KelabMama

Cara Mudah Untuk Buat Telur Separuh Masak – Jom Cuba!

Sumber: malaysianchinesekitchen.com

Hidangan telur separuh masak untuk sarapan pagi telah menjadi tradisi masyarakat kita kan? Selain daripada ‘breakfast set’ yang lengkap dengan kacang panggang, ramai yang pilih untuk memulakan hari mereka dengan menikmati keenakan telur separuh masak. Diperasakan dengan beberapa titis kicap dan serbuk lada putih, ia memang menjadi kesukaan ramai.

Selain daripada rasanya yang enak, antara kebaikan telur separuh masak ialah ia dapat memberikan tenaga segera walaupun Mama hanya ambil sebiji sahaja.

Kebiasaannya, menu ini dihidangkan di kedai kopitiam dan kedai makan waktu pagi. Tetapi sebenarnya, mudah sahaja untuk buat telur separuh masak ni. Kalau dah pandai, buat di rumah pada bila-bila masa pun boleh.  

Jom, kita cuba cara untuk buat telur separuh masak mengikut perkongsian dari Whattocooktoday ini:

Cara Yang Mudah Untuk Buat Telur Separuh Masak

Ada beberapa cara yang Mama boleh cuba untuk buat telur separuh masak. Kaedah yang paling biasa dilakukan ialah dengan memasak telur di dalam air yang telah mendidih.

Untuk cara ini, apa yang Mama perlukan ialah:

  1. Telur ayam (putih ataupun coklat)
  2. Air yang secukupnya
  3. Penambah dan penyedap rasa seperti kicap dan serbuk lada putih

10 Langkah-Langkah Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang Perfect

1. Sediakan telur

Sumber: whattocooktoday.com

Basuh beberapa biji telur ayam dengan bersih terlebih dahulu. Jika Mama menyimpannya di dalam peti, keluarkan dan biarkan ia pada suhu bilik selama beberapa minit.

Ini untuk mengelakkan telur daripada retak jika suhunya yang sejuk dan kita masukkan terus ke dalam air panas nanti.

2. Panaskan air sehingga mendidih

Sumber: whattocooktoday.com

Isi air secukupnya ke dalam periuk yang mempunyai penutup. Kuantiti air haruslah memadai untuk tenggelamkan keseluruhan telur nanti ya.

Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih.

3. Tutup api dan masukkan telur

Sumber: whattocooktoday.com

Sebaik sahaja air dalam periuk mendidih, tutup api dan masukkan telur ke dalamnya dengan sudu atau senduk.

4. Tutup periuk supaya haba panas tidak keluar

Sumber: whattocooktoday.com

Kemudian, tutup periuk menggunakan penutupnya untuk mengelakkan haba panas daripada keluar dan supaya telur akan masak rata.

Sebab itulah Mama perlukan periuk yang berpenutup ya.

5. Tetapkan masa selama 5 hingga 7 minit

Sumber: whattocooktoday.com

Ini untuk mengelakkan Mama daripada terlupa dan telur akan terlebih masak. Mama boleh guna timer pada jam tangan ataupun di smartphone ya. Jika dapur Mama mempunyai timer, itu adalah lebih baik.

Perbezaan masa adalah penting ya. Jika anda menggunakan telur ayam coklat, Mama perlukan masa yang lebih kerana kulit telur ayam coklat lebih tebal dari yang putih tau.

Tapi secara puratanya, masa yang ideal adalah antara 5 hingga 7 minit. Jangan terlebih masak pula ya.

6. Keluarkan telur dari periuk

Sumber: whattocooktoday.com

Sebaik sahaja timer berbunyi, keluarkan kesemua telur dari periuk dan masukkan ke dalam mangkuk.

7. Pecahkan telur separuh masak di dalam mangkuk

Sumber: whattocooktoday.com

Menurut Whattocooktoday, cara yang terbaik untuk pecahkan telur separuh masak ialah dengan mengetuk kulitnya sehingga retak menggunakan sudu.

8. Kupaskan kulit telur  

Sumber: whattocooktoday.com
Sumber: whattocooktoday.com

Apabila kulit telur dah retak, buka kulitnya menggunakan tangan supaya isi telur separuh masak masuk ke dalam mangkuk.

Tetapi Mama haruslah berhati-hati. Pastikan tiada serpihan kulit telur yang tertinggal ya.

9. Kaup bahagian dalam kulit telur

Sumber: whattocooktoday.com

Selepas itu, jangan lupa untuk kaup isi telur yang melekat di bahagian dalam kulit telur dengan sudu. Isinya yang melekat inilah yang best kan? Cair creamy macam tu.

10. Perasakan telur separuh masak mengikut selera

Antara yang boleh menambah rasa sedap pada telur separuh masak ialah, kicap dan serbuk lada putih. Ada juga yang lebih suka tambahkan serbuk lada hitam. Terpulang kepada selera masing-masing ya?

Enjoy!

5 Langkah-Langkah Buat Telur Separuh Masak Guna Air Fryer

Sumber: malaysianchinesekitchen.com

Selain daripada buat telur separuh masak dengan memasak telur dalam air mendidih, Mama juga boleh gunakan air fryer tau.

Bunyinya macam pelik je kan? Yelah…sebab dah terbiasa buat telur separuh masak guna air mendidih je. Jadi bila ramai yang dah cuba guna air fryer dan mereka bersetuju kaedah ini menjadi, memang menjadi tanda tanya. Macam mana caranya? Bukan ke air fryer tak boleh masukkan air ke dalamnya?

Haa.. Jom cuba 5 langkah ini. Senang dan cepat! Untuk mereka yang ada air fryer, wajib cuba ya?

  1. Basuh telur dengan bersih.
  2. Masukkan ke dalam bakul air fryer.
  3. Set kan masa untuk 8 minit pada suhu 100°C.
  4. Apabila timer air fryer berbunyi, biarkan telur di dalamnya sebentar.
  5. Keluarkan dan pecahkan telur separuh masak ke dalam mangkuk dan perasakan mengikut citarasa anda.

Senang je kan kalau guna air fryer? Mama tak perlukan air dan kurang peralatan untuk dicuci. Namun harus hati-hati tau. Jangan terlebih suhu dan masa pula.

Ia bergantung kepada jenis air fryer sebenarnya. Anda mestilah belajar untuk menyesuaikan setiap resepi dengan jenis air fryer yang ada di rumah. Jika isi telur kelihatan tidak masak, mungkin Mama perlu tambahkan suhu atau masa atau kedua-duanya ya.

Hidangan Yang Enak Bersama Telur Separuh Masak

Sumber: whattocooktoday.com

Setiap masakan biasanya akan ada padanan istimewanya tersendiri. Seperti nasi lemak, sungguh enak jika disajikan bersama kopi tanpa susu kan? Laksa pula, sedap dinikmati bersama cendol sebagai penyejuk tekak. Macam mana pula dengan padanan telur separuh masak?

Kalau di kedai makan, ramai yang suka menikmati hidangan telur separuh masak bersama roti bakar kaya dan mentega. Kemudian, secawan teh susu panas dihirup sebagai penyudah hidangan. Inilah hidangan telur separuh masak yang lengkap!

Mama pula macam mana?