KelabMama

Mama, Ini Simptom dan Petua Cegah Buasir Ketika Mengandung

simptom dan petua cegah buasir ketika mengandung

Kredit gambar: www.happiestbaby.com

Tahukah Mama apa itu buasir? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Keadaan ini akan menyebabkan keradangan dan bengkak di bahagian rektum.

Untuk pengetahuan Mama, buasir dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. Selain itu terdapat beberapa simptom dan petua cegah buasir ketika mengandung bagi kedua-dua jenis kategori buasir ini.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian Mama Siti berkenaan dengan simptom dan petua cegah buasir ketika mengandung di bawah ini.

Simptom dan Jenis Buasir Ketika Mengandung Mengikut Kategori

Kredit gambar: www.healthline.com

#1. Buasir Dalaman

Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Terdapat pendarahan pada najis pesakit dan pesakit akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar.

#2. Buasir Luaran

Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengalami kesakitan semasa membuang air besar.

Di bahagian luar dubur juga akan mengalami gatal atau bengkak. Sakit yang amat kuat mungkin disebabkan oleh salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Petua Cegah Buasir Ketika Mengandung

Kredit gambar: www.toplinemd.com

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira umur. Selalunya permasalahan ini sering berlaku pada orang dewasa umur 30 tahun ke atas dan wanita mengandung

. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran berat bayi yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat daripada perubahan hormon yang berlaku.

Terdapat beberapa petua untuk mencegah buasir ketika mengandung. Antara petuanya adalah seperti berikut:

#1. Makan Makanan yang Berserat

Buasir juga bahaya bagi wanita mengandung kerana boleh menjejaskan selera makan.

Wanita yang mengandung perlu mengambil makanan yang berserat dan mempunyai zat besi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, pasta bijirin dan beras perang. Makanan ini dapat mencegah buasir bagi wanita hamil.

#2. Cegah Buasir Ketika Mengandung dengan Banyakkan Minum Air Kosong

Kredit gambar: preganews.com

Bagi ibu hamil digalakkan minum air kosong dalam 2-3 liter sehari supaya najis berkeadaan lembut dan mudah untuk membuang air besar.

Hendaklah segera ke tandas jika ingin membuang air besar. Cara ini dapat menghilangkan buasir ketika mengandung.

#3. Meninggikan Kaki Ketika Membuang Air Besar

Kaedah ini adalah supaya wanita hamil tersebut mudah dalam proses pembuangan air besar.

Kaki yang diangkat itu hendaklah berada dalam keadaan yang tidak membahayakan wanita hamil tersebut.

Keadaan ini akan menyebabkan otot-otot di bahagian bawah menjadi kendur dan mudah untuk proses pengeluaran najis.

#4. Cegah Buasir Ketika Mengandung dengan Mandi Air Suam

Jika wanita hamil sering berasa gatal di bahagian dubur dan mempunyai tanda buasir ketika mengandung, amat disarankan untuk kerap mandi dengan air suam. Air suam ini untuk mengurangkan kegatalan atau kesakitan.

Selain daripada itu, elakkan mengaru di tempat yang gatal kerana boleh menambah kesakitan dan memburukkan keadaan.

Ini adalah petua tradisional orang-orang yang lebih berpengalaman dan elok juga diamalkan selepas bersalin.

#5. Gunakan Pek Ais

Bagi wanita hamil yang berasa tidak selesa di bahagian dubur, digalakkan tuam menggunakan benda sejuk seperti pek ais. Kaedah ini untuk mengurangkan bengkak yang dialami. Pek ais adalah petua tradisional untuk mengecutkan buasir.

#6. Cegah Buasir Ketika Mengandung dengan Jaga Kebersihan

Bersihkan dan lap menggunakan tuala lembut atau tisu tandas lembut di bahagian dubur supaya kawasan tersebut tidak terjejas dengan kelembapan yang boleh mendorong kepada buasir.

Antara kesan buasir kepada wanita hamil, ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dalam menjalani kehidupan seharian.

#7. Gunakan Krim Sapuan

Kredit gambar: www.babycenter.com

Wanita hamil yang kurang selesa di bahagian dubur boleh menggunakan krim sapuan atau lotion bagi mengurangkan kegatalan atau keradangan. Krim ini juga adalah satu rawatan untuk buasir.

Bagi Mama yang hamil, pengamalan gaya hidup yang sihat sangatlah penting. Petua untuk mencegah penyakit buasir ketika hamil yang dinyatakan perlulah dilakukan secara konsisten sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, jika ibu yang hamil tersebut mempunyai buasir yang tidak dapat diubati dengan kaedah yang diberi, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mama juga boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mama berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my

Selamat mencuba!


Mama boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info mengenai kehamilan yang lain di SINI!