KelabMama

Caj Bersalin Di Hospital Kerajaan Yang Terkini

Sumber: istockphoto

Buat bakal ibu dan bapa, jangan tunggu nanti dah beberapa bulan nak dekat due date baru nak survey caj bersalin di hospital kerajaan ya. Seeloknya, bila hamil je, buatlah persiapan sewajarnya seperti persediaan kewangan dan perancangan bersalin anda.

Dalam memilih hospital bersalin, ramai ibu yang memilih untuk bersalin di hospital kerajaan kan? Tapi untuk memillih pakej yang sesuai dengan perancangan dan keadaan kewangan anda, para ibu dan bapa perlulah jelas dengan keseluruhan proses dan kos bersalin terlebih dahulu.

Caj Bersalin Terkini Di Hospital Kerajaan

Caj untuk bersalin di hospital kerajaan merangkumi beberapa servis seperti caj wad, caj perubatan dan caj rawatan. Kadar caj-caj ini pula berbeza untuk warganegara dan warga asing.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar caj bersalin untuk warganegara ialah:

Caj Rawatan Bersalin Untuk Warganegara

Untuk servis bersalin di hospital kerajaan, caj yang berbeza akan dikenakan untuk servis yang berbeza seperti bersalin melalui pembedahan, bersalin biasa dan bersalin kembar.

Selain itu, kelas yang berlainan sama ada kelas 1, kelas 2 ataupun kelas 3 akan dikenakan kadar yang berbeza. Untuk pilih yang mana bersesuaian, jom kita tengok di bawah:

Caj Rawatan Bersalin

Jenis RawatanKelas SatuKelas DuaKelas Tiga
Pembedahan CaesareanRM1,200RM400RM100
Bersalin dengan bantuan: forcep/songsang/vakumRM600RM200RM50
Bersalin kembarRM600RM200RM50
Bersalin biasaRM450RM150RM10

Berbanding dengan hospital swasta, caj yang dikenakan untuk rawatan dan kelas yang berbeza di hospital kerajaan agak berpatutan kan? Manakala kos untuk wad pula:

Caj Wad Am

Caj sehari bagi seorangTidak berhawa dinginBerhawa dingin
Kelas Satu:  
Bilik dengan 1 katilRM90RM120
Bilik dengan 2 katilRM60RM90
Bilik dengan 3 katil atau lebihRM45RM60
Kelas DuaRM25RM40
Kelas TigaRM3RM3

Bergantung kepada para ibu dan bapa ya. Ada yang lebih selesa tinggal dalam wad yang tiada penghawa dingin selepas bersalin. Jika begitu, kos pun boleh dikurangkan.

Manakala bagi mereka yang tidak mahu tinggal di wad am, bolehlah memilih wad eksekutif:

Caj Wad Eksekutif

KelasCaj sehari
Bilik dengan 1 katil (orang kenamaan)RM225
Bilik dengan 1 katilRM180
Bilik dengan 2 katilRM150

Caj Bilik Prosedur (Obstetrik)

Bilik bersalin (setiap kemasukan)RM120 (Kelas Satu sahaja)
Dewan bedah (setiap kemasukan)RM120 (Kelas Satu sahaja)

Caj Rawatan Bersalin Untuk Warga Asing

Manakala untuk warga asing, caj servis bersalin adalah seperti berikut:

Fi Pesakit Luar

ProsedurKos perkhidmatan bagi satu lawatan
Rawatan Obstetrik & GinekologiRM40
Perkhidmatan PostnatumRM40
Calitan PapRM45
Perkhidmatan Bersalin (termasuk di Pusat Bersalin Alternatif dan di rumah)RM200

Fi Wad

ProsedurKos perkhidmatan bagi wad sehari
Eksekutif:
Bilik 1 katil (VIP)RM500
Bilik 1 katilRM400
Bilik 2 katilRM340
Kelas Satu:
Bilik 1 katilRM320
Bilik 2 katilRM240
Bilik 3 katil atau lebihRM200
Kelas DuaRM180
Kelas TigaRM160
Bilik bersalinRM300
NurseriRM60
Nurseri rawatan khasRM140
Nurseri dengan rawatan incubatorRM170

Contoh Pengiraan Caj Bersalin Di Hospital Kerajaan

Caj-caj bersalin yang dinyatakan di atas hanyalah anggaran caj umum bersalin di hospital kerajaan. Lain hospital mungkin lain caj bagi setiap rawatan ya.

