KelabMama

Cara Hilangkan Kahak Yang Betul dan Selamat Untuk Orang Dewasa dan Kanak-Kanak

Kahak selalu berlaku ketika seseorang batuk atau selesema. Apabila terdapat kahak di tekak, seseorang akan mengalami kesukaran bernafas dan ini membuatkan kita mencari tips dan cara hilangkan kahak yang berkesan.

Kahak terjadi disebabkan terdapat bahan yang meransang saluran pernafasan seperti habuk atau bendasing yang masuk ke dalam rongga hidung. Kahak adalah tindak balas refluks untuk mengeluarkan habuk dan bendasing.

Kita boleh mempercepatkan proses tersebut dengan beberapa kaedah yang selamat dan berkesan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Artikel kali ini Mama Siti bahagikan kepada dua bahagian iaitu cara hilangkan kahak orang dewasa dan bayi.

Ini kerana ada beberapa cara yang tidak bersesuaian dengan usia bayi seperti madu. Bayi di bawah satu tahun tidak boleh mengambil madu sebagai ubat kahak. Ia akan mengamcam nyawanya.

Penjelasan lebih terperinci Mama Siti sertakan di bawah. Semoga sahaja sakit tekak dan kahak Mama segera pulih agar Mama boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Cara Hilangkan Kahak (Dewasa)

1. Makan Ubat Dari Farmasi

Kebanyakkan ubat menghilangkan kahak adalah ubat tidak terkawal. Ini bermakna Mama tidak perlu menunjukkan preskripsi doktor ketika ingin membeli ubat tersebut. 

Contoh-contoh ubat kahak adalah seperti:

UPHADYL FORTE – menghilangkan batuk berkahak, mencairkan dan keluarkan kahak. Bukan itu sahaja, ia dapat melegakan tekak, selsema dan alergik.

MUCOLIX ELIXIR – Sesuai untuk batuk berkahak serta mampu mencairkan kahak agar senang dikeluarkan.

2. Kumur Air Garam

Kredit gambar: medicalnewstoday.com

Ambil satu sudu garam dan larutkan di dalam segelas air suam. Seterusnya Mama perlu berkumur selama 15 saat dan lakukan sebanyak tiga kali sehari. 

Tambahan pula, cara ini juga boleh mengurangkan batuk. Namun begitu, cara hilangkan kahak yang ini tak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia enam tahun ya Mama.

3. Madu + Lemon

Kredit gambar: healthline.com

Madu dan lemon adalah gabungan paling sering kita dengarkan apabila ingin merawat masalah berkaitan pernafasan. 

Bagaimanakah cara hilangkan kahak melalui madu dan lemon?

Sediakan dua sudu teh bersama dengan perahan jus lemon. Kemudian kacau bersama di dalam segelas air suam. 

Fungsi madu adalah untuk mengurangkan kesakitan tekak akibat batuk dan selsema manakala lemon bertindak mencairkan kahak.

4. Bawang Putih (Makan atau Sapu)

Kredit gambar: CNN Indonesia

Kaedah ini mungkin tidak mampu dilakukan semua orang oleh kerana bau dan rasa bawang putih yang tidak kena dengan tekak orang nusantara.

Jika Mama ingin cuba cara hilangkan kahak dengan bawang putih, Mama boleh ikut langkah-langkah di bawah:

Cara Pertama

  1. Bakar satu labu bawang putih selama 15 minit. Pastikan bawang putih tidak hangus ya. 
  2. Kemudian, buangkan kulit dan makan. 

Cara kedua mungkin lebih praktikal.

Cara Kedua

  1. Ambil bawang putih yang dibakar tadi lalu tumbukkan.
  2. Selepas itu, gaulkan bersama-sama dengan minyak zaitun dan sapu di leher. 

Sulfur dari bawang putih bertindak balas dengan sistem biologi dalam badan dan akhirnya mencairkan kahak.

Cara Hilangkan Kahak (Bayi & Kanak-Kanak)

1. Pengambilan Cecair

Kredit gambar: Alodokter

Penting untuk individu yang ingin menghilangkan kahak menambah pengambilan air dalam badan. 

Apabila anak-anak terhidrasi maka suhu badan akan menurun sekaligus melancarkan lendir di tekak.

Bayi bawah enam bulan – berikan susu badan atau susu formula dengan lebih kerap

Bayi atas enam bulan – berikan air kosong sebagai tambahan 

2. Alat Penyedut Hidung

Kredit gambar: my.theasianparent.com

Selain itu, Mama boleh berikhtiar dengan alat penyedut hidung yang ada di pasaran. Mama Siti sendiri pernah lihat secara langsung anak saudara menggunakannya, memang berkesan. 

Alat ini ternyata membantu kerana kebanyakkan kanak-kanak belum pandai menghembus melalui hidung mereka. Cara ini mengeluarkan mukus dari dalam hidung dan tekak sekali. 

Sebaiknya, Mama lakukan cara ini sebelum menyusukan bayi. Tujuannya supaya bayi Mama senang menelan air susu dan memudah proses penyusuan.

3. Madu

Kredit gambar: vidoran.com

Jangan beri madu kepada bayi di bawah satu tahun. Jika tidak mereka akan mengalami botulisme yang boleh mengancam nyawa anak Mama. 

Cara hilangkan kahak menggunakan madu untuk kanak-kanak hanya sesuai apabila mereka mencapai umur satu tahun ke atas. 

Caranya: beri satu sudu madu sebelum tidur. Madu dapat melindungi tekak dan mengurangkan rasa sakit di bahagian tekak.

4. Pelembab Udara + Bilik Stim

Kredit gambar: habitat.tech

Pelembab udara atau humidifier hendaklah diletakkan di bilik anak-anak. Humidifier melembabkan keadaan bilik anak Mama yang kering. Kesannya, ia mengeluarkan batuk dan kahak serta mencegah kekeringan tekak.

Bagi kaedah bilik stim pula, cara adalah dengan memasangkan pancuran air panas di bilik air. Tutupkan pintu bilik air dan duduk bersama-sama anak Mama selama 15 minit. Ulang proses ini sebanyak dua kali sehari.

Kahak ialah tindakan refluks ketika habuk dan bendasing masuk ke dalam rongga pernafasan. Ia bertujuan untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

Namun proses tersebut mengambil masa jika dilakukan secara semulajadi. Oleh itu, kita boleh lakukan beberapa cara untuk melegakan kahak.

Kaedah bagi orang dewasa, bayi dan kanak-kanak berbeza. Mama perlu beri lebih perhatian tentang hal ini. Tersilap ubat mungkin boleh menggadaikan nyawa.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk Mama sekeluarga. Lakukan rutin cara hilangkan kahak secara kerapa agar sakit tekak dan kahak Mama cepat pulih.


Dapatkan pelbagai tips dan petua pencegahan yang lain dengan klik SINI.