KelabMama

Waktu Subur Wanita Yang Perlu Diketahui Suami Isteri Untuk Merancang Kehamilan!

“Haih, susah pula guna kalkulator ovulasi ni. Haid pun tak datang ‘on time’.” Jadi, bagaimana nak tahu bilakah waktu subur wanita untuk merancang kehamilan? Adakah tanda-tanda waktu subur ini boleh diketahui dengan cara fizikal?

Bagi menjawab pertanyaan Mama, salah satu masa yang penting bagi pasangan yang ingin merancang kehamilan adalah waktu subur seseorang wanita itu.

Waktu subur wanita ini ialah tanda yang wajib diketahui bagi pasangan yang sedang berusaha menjarakkan kehamilan secara semulajadi.

Kredit Foto: Adobe Stock

Jangan terkejut, ramai pasangan yang masih tak tahu sama ada mereka dalam keadaan yang subur atau tak. Ada juga yang melakukan hubungan seks apabila isteri sedang tak subur. Jadi hal ini membuatkan sukar untuk hamil. 

Tambahan pula apabila haid yang tak teratur disebabkan oleh stress, hormon yang tak seimbang atau yang sedang menyusu badan selepas bersalin.

Fakta Tentang Waktu Subur Wanita Yang Mama Harus Tahu

Mengikut sains, waktu subur atau tempoh ovulasi ini merupakan proses ketika sel telur (ovum) dikeluarkan dari folikel yang dah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan.

Untuk pengetahuan Mama, sperma dapat bertahan selama 7 hari dalam vagina, tetapi sel telur anda hanya dapat bertahan paling lama 24 jam setelah dikeluarkan.

Menurut kata doktor, seorang wanita hanya melalui masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan ‘paling subur’. Kebiasaannya, tanda subur wanita boleh diketahui dan dirasai secara fizikal.

Kebanyakan pasangan amatlah digalakkan melakukan hubungan seks pada saat ini atau beberapa hari sebelum supaya sel telur (ovum) dan sperma dapat bertemu pada waktu yang tepat.

9 Tanda Waktu Subur Wanita Yang Wajib Diketahui Oleh Suami Isteri

1) Suhu Badan Meningkat

Kredit Foto: Adobe Stock

Ketika proses ovulasi dan waktu kesuburan wanita, suhu tubuh badan Mama akan meningkat daripada biasa. 

Jadi, Mama perlu ketahui suhu badan pada hari-hari biasa untuk dibandingkan dengan hari yang subur. Mama juga boleh gunakan carta untuk mencatat suhu badan anda setiap hari supaya lebih peka dengan tanda ini.

Suhu badan Mama tak akan meningkat secara drastik jadi pastikan Mama menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya.

Setelah 2-3 hari tubuh Mama mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.

2) Keputihan Berbeza Daripada Biasa

Kredit Foto: Google Image

Tanda subur wanita juga boleh dikenal pasti apabila rupa dan tekstur keputihan menjadi seakan lendir pada serviks (pangkal rahim).

Mama boleh tahu waktu subur kerana tekstur dan warna keputihan yang keluar daripada vagina adalah berbeza daripada keputihan yang berlaku pada hari-hari lain sepanjang bulan.

‘Take note’, apabila ovulasi menghampiri lendir akan menjadi lebih cair dan kelihatan agak jernih.

3) Lebih Ghairah Daripada Biasa

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama pernah rasa ghairah dan bernafsu tinggi ketika satu masa? Jangan risau, ini adalah salah satu tanda subur wanita yang terjadi disebabkan peningkatan nafsu syahwat atau ‘libido’.

Jangan risau, perkara ini adalah normal dan Mama juga akan merasa lebih ghairah dan terlihat lebih menarik bagi Encik suami.

4) Perut Terasa ‘Cramp’

Kredit Foto: Adobe Stock

Ada juga beberapa wanita sering merasa sakit seperti ‘cramp’ atau tak selesa pada bahagian perut. Dan kejadian ini seperti ‘period pain’ tetapi ianya berlaku di luar waktu haid.

