KelabMama

Harus Berurut Apabila Tubuh Sudah Beri Isyarat Untuk Rehat

Diurut memang enak rasanya. Ringan rasa seluruh badan. Malah ada sesetengah orang boleh jadi ketagih. Tidak mengurut sebulan sekali, badan akan rasa lenguh-lenguh dan tidak bermaya. Agaknya apa yang menariknya setelah diurut? Apalagi tubuh akan menjadi segar setelah urat-urat dibetulkan dan pengaliran darah berjalan dengan lancar. Kesannya di malam hari, tidur akan menjadi nyenyak hingga ke subuh.

Urut, sama ada urut tradisional, urut thai, urut reflesology, urut SPA dan sebagainya mempunyai tujuan yang sama iaitu perlakuan bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan.  Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan. Ada tukang urut mewarisi dan mempelajari cara mengurut dari ibu, ayah, datuk atau nenek mereka, ada juga yang mempelajarinya secara khusus untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Aliran darah dalam tubuh umpama longkang.  Sekiranya air longkang mengalir baik maka tidak perlu disapu.  Tetapi apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau sampah maka pertolongan bagi melepaskan loggokan itu diperlukan.  Begitu juga dengan badan anda, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak!  Apabila kesukaran pergerakan bermula maka berbagai masalah praktikal yang akan timbul.

Masalah yang sering dihadapi oleh lelaki atau wanita ialah banyak angin. Masalah angin yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti letih lesu, sakit kepala, sakit-sakit badan dan sendi, senak perut, lenguh, rasa bisa di belakang dan banyak lagi. Punca banyak angin ini juga adalah pelbagai. Sebaiknya pakai stokin semasa tidur. Tapak kaki yang terdedah memudahkan angin masuk ke dalam badan. Semasa berjalan di dalam rumah seeloknya memakai selipar kerana lantai jubin sejuk dan boleh memudaratkan kesihatan. Pemakanan juga menjadi salah satu penyebab banyak angin.

 

TUJUAN UTAMA MERAWAT GUNA TEKNIK URUTAN

1)    Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat

2)   Menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian (santai)

3)   Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.

4)   Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecok, bengkak kaki kerana berdiri/berjalan lama

5)   Merawat urat saraf wanita lepas bersalin dan memulihkan tenaga kembali

 

KEBAIKAN MENGURUT

Mengurut kaki sambil mendengar lagu kesukaan akan menimbulkan rasa tenang dan mengembalikan tenaga. Rasa tenang dan nyaman itu akan membuatkan tidur anda lebih nyenyak.

Gaya hidup dan kasut yang dipakai seharian boleh menghambarkan aliran