Untuk para ibu yang bercadang untuk bersalin di Hospital Selayang, boleh tengok anggaran kos bersalin ini ya:

Sumber: kelabmama.com

Para ibu dan bapa bolehlah memilih pakej mana yang dirasakan sesuai. Jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor anda juga ya. Jika anda ingin tahu secara lebih lanjut, bolehlah rujuk di laman web Hospital Selayang ini ya.

Selain itu, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur juga merupakan hospital bersalin yang bagus tau. Bolehlah juga dimasukkan dalam perancangan anda!

Manakala untuk para ibu dan bapa yang tidak tinggal di Semenanjung, janganlah risau. Di Sabah dan Sarawak juga terdapat banyak hospital yang boleh berikan rawatan bersalin yang bagus.

Sebagai contoh, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Bolehlah rujuk dokumen lengkap ini tentang caj-caj bersalin di sana ya.

Proses Untuk Mendaftar Bersalin Di Hospital Kerajaan

Apabila tibanya masa untuk bersalin, terdapat beberapa langkah yang para ibu dan bapa perlu lakukan. Menurut perkongsiannya, Nur telah menjelaskan prosedur pendaftaran bersalin di hospital kerajaan dengan terperinci:

1. Pendaftaran

Sumber: kierasakura.blogspot.com

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftarkan diri. Dokumen yang anda wajib bawa ialah kad pengenalan diri dan buku rekod kehamilan. Selepas itu, para ibu akan dipanggil untuk pemeriksaan lanjut.

Ketika pendaftaran ini, bawalah bersama kelengkapan diri seperti air mineral, buah kurma dan maternity pad ya.

2. Menukar pakaian

Anda akan diminta untuk menukarkan pakaian dengan baju hospital dan perlu jalani ujian air kencing.

3. Pemeriksaan awal

Selepas itu, para ibu akan melalui pemeriksaan awal untuk mengetahui tekanan darah dan nadi sebagai contohnya. Anda juga akan ditanya mengenai tanda-tanda atau simptom bersalin yang anda telah dan sedang alami.

4. Pemeriksaan serviks

Kemudian, pakar kesihatan akan memeriksa kedudukan bayi dalam kandungan. Ibu akan diminta untuk baring dan pemeriksaan perut akan dilakukan.

Ini akan disusuli dengan pemeriksaan serviks. Penting ya untuk para ibu kekal tenang ketika ini.

5. Fasa pelahiran aktif

Jika anda sudah berada pada fasa pelahiran aktif, doktor mungkin akan melakukan ultrasound dan anda akan dimasukkan ke bilik bersalin. Di sana, para ibu akan dipasang alat CTG dan berada dalam pemantauan doktor.

Kebiasaanya, anda tidak boleh makan ya pada waktu ini. Pada pengalaman Nur, hanya apabila bukaan serviksnya 6cm barulah suaminya dibenarkan masuk ke bilik bersalin.

6. Bersalin

Sumber: istockphoto

Selepas selamat bersalin, para ibu akan diberikan sedikit masa untuk skin-to-skin moment dengan si comel. Kemudian bayi akan diazankan dan dibersihkan.

Manakala ibu pula akan dijahit pada ketika ini dan apabila selesai semuanya, anda dan bayi akan dibawa ke wad bersalin.

7. Wad bersalin

Sampainya di wad bersalin, para ibu bolehlah luangkan masa bersama bayi; menyusu dan melihat wajah si comel yang ditunggu-tunggu.

Makanlah buah kurma untuk mengembalikan tenaga ibu dan jangan lupa untuk serahkan uri pada suami untuk diuruskan ya.

8. Discharge

Jika anda bersalin normal dan tiada komplikasi, para ibu boleh pulang dalam masa satu hari je. Tetapi sebelum itu, luka anda akan diperiksa dan si comel akan diberikan suntikan BCG terlebih dahulu.

Selesainya pembayaran bil semua, para suami bolehlah bawa ibu pulang bersama si comel!

Semoga Proses Bersalin Para Ibu Dipermudahkan..

Rancanglah proses bersalin anda sebaiknya ya. Para ibu dan bapa hendaklah berbincang pada awal kehamilan lagi tentang kos dan proses bersalin ini supaya anda bersedia fizikal dan mental untuk menyambut kelahiran si comel. Semoga segalanya lancar dan dipermudahkan!