KelabMama

15+ Jenis Breast Pump Terbaik Yang Sangat Berbaloi Untuk Dibeli

breast pump terbaik

Sumber The Conversation

Untuk memastikan stok bekalan susu mencukupi, Mama perlu memilih Breast Pump terbaik dan berkualiti tinggi bagi membantu dan memudahkan Mama memerah susu badan, terutamanya bagi Mama yang bekerja.

Kalau dilakukan secara manual, pastinya akan memakan masa yang lama. Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, tentunya dengan adanya breast pump terbaik, proses pemerahan susu akan lebih cepat dan berjalan lancar.

Oleh itu, melalui perkongsian artikel kali ini, Mama Siti akan senaraikan breast pump terbaik yang dapat memudahkan urusan Mama semua. Sedikit disclaimer – semua yang disenaraikan adalah berdasarkan pengalaman Mama Siti dan rakan-rakan ibu yang lain ya.

Senarai Breast Pump Terbaik Yang Bagus dan Berkualiti Tinggi

Berikut adalah 17 pilihan pam susu terbaik yang berbaloi untuk dibeli iaitu:

#1. Japlo Breast Pump (Model 9 556447 003896)

Kredit gambar: motherhood.com.my

Pam susu ini dibuat daripada polikarbonat yang berkualiti tinggi dan direka khas buat ibu-ibu yang mengamalkan penyusuan susu kepada bayi mereka. Pam susu ini berupaya untuk mengaktifkan kalenjar susu dan merangsang penyusuan ibu yang lebih baik. Ianya boleh didapati dengan harga mampu milik iaitu RM 36 sahaja.

#2. Tiny Touch Manual Breast Pump (Model BBTT BP1298)

Kredit gambar: motherhood.com.my

Kelebihan apabila menggunakan pam susu ini adalah pam ini berupaya untuk memegang payudara dengan lebih baik dan mempunyai cengkaman yang baik. Selain itu, bahagian-bahagian pam ini mudah dileraikan untuk pembersihan serta memudahkan penggunanya menjaga kebersihan pam kerana direka tanpa mempunyai sudut yang sukar dibersihkan.

Pam ini juga direka dengan pelindung payudara silikon yang penuh. Ianya juga lembut, selesa dan mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis payudara. Ianya boleh didapati dengan harga serendah RM 39.90 sahaja.

#3. Tommee Tippee Silicone Breast Pump (Made for me) Model TOM-223230

Kredit gambar: Shopee

Apabila mama membeli pam ini, Mama akan mendapat 1 silikon pam susu, 1 beg travel dan pensterilan gelombang mikro yang boleh diguna semula beserta dengan 1 pot penyimpanan susu. Ianya boleh didapati dengan harga RM 79.

#4. Malish Mia (Manual Breast Pump) Model 9555790500274

Kredit gambar: Shopee

Malish Mia (Manual Breast Pump) ini sesuai untuk semua jenis payudara, ianya lembut, mempunyai bukaan yang lebar, memberi keselesaan kepada payudara dan sangat lembut pada kulit ibu. Pam ini didatangkan dengan set puting dan penutup botol.

Ianya juga mesra alam, fleksibel, ringan, mudah disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Selain itu, ianya juga mudah digunakan dan mudah dipasang, alat ganti yang mudah didapati, mudah dijaga serta dicuci. Ibu-ibu boleh mendapatkan pam ini dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 84.90.

#5. Haakaa Silicone Breast Pump (150ml) Model MHK006

Kredit gambar: motherhood.com.my

Pam susu ini sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Ianya lembut dan selesa kerana diperbuat 100% daripada silikon gred makanan. Mempunyai saiz yang mampu dimuatkan ke dalam beg tangan atau beg bayi. Selain itu, ianya mudah untuk dibasuh (hanya menggunakan pencuci pinggan), boleh disteril dan dibiarkan di dalam air yang mendidih.

Di samping itu, ianya bebas BPA, PVC dan Phthalate. Pam ini juga tiada sebarang wayar, bateri atau pemasangan yang diperlukan. Hanya dengan RM 99 anda boleh mendapatkan Haaka Silicone Breast Pump ini.

