KelabMama

Apa Yang Mama Harus Buat Bila Si Manja Sering Sakit Perut?

Apa Yang Mama Harus Buat Bila Si Manja Sering Sakit Perut?

Biasanya, penyebab sakit perut tak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan. Namun perlu diketahui, tak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan boleh jadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.

Oleh sebab itu, penting untuk para ibu bapa mengenali gejala sakit perut ni agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Sakit perut bukan satu penyakit tetapi ia adalah petanda masalah kesihatan/penyakit yang lain.

Tahu Gejala Sakit Perut Umum

Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia 3 bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia 3 bulan-2 tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia 2-5 tahun pula, mereka lazimnya dah boleh beritahu ibu bapa berkenaan sakit yang dihadapi tapi masih belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Rawatan Untuk Sakit Perut

Jika tahap kesakitan yang serius sehingga menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya berguling kesakitan atau menangis dengan kuat setiap kali ianya datang, pastinya kemungkinan masalah penyakit yang serius adalah lebih tinggi.

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian badan yang lain. Kepada anak berusia 4-6 tahun, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma. Sementara, anak berusia 7 tahun ke atas biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.

1- Kembung Perut

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan berlaku kekejang di bahagian perut.

Cara mengatasi: Lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut. InshaAllah, ia akan legakan perut si manja yang tegang tu.

2- Sembelit

Cara mengatasi: mama boleh berikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual di mana-mana farmasi yang berdekatan. Tapi yang paling penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak.

3- Keracunan Makanan

Bila anak keracunan, si manja akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.

Cara mengatasi: pastikan si kecil minum air yang banyak untuk mencegah dehidrasi.

4- Alah Susu

Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah setelah minum susu. Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.

Lactose intolerance atau intoleransi laktosa adalah ketidadkmampuan seseorang mencerna gula laktosa yang boleh didapati daripada produk tenusu dan susu.

Kalau anak mama menunjukkan gejala seperti terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

5- Stres

Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Sakit yang dialami sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.

Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah. Jangan tak tahu, kanak-kanak pun boleh jadi stres tau kat sekolah. Terutama kalau banyak sangat kerja sekolah, uish boleh jadi stres melampau tu!

Kalau mama nak dapatkan kepastian, terus bawa anak mama berjumpa dengan pakar psikologi dan rujuk saja masalah si manja dengan mereka. Mereka lebih pakar soal ni jadi mestilah jawapan yang mama tercari-cari sangat tu ada di tangan mereka.

Sumber: mforum

BACA JUGA APA YANG MAMA HARUS BUAT BILA SI MANJA SERING SAKIT PERUT?

Pesan Mama Siti:

Sebagai ibu bapa, perkara terpenting yang mama boleh lakukan adalah memberi anak mama diet yang berkhasiat dan seimbang serta awasi kesihatan penghadaman mereka. Mama boleh rujuk nasihat pakar pediatrik atau pakar gastroenterologi pediatrik dengan segera jkalau mama syak anak mama menghadapi sebarang masalah.