal dengan sendirinya.

Kebiasaannya ia mengambil masa kira-kira dua minggu sahaja. 

#4 Nanas

Kredit gambar: Freepik

Enzim bromelain dalam nanas ialah kuncinya. Enzim tersebut mencernakan protein seperti ketuat. Mama tidak perlu risau kerana ia hanya mencernakan kulit yang tidak diperlukan sahaja. 

Sapukan jus nanas ke atas ketuat. Selain itu, Mama boleh gunakan buah nanas segar dan oleskan di ketuat itu. Lakukan secara rutin setiap hari.

#5 Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kredit gambar: Freepik

Kadang-kala, ada rasa gatal di bahagian ketuat dan kulit di sekelilingnya. Jika keadaan itu berlaku, cepat-cepat sapukan gel lidah buaya untuk melegakan kegatalan. 

Kandungan dalam lidah buaya mampu melawan patogen seperti virus HPV. Sapukan gel aloe vera setiap hari untuk menghilangkan ketuat.

Cara Hilangkan Ketuat Mengikut Rawatan & Tips Doktor

#6 Asid Salisilik

Kredit gambar: Sihat.Net

Salah satu rawatan paling berkesan menanggalkan ketuat. Ia melembutkan kulit yang membentuk ketuat.

Namun begitu, penggunaannya hanya boleh dikendalikan oleh orang yang bertauliah sahaja seperti doktor. Sebelum Mama ingin menghilangkan ketuat dengan asid salisik, pertama sekali perlu maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi jika Mama;

  1. Sedang mengandung
  2. Menyusukan anak
  3. Mengambil ubat-ubatan lain
  4. Alahan ubat

PERHATIAN – Asid salisilik tidak boleh dipakai di bahagian muka!

#7 Cryotherapy (Pembekuan)

Kredit gambar: Pedcare

Kaedah menghilangkan ketuat yang seterusnya melibatkan cecair nitrogen. Cecair nitrogen boleh mencapai suhu sehingga -210℃. 

Doktor akan meletakkan cecair nitrogen di bahagian ketuat selama beberapa saat. Ketuat akan melepuh kemudian dalam tujuh hingga 10 hari ketuat akan menjadi kepingan kuping. Akhirnya ia akan tanggal dengan sendirinya. 

#8 Rawatan Laser

Kredit gambar: Freepik

Rawatan terkini menghilangkan ketuat. Melalui cara cauterizes, rawatan laser pulse-dye membakar saluran darah kecil di sekitar ketuat. 

Tisu yang terjangkiti mati dan akhirnya tertanggal. Walaupun cara ini sangat berkesan, namun ianya menyebabkan kesakitan dan kesan parut.

Terdapat lima petua tradisional yang boleh kita DIY sendiri di rumah. Namun jika masih belum berjaya Mama tak perlu teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor. Setakat ini ada tiga rawatan yang diyakini mampu menghilangkan ketuat di anggota badan.

Di samping itu, Mama Siti sangat menyarankan Mama untuk terus berjumpa dengan doktor untuk mengubati ketuat atau kutil.

Lebih-lebih lagi jika ia muncul di bahagian sensitif seperti di kemaluan. Jangan risikokan diri Mama ya, lebih baik kita berjumpa dengan yang pakar. Jom baca cara hilangkan sakit gigi pula!


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DISINI.