KelabMama

BETUL KE AMALAN MAKAN SECARA SIHAT KOS MAHAL?

Pemakanan sihat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama. Ia juga bermaksud mengambil pelbagai jenis makanan dalam saiz hidangan yang bersesuaian. Pemakanan sihat tidak bermaksud mengikuti salah satu diet yang tegar atau ketat atau mengambil makanan tertentu saja. Ia juga tidak bermaksud hanya mengambil makanan yang kurang sedap atau mahal. Anda mungkin pernah terdengar aduan seseorang mengenai cabaran mengamalkan tabiat pemakanan sihat. Mereka mungkin mengadu menghadapi pelbagai halangan seperti kesuntukan masa untuk bersarapan dan kurang pilihan makanan yang lebih sihat apabila makan di luar. Cara mengatasi cabaran ini adalah makan secara bijak selain menjadi individu yang komited dan berdisiplin. Apakah cabaran untuk mengamalkan pemakanan sihat? Mari kita lihat cara makan secara bijak dapat membawa kita ke arah pemakanan sihat melalui diet makanan sihat. Ingat, makan secara bijak tidak bermaksud mengikuti diet yang ketat ataupun mengorbankan makanan kegemaran anda.

 

CABARAN 1: TIADA MASA UNTUK BERSARAPAN

Sarapan ialah hidangan harian yang paling penting. Ia membekalkan tenaga dan nutrien penting kepada tubuh selepas tidur semalaman, membolehkan tubuh memulakan hari yang aktif. Bagi kanak-kanak, sarapan penting untuk mereka belajar dengan lebih baik dan meningkatkan pencapaian di sekolah. Sarapan juga dapat mencegah makan berlebihan pada waktu makan seterusnya dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Namun begitu, melangkau sarapan perkara yang agak biasa dalam semua kumpulan masyarakat sama ada kanak-kanak sekolah, remaja atau orang dewasa yang bekerja. Alasan yang paling lazim tiada masa kerana tergesa-gesa untuk ke tempat kerja atau sekolah. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan supaya anda sekeluarga dapat bersarapan. Daripada mencari alasan, luangkan masa dan cuba tip berikut untuk membantu anda menyediakan sarapan berkhasiat.

 

CABARAN 2: KURANG PILIHAN MAKANAN SIHAT DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan orang yang bekerja mengambil sekurang-kurangnya satu hidangan di luar setiap hari. Sekiranya seseorang terus memilih makanan kurang sihat yang disediakan de­ngan minyak, gula atau garam berlebihan untuk jang­ka masa panjang, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi amat penting untuk membuat pilihan makanan dengan bijak. Antara masalah yang dihadapi ialah kurangnya restoran atau kafe yang menghidangkan pilihan makanan sihat bagi sajian tengah hari atau malam. Namun, sekiranya anda berusaha dengan serius, anda masih boleh membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Janganlah cepat me­ngaku kalah dan terus me­ngamalkan gaya pemakanan anda kini. Cuba pertimbangkan panduan di bawah apabila anda makan di luar:

 

CABARAN 3: KURANG PILIHAN MAKANAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

Kantin yang menghidangkan pilihan makanan sihat dapat membantu memastikan kanak-kanak mengambil snek sihat pada waktu rehat. Namun, salah satu cabaran dalam membentuk tabiat makan secara sihat dalam kalangan kanak-kanak sekolah ialah jenis makanan yang dijual di kantin.

Sesetengah kanak-kanak mungkin tidak mempunyai pilihan memandangkan makanan yang dijual di kantin tinggi kandungan lemak dan gula contohnya makanan bergoreng dan minuman manis. Ini menyumbang kepada pengambilan kalori yang tinggi dalam kala­ngan pelajar. Kanak-kanak sekolah juga mudah tergoda dengan makanan dan minuman bergula.Ibu bapa boleh membantu mengatasi cabaran ini dengan beberapa cara mudah:

 

CABARAN 4: MAKAN SECARA SIHAT ADALAH MAHAL

Sesetengah orang tersilap menganggap makan secara sihat adalah mahal. Sebenarnya dengan mengamalkan beberapa tip membeli-belah, ia boleh dicapai walaupun dengan bajet terhad. Dalam perbelanjaan makanan, lakukan dengan bijak – buat perancangan. Senaraikan barangan yang diperlukan dan elakkan godaan untuk membeli bara­ngan yang tiada dalam senarai supaya bajet tidak lari.

 

CABARAN 5: KANAK-KANAK MEMILIH DAN TIDAK SUKA MAKAN SAYUR

 

 

 

 

 

Sumber:  Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietetik Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.