KelabMama

20 Cara Hilangkan Jerawat Degil, Baik Untuk Mama atau Papa

cara hilangkan jerawat

Kewujudan jerawat di kulit muka menganggu penampilan diri dan keyakinan diri sendiri. Walaupun ia perkara normal untuk setiap orang, namun kadang-kala rasa sakit dek kerana jerawat dan parutnya boleh mengganggu aktiviti kita sehari-hari.

Kaedah rawatan jerawat boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah Mama. Begitu juga dengan produk rawatan kulit yang mampu menyelesaikan masalah jerawat di wajah.

Kredit gambar: Freepik

Mama Siti akan berkongsi 20 cara hilangkan jerawat yang berkesan dan tidak mengakibatkan kesan sampingan. Ayuh, ikuti lebih lanjut cara-caranya di bawah.

20 Cara Hilangkan Jerawat Paling Mujarab Dengan Cara Semulajadi

#1 Lidah Buaya

Kredit gambar: Freepik

Dengan menggunakan teknik urutan, sediakan campuran lidah buaya dengan perahan lemon. Kemudian urut keseluruhan wajah terutamanya di tempat yang berjerawat. Selepas lebih kurang 30 minit, cuci muka dengan air bersih. 

#2 Timun

Kredit gambar: Freepik

Kandungan timun yang mempunyai sifat diuretik dan penyejukkan sesuai sebagai agen pembersih kulit wajah. Terdapat dua cara menghilangkan jerawat melalui timun.

Pertama, hiris timun kecil-kecil dan letakkan pada wajah. Kedua, kisar atau tumbuk timun dan oleskan di muka selama 15 minit.

#3 Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil)

Kredit gambar: Amazon.com

Cara menghilangkan jerawat dengan minyak pokok teh adalah dengan melarutkankannya dengan air. Setertusnya, celupkan kapas dalam campuran minyak pokok teh dan air, kemudian sapukan hanya pada kawasan yang berjerawat.

#4 Kunyit

Kredit gambar: Freepik

Kunyit ialah tanaman herba yang terkenal sejak zaman dahulu sebagai antiseptik rawatan kulit dan jangkitan penyakit. 

Cara-cara: Campurkan serbuk kunyit dengan madu dan ratakan di wajah selama 15 minit. Kemudian, terus bilas dengan air bersih. 

#5 Madu dan Kayu Manis 

Kredit gambar: MISSYSUE

Campurkan dua sudu madu dan satu sudu teh kayu manis untuk dijadikan pes masker. Sapukannya ke muka secara rata dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas masker kunyit dan keringkan muka anda dengan tuala bersih.

#6 Air Garam

Kredit gambar: BBC

Buatkan larutan dengan satu sudu teh garam laut dengan air suam. Selepas itu, masukkan bancuhan tersebut ke dalam botol semburan. Aplikasikan ke wajah pada setiap pagi dan petang untuk kesan yang optimum. 

#7 Cuka Epal

Kredit gambar: Freepik

Malic acid dalam cuka epal ialah agen pengelupasan (exfoliate) yang baik. Cara menghilangkan jerawat adalah dengan membuat masker dari cuka epal. 

Cara-cara: 

Campurkan dua sudu cuka epal dengan sedikit baking soda. Selepas itu, gaul sebati dan oleskan di wajah selama 20 minit. 

#8 Lemon 

Kredit gambar: Freepik

Keistimewaan buah lemon ialah apabila ia mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Kaedah menghilangkan jerawat dengan lemon adalah dengan mencampurkan jus lemon dengan sedikit air. Oles di seluruh wajah semalaman dan bilas ketika bangun tidur nanti. 

#9 Putih Telur

Kredit gambar: Medical News Today

Gaul rata putih telur dan jus lemon Kemudian sapukan adunan ke seluruh bahagian kulit wajah sehingga sekata.

Hasilnya, jerawat cepat kering dan hilang secara beransur-ansur. Ini kerana gabungan dua bahan ini mengurangkan penghasilan minyak berlebihan dan membuka liang-liang pori di wajah. 

