KelabMama

‘BPA Free & Elok Lagi’ Bukan Alasan Mama Untuk Kekal Dengan Botol Lama

'BPA Free & Elok Lagi' Bukan Alasan Mama Untuk Kekal Dengan Botol Lama

Ish, elok lagi botol ni. Buat apa nak tukar, lagi pun ni yang BPA Free ni. Biar rosak dulu baru kita ganti yang baru!

Ada pula macam tu konsepnya? Biar rosak dulu baru tukar baru. Mana boleh macam tu mama. Mama tahu tak bahaya sebenarnya guna botol susu yang terlampau lama untuk anak.

BPA Free ke botol BPA ke kalau ianya dah calar dan kekuning-kuningan, mama wajib tukar! Ada yang tanya, kenapa kena tukar, elok je saya bagi minum dekat bayi? Ha, jom Mama Siti kongsikan kenapa mama kena sentiasa tukar botol susu si manja.

Bahaya Guna Botol Susu Yang Dah Lebih 3 Bulan!

Apalagi kalau yang dah banyak calar kat bahagian dalam botol tu. Buat pengetahuan mama, calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu, paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.

Apa Itu Bisfenol A (BPA)?

Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (terutama bayi). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi.

Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Ibu bapa perlu sentiasa periksa barangan penyusuan bayi dengan teliti setiap 2-3 bulan sekali.

Jangka Hayat Botol Susu

Jangka hayat botol susu yang ada BPA ni biasanya 3-6 bulan. Tapi kalau botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, TAPI sebaiknya tukar kalau warna botol dah berubah, banyak kesan calar dan kekuning-kuningan.

Kesan BPA Terhadap Kesihatan Dan Bayi

BPA yang terkandung dalam apa jua produk dapat melarut resap ke dalam makanan/minuman dan seterusnya masuk dalam badan. Sekalipun dos Bisfenol A tu rendah, tapi bila dah masuk dalam badan kita, ia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh beri kesan negatif terhadap kesihatan mama dan juga janin dalam kandungan! Dikatakan BPA ni boleh mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi. Sebab tu lah ibu hamil kena jaga pemakanan supaya terhindar dari kesan buruk BPA ni.

Banyak kajian yang mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :

• Baligh awal
• Kanser payudara
• Kanser prostat
• Penyakit jantung
Obesiti
• Kencing manis
• Songsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan rosakkan kromosom!

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA Ke Dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya haba yang tinggi (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap bahan kimia (termasuk sabun pencuci)

Penggunaan sabun juga perlu diambil perhatian untuk memastikan botol anak mama tak melekat bahan-bahan kimia yang merbahaya pada bayi.

Tips Elakkan BPA

Memang susah untuk elakkan penggunaan produk yang ada BPA ni. Yalah, kalau dah segala bekas makanan kita, botol air dan sebagainya produk yang mengandungi BPA, kan mustahil nak terus buang barang-barang yang terkumpul banyak kat rumah tu?

Jadi, apa yang mama boleh lakukan? Mama dapat kurangkan penggunaan produk BPA ni dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

• Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.

• Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Kalau nak yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.

• Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat. Kod 3 pun tak bagus, ada toksin. Jadi elakkan!

• Kalau nak bungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan guna plastik !

• Jangan minum air mineral yang terjemur dalam kereta.

Tips Elak BPA Dari Botol Susu Anak Mama

• Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) ATAU boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan botol polikarbonat.

Botol susu besi bebas daripada bahan kimia (BPA free) dan mempunyai jangka hayat yang panjang.

• Kalau mama guna botol polikarbonat, pastikan ia tak dijemur, dipanaskan dan dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.

• Gunakan berus yang lembut daripada plastik dan span untuk elakkan calar. Bukan berus dawai untuk basuh botol susu bayi.

• Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk cuci botol anak mama.

Bila Botol Anak Perlu Ditukar Segera?

1. Kesan Calar Pada Botol

Kalau botol susu si manja banyak kesan calar, itu sign mama untuk tukar botol tersebut. Takut berlaku pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2. Sterilizer

Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat kurangkan jangka hayat botol, contohnya botol susu tersebut sebenarnya boleh digunakan selama 6 bulan. Tapi, kerana terdedah kepada haba yang tinggi, jangka hayat botol susu tu boleh jadi pendek. Seawal 4 bulan, mama dah kena tukar.

Pemanasan yang melampau boleh menyebabkan botol bertukar warna dan bebaskan bahan kimia (BPA) dari plastik.

Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

3. Warna Botol

Warna kekuningan pada botol bermakna ianya perlu ditukar. Lebih-lebih lagi kalau ada kesan calar di bahagian dalam botol.

4. Bau

Kalau botol dah tak berbau nyaman walaupun dah banyak kali basuh, Mama Siti sarankan tukarlah botol tu. Sebab bau yang tak menyenangkan ni boleh jadi berpunca daripada kulat atau mikroorganisma yang membiak dalam botol tu.

5. Pengunaan Sabun Pencuci Botol

Penggunaan pencuci botol susu pun perlu di ambil kira. Kalau dulu mama biasa pakai sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan, mama kena STOP apa yang mama buat sekarang.

Sebab pencuci pinggan mangkuk yang mama selalu pakai tu ada bahan kimia menghakis dan ia akan beri kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tak dibilas dengan bersih.

Jadi solusinya, mama kena guna bahan pencuci yang bersifat ORGANIK. Barulah selamat!

Sekarang dah tau kan? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua. Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.

Sumber: Maya Darwish

BACA JUGA SELAMATKAH BOTOL SUSU ANAK ANDA?

Pesan Mama Siti:

Sekarang mama dah faham kan? Mama dah boleh tukar botol susu lama ke botol susu yang stainless steel. Memang BPA Free terus! Tapi ingat, jangan lah pula basuh dengan pencuci pinggan mangkuk. Kesian si kecil dihidang susu dengan bahan kimia. Nanti kalau anak kembung perut, sakit, kita juga yang susah kan? Jadi sama-samalah kita jaga kebersihan segala barang yang masuk dalam mulut anak kita!