KelabMama

Boleh Ke Letak Garam Atau Gula Dalam Makanan Bayi?

Letak sikit je. Sikiiit je. Secubit je. Tak rasa mana pun garam gula tu kalau bubuh sikit kan?

NO! TAK BOLEH. JANGAN LETAK GARAM ATAU GULA DALAM MAKANAN BAYI.

Buat pengetahuan mama, makanan bayi bawah setahun ni seeloknya dibuat tanpa sebarang perasa, garam atau gula. Bila umur si manja mencecah setahun atau dua tahun, barulah mama boleh introduce garam atau gula dalam makanan mereka.

Sebab apa Mama Siti kata macam ni? Sebab si manja mama baru saja nak mengenal makanan. Kalau mama nampak dia makan lepas tu luah balik, itu perkara normal. Mama jangan risau.

Keperluan garam untuk bayi kurang dari 1 gram sehari.

Mama mungkin fikir si manja tolak makanan yang mama buat sebab rasa makanan yang tawar.  Tak, sebenarnya semua makanan yang mama kenalkan dekat si manja adalah sesuatu yang baru untuk si manja kerana tekstur, bau dan rasa yang berbeza . Yalah, 6 bulan anak mama asyik minum susu ibu saja, lepastu mama kenalkan makanan baru mestilah ada try and error kan?

Mungkin ada anak mama yang suka, kalau ada rasa yang pelik sikit mungkin dia tak suka jadi dia luahkan balik. Kalau mama tengok anak mama, bila suap je makanan yang baru, mungkin ada ekspresi yang berlainan, yang nampak pelik sikit and ada juga yang bagi 2-3 kali baru la terima. Mama pun lega!

Personaliti si manja yang berbeza menyebabkan mereka menolak makanan yang diperkenalkan buat kali pertama.

Sebenarnya personaliti anak yang berbeza membuatkan mereka alami perkara sebegini. Bila anak mama tak makan, itu bukan option untuk mama nak tambah perasa/garam/gula dalam makanan si manja. Pada usia 6-12 bulan ni, fokus mama ialah:

Kenapa tak boleh letak garam dan gula?

1. Buah pinggang bayi tak cukup matang

First point Mama Siti ialah, buah pinggang bayi tak sama dengan orang dewasa. Ia masih dalam peringkat, kalau orang kata pramatang gitu. Kalau si manja ambil garam atau gula secara berlebihan, buah pinggang si manja akan cepat rosak kerana ‘overwork’ nak bersihkan lebihan garam dan gula dalam darah.

2. Deria rasa bayi 100x lebih sensitif dari dewasa

Iya, deria rasa kita mungkin merosot sikit sebab mungkin kita merokok, makan makanan panas tapi bayi tak macam tu tau. Deria rasa bayi banyak yang baru dan sensitif . Kalau kita tak letak serbuk perasa dalam makanan bayi sekalipun, si manja dah dapat detect segala perisa semulajadi dari makanan yang mama buat. Dah tak perlu tambah apa-apa dah.

3. Dorong bayi jadi picky eater

Perasa seperti garam dan gula boleh menyebabkan anak mama berubah menjadi ‘picky eater’.

Mama kena ingat kalau awal-awal mama dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan garam dan gula, mama rasa anak mama nak lagi ke makan makanan perisa semulajadi? Ha, cuba mama reflect balik kalau ada daripada kita yang buat macam tu kat si manja.

Ini yang menyebabkan anak mama tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tak ada perisa sebab mereka dah terbiasa dengan makanan yang sedap dan ada perisa ni. Jadi, bila mama buat makanan bayi tu, jangan letak apa-apa serbuk perasa. Biar mereka rasa perisa semulajadi tu dan belajar untuk menerimanya.

4. Berlaku jangkitan telinga dan tekak

Selain daripada sakit gigi yang biasa berlaku akibat pengambilan gula yang berlebihan, ada juga komplikasi lain yang mama kena berjaga-jaga kalau mama dah mula bagi makanan yang mengandungi gula dan garam kepada si manja.

Contohnya, jangkitan pada telinga dan tekak. Sebab tu Mama Siti pesan, kalau mama nak bagi juga garam atau gula dekat si manja mama, mama kena tunggu bayi mama at least umur 1 tahun dan bagi dalam kadar yang terkawal.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

BACA JUGA LETAK MINYAK DALAM MAKANAN BAYI? INI PANDUAN BERGUNA DARI PAKAR NUTRISI

Pesanan Mama Siti:

Kadang-kadang ada ibu yang tahu dengan info ni tapi rasa macam ok je kut kalau letak sikit dalam makanan anak. Jawapan dia still NO okay? Sebab tindakan mama ni akan buat anak mama jatuh sakit. Bak kata pepatah, sudah terhantuk barulah nak terngadah. Ingat tau pesan Mama Siti!