#10 Ais Batu

Kredit gambar: COSDERM

Cara menghilangkan jerawat yang seterusnya cukup mudah diperolehi dan dilakukan. Mama hanya perlu ‘melalukan’ ais di kawasan berjerawat. Ais batu diyakini mampu mengecutkan jerawat dengan cepat dan praktikal. 

#11 Baking Soda

Kredit gambar: detikHealth

Sediakan campuran serbuk baking soda dan air secukupnya hingga menjadi pes.

Kemudian sapukan pada bahagian muka yang berjerawat. Biarkan selama lima minit dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lanjutkan rawatan dengan penggunaan pelembap supaya kulit tidak kering.

#12 Bawang Putih

Kredit gambar: spicecravings.com

Kisar bawang putih dan masukkan sedikit air. Sapukan terus ke bahagian muka yang berjerawat. Seterusnya, bilas hingga bersih selepas dibiarkan selama 10 minit. 

#13 Betik

Kredit gambar: Health Shots

Mama hanya perlu lenyekkan betik dan terus sahaja oleskan ke kulit wajah selama 15 hingga 20 minit.

Sifat anti infalamasi betik mengurangkan keradangan dan menanggalkan sel kulit mati di wajah. Kesannya, kulit muka menjadi lebih lembut dan halus. 

#14 Kentang

Kredit gambar: Errens Kitchen

Hiris nipis kentang dan letakkan di kawasan berjerawat. Diamkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Kaedah ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan timun. 

#15 Oatmeal

Dengan menggunakan kaedah masker, oatmeal perlu dicampur dengan lemon atau madu. Apabila telah digaul sebati, oleskan ke seluruh wajah dan biarkan sehingga kering.

#16 Aspirin

Kredit gambar: Derm Collective

Aspirin atau lebih dikenali dengan nama Panadol di Malaysia boleh menghilangkan jerawat secara semulajadi. Caranya, hancurkan aspirin dengan sedikit air dan oleskan ke kulit muka. 

Namun begitu, kaedah ini tidak sesuai dengan orang yang alahan terhadap salisilat (salicylates) kerana boleh mengakibatkan kerengsaan (irritation). 

#17 Minyak Pati (Essential Oil)

Kredit gambar: Lifestyle Asia

Tambahkan 10 titis minyak pati dengan satu auns atau 30 ml minyak pembawa (carrier oil). Selepas itu, sapukan ke kawasan yang berjerawat menggunakan kapas. 

#18 Minyak Zaitun

Kredit gambar: Health Shots

Campurkan satu sudu teh minyak zaitun dengan satu sudu gula. Gunakan campuran tersebut untuk mengurut kulit muka anda yang mempunyai jerawat. Selepas itu, bilas dengan air bersih. 

#19 Suplemen Minyak Ikan 

Minyak ikan mengandungi asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA) yang tinggi boleh mengurangkan faktor keradangan, yang mungkin mengurangkan risiko jerawat.

Selain itu, Mama boleh tambahkan ikan dalam diet seharian seperti ikan tongkol yang tinggi kandungan omega-3 nya. 

#20 Asid Salisilik

Kredit gambar: Styke Vanity

Jika Mama selalu mengalami masalah jerawat, Mama Siti sarankan untuk bertukar kepada pencuci muka yang mengandungi asid salisik. 

Tambahan pula, ia membantu membuang sel-sel mati dan minyak berlebihan dari permukaan kulit.

Terdapat sekurang-kurangnya 20 cara hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan di rumah. Bila jerawat tiada, rasa percaya diri kita pun semakin meningkat kan Mama.

Yang penting, jangan picit macam tu je tau Mama! Dalam menyelesaikan masalah jerawat, apa yang penting ialah ketekunan dan konsisten dengan satu-satu cara.

Semoga dengan perkongsian cara menghilangkan jerawat yang Mama Siti kongsikan ini membantu menyelesaikan masalah jerawat Mama ya.