KelabMama

CARA ATASI ANAK KURANG SELERA MAKAN

Anak tiada selera makan, kurang berselera, makan sedikit sahaja atau langsung tak nak makan? Pening ibu bila anak ada masalah sebegini.

Anak yang tidak mahu makan kemungkinan sebab mereka hanya memilih jenis makanan yang disukai sahaja. Contohnya tak nak makan sayur, langsung tak nak makan bila ada sayur dalam pinggan nasi mereka. Atau juga kerana mereka asyik leka bermain sampai tak peduli nak makan.

Berbeza dengan anak yang tiada selera makan. Bukan sebab tak suka pada makanan yang dihidangkan, tapi tiada selera, kurang berselera. Kenapa tiba-tiba anak tiada selera makan?

Tidak Sihat, Kecacingan Dan Sembelit Antara Punca Utama Anak Tiada Selera Makan.

Anak yang tidak sihat mengalami gejala-gejala seperti sakit tekak, selesema, cirit- birit atau demam memang kebiasaanya tiada selera makan. Kebanyakkan selera makan akan kembali normal apabila mereka pulih.

Kecacingan juga boleh menyebabkan selera makan anak terganggu. Cacing tinggal dalam sistem pencernaan, menjadi parasit serta mengakibatkan pendarahan usus.

Anak yang sering mengalami sembelit juga akan berkurang selera makan. Perut menjadi tidak selesa dan sakit akibat pembuangan yang tidak lancar.

Punca-punca lain anak tiada selera makan:

8 Tips Elak Anak Hilang Selera Makan:

Menurut pakar pediatrik, anak tiada selera makan adalah perkara biasa. Tidak perlu bimbang selagi anak masih sihat, aktif dan ceria. Bagaimanapun jika berlarutan sehingga jangka masa yang panjang perlu mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Jadi macam mana caranya nak atasi anak tiada selera makan? Ibu perlu mencuba dengan cara pelbagaikan resepi yang sedap untuk anak, tetapi masih mengutamakan khasiat penting dalam setiap hidangan.

Selain itu susunan hiasan dalam pinggan yang kreatif juga dapat menarik minat anak bertambah selera makan.