Jadi, ianya juga salah satu tanda subur wanita. Sesetengah wanita juga melalui pengalaman seperti mereka turut merasa kejang pada salah satu punggung ketika ovulasi berlaku.

5) Servis (Pangkal Rahim) Berada Dalam Posisi Yang Tinggi Dan Lembut

Kredit Foto: Google Image

Antara salah satu tanda yang ‘major’ ialah tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat diketahui dengan perubahan pada bahagian serviks.

Apabila wanita berada dalam keadaan tak subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah dan ianya mudah untuk dirasa. 

Tetapi apabila waktu ovulasi semakin hampir, serviks akan rasa lebih lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi dan sukar untuk dirasai.

Dikatakan, waktu yang optimum untuk memeriksa serviks ini adalah pada waktu malam. Mama harus pastikan tangan bersih sebelum memeriksa serviks ya. 

Oh ya, Mama jangan pandai-pandai memeriksa serviks setelah hubungan seks bersama suami. Sebabnya, rahim anda tak berada dalam keadaan normal semasa berhubungan.

6) Payudara Bengkak Dan Lebih Besar

Kredit Foto: Adobe Stock

Disebabkan peningkatan hormon, payudara anda menjadi sedikit bengkak dan besar daripada biasa ketika ovulasi.

Kalau Mama nak tahu, ada juga wanita yang bukan je bengkak di bahagian payudara, namun di bahagian lain di tubuh badan. 

7) Deria Rasa Dan Bau Lebih Tajam

Kredit Foto: Adobe Stock

Ini ialah tanda yang seterusnya, deria rasa dan bau lebih tajam daripada biasa. Ada juga wanita yang menceritakan bahawa mereka dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik dan sedap ketika waktu subur.

Jadi sebab itulah selera kita akan bertambah ketika proses ovulasi. Haa, dulu Mama Siti ingatkan Mama Siti yang asyik nak makan tanpa sebab. Rupa-rupanya sedang melalui proses ovulasi. 

8) Darah Bertompok Antara Tanda Waktu Subur Wanita

Kredit Foto: Adobe Stock

‘Period’ ke? Bukan, ini berbeza dengan haid kita. Selalunya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi.

Jadi paras progesteron akan turut menurun dan berlaku kejatuhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.

Tetapi perkara ini tak terjadi kepada semua wanita tau. Mungkin sesetengah wanita ada juga mengalami darah bertompok ini jadi Mama jangan panik ya! Ini ialah perkara yang normal ketika ovulasi.

9) Keputusan Positif Pada Alat Pengesan Kesuburan

Kredit Foto: Adobe Stock

Kalau tanda-tanda yang di atas tak meyakinkan untuk tahu tentang bilakah waktu subur, Mama boleh menggunakan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK) untuk ketahui masa subur yang lebih tepat.

Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat pengesan kehamilan.

Jangan Endahkan Waktu Subur Wanita Bagi Merancang Kehamilan Dengan Tepat

Kredit Foto: Adobe Stock

Dengan ilmu yang dikongsikan di atas, tanda-tanda ini dapat membantu pasangan yang sedang ingin merancang untuk mendapatkan bayi. 

Masih ramai yang tak tahu tentang hal ini dan melakukan hubungan seks ketika waktu yang tak subur. 

Apabila Mama tahu tentang perkara ini, Mama bolehlah merancang kehamilan dengan tepat. Doktor mencadangkan, ketika waktu subur itu Mama boleh melakukan hubungan intim atau seks secara kerap setiap dua hingga tiga hari sehingga waktu subur itu berakhir. 

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA CARA UNTUK MENGANDUNG : 5 TIPS ANDA BOLEH CUBA

Pesan Mama Siti

Tetapi, Mama Siti ingin pesan janganlah pula terlalu stress tentang waktu subur ini sehingga keseronokan suami isteri itu diabaikan. InsyaAllah, mudah-mudahan Mama dan Papa akan mendapat rezeki cahaya mata dengan izinNya.