#6. Treenie (Kompaktor) Electric Double Breast Pump Model 62501112

Kredit gambar: motherhood.com.my

Pam susu model ini direka dengan saiz sebesar tapak tangan sahaja. Ianya kecil tetapi padat dan ringan. Ianya mempunyai 2 fasa mod, 9 tahap rangsangan sedutan dan 9 tahap eksperisi sedutan. Pam ini perlu dicas menggunakan USB yang boleh disambungkan kepada powerbank, pengecas USB dalam kereta atau komputer riba anda.

Saiznya yang kecil dan ringan adalah sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja malahan juga mudah untuk ibu-ibu yang bekerja mengepam di tempat kerja mereka. Mama hanya perlu membelanjakan RM 131 sahaja untuk mendapatkan pam susu ini.

#7. Tommee Tippee Manual Breastpump (Made For Me) Model TOM-223246

Kredit gambar: Shopee

Pam ini didatangkan dengan reka bentuk ergonomik di mana direka khas agar sesuai dengan saiz tangan wanita. Ianya sangat senyap semasa proses pengepaman yang menjadikannya sangat sesuai digunakan di mana-mana sahaja.

Selain itu, ianya juga direka bentuk untuk keselesaan ibu-ibu di mana ianya mempunyai cawan silikon yang sangat lembut dan mempunyai kusyen yang lembut serta sesuai digunakan pada payudara yang sakit. Ianya juga cepat dan mudah untuk dipasang kerana tidak mempunyai sebarang wayar atau tiub.

Bagi mama-mama yang berminat untuk mendapatkan pam ini, mama hanya perlu membelanjakan RM 159 sahaja dan anda akan dapat mengepam susu anda dengan selesa.

#8. Haakaa COMBO Silicone Breast Pump (100ml) & Silicone Cap (Model GBHK040)

Kredit gambar: motherhood.com.my

Ia diperbuat daripada 100% silikon gred makanan dan direka kalis bocor untuk mengelakkan tumpahan. Di samping itu, ia juga selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk dan air yang mendidih. Ianya berharga RM 129.00.

#9. Philips Avent Natural Manual Breast Pump with Milk Storage Cups (Model SCF330/13)

Kredit gambar: motherhood.com.my

Dengan pam susu ini mama boleh duduk dengan selesa tanpa bersandar ke hadapan kerana kusyen urut lembutnya merangsang aliran susu anda dengan lembut. Pam susu manual Avent mempunyai beberapa bahagian, mudah dipasang, digunakan & dibersihkan. Ia juga ringan dan mudah untuk digunakan secara ‘on the go’. Ianya boleh didapati dengan harga RM 183.

#10. Boboduck Belle Wearable PPSU Breast Pump

Kredit gambar: Shopee

Sedutan pam susu ini sangat lembut dan tidak menyakitkan. Ia menggunakan 100% bahan gred makanan dan silikon perubatan yang bebas BPA. Ia turut membantu ibu-ibu mengatasi masalah puting rata atau terbalik untuk menyusu dengan jayanya. Dapatkan pam ini hanya dengan harga RM 149 sahaja.

#11. Lavente Alora Single Electric Breast Pump

Pam susu ini direka khas untuk merangsang sedutan bayi menggunakan teknologi mikrokomputer. Ia mempunyai 9 kelajuan boleh laras, pilihan mod duo dengan urutan rangsangan dan let-down, dan membantu menjadikan pengalaman penyusuan anda lebih selesa dan menyeronokkan.

Antara kelebihan pam susu ini, ianya agak senyap. Jadi mudahlah untuk mama gunakan di tempat kerja. Selain itu ia juga ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia boleh didapati dengan harga RM 269.

#12. Boboduck Mia Rechargeable Double Breast Pump

Kredit gambar: Shopee

Dengan menggunakan pam susu ini, mama dapat mengepam kedua-dua belah payudara mama dalam masa yang sama. Disamping itu, ia juga direka bagi memudahkan ibu-ibu yang mempunyai puting rata untuk mengepam susu.

Bagi mereka yang mempunyai jadual waktu yang padat, pam ini juga sangat sesuai kerana ia menjimatkan 58% masa mengepam berbanding ‘double breast pump’ yang lain. Ia juga meningkatkan jumlah susu ibu sebanyak 20%. Bagi produk ini, ia dijual dengan harga RM 259.

#13. MiLQ Elva Wearable Hands-Free Wireless Breast Pump (1 Pair / Double Pumping)

Kredit gambar: Shopee

Bagi mereka yang sentiasa sibuk, pam susu ini sangat sesuai untuk anda. Ia kerana pam ini adalah jenis ‘wireless’ dan ‘handsfree’. Jadi mudahlah untuk mama mengepam susu sambil membuat kerja – kerja lain. Pam ini mempunyai 3 mode iaitu, Expression Mode, yang mana ia mengepam biasa dengan rentak yang sekata secara berterusan. Ia juga boleh digunakan sebagai pengurut.

Mode yang seterusnya ialah, Two-in-one Mode iaitu campuran urutan lembut dengan mod ekspresi (8 urutan + 1 mengepam setiap kitaran). Ia mampu melegakan kesakitan bengkak dan merangsang ‘let down’ dalam masa yang lebih singkat. Urutan ini bakal membantu melegakan payudara yang sakit.

Mode yang ketiga ialah Dual Frequency Mode. Mod ini boleh digunakan untuk ibu yang mempunyai puting pendek atau terbalik kerana ia membantu menarik keluar puting sebelum mengepam. Ia juga bakal menjimatkan masa ibu-ibu keran ia mengepam dengan cepat dalam mod ini. Harganya pula ialah RM 379.

#14. Tiny Touch Intelligent Electic Single Breast Pump (Model BBTT-BP3598-S)

Kredit gambar: motherhood.com.my

Pam ini merupakan salah satu daripada Mini Series, jadi ianya kompak, ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Ia juga boleh dicas semula menggunakan soket usb. Harganya ialah RM 401.75.

#15. Tommee Tippee Made for Me Single Electric Breast Pump (Model TOM-423620/38)

Kredit gambar: Shopee

Salah satu kelebihan pam ini ialah ia jauh lebih senyap berbanding dengan pam susu terkemuka yang lain. Ia juga boleh dicas semula menggunakan soket usb, jadi ia boleh gunakan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah ataupun ‘on the go’.

Disamping itu, ia juga lembut pada payudara kerana menggunakan ‘cup’ silikon lembut dan berkusyen yang sesuai pada payudara yang tidak selesa. Pam susu ini mempunyai kuasa yang tahan lama iaitu selama 60 minit mengepam. Ia berharga RM 599.

#16. Philips Avent Easy Comfort Single Electric Breast Pump (Model SCF301/03)

Kredit gambar: motherhood.com.my

Pilih antara 4 mod rangsangan dan 4 tetapan mengepam untuk menjadikan setiap sesi mengepam lebih selesa dan peribadi. Reka bentuk yang ringan dan padat juga bermakna mengepam ia sangat digunakan secara ‘on the go’. Harganya pula ialah RM 599.

#17. ARDO Calypso Double Plus (Model AR63.00.198/2)

Kredit gambar: Shopee

ARDO Calypso Double Plus merupakan pam susu yang paling senyap dipasaran dan di anugerahkan sebagai pam susu terbaik Mumsnet sejak 3 tahun lepas. Dengan teknologi Vacuum Seal, ia memberikan perlindungan 100% dan menghalang pencemaran pam ataupun susu.

ARDO Calypso Double Plus boleh digunakan sebelah ataupun serentak kedua belah payudara. Untuk kemudahan penggunaannya, ia mempunyai pemegang botol klip-on yang memastikan penyimpanan mudah set pam apabila diperlukan. Harganya pula ialah RM 899.

Jadikan pengalaman penyusuan susu kepada bayi atau anak Mama ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Ibu yang gembira akan menghasilkan kualiti dan kuantiti susu yang baik. Semoga penyusuan Mama menjadi lebih mudah dan selesa dengan bantuan breast pump terbaik seperti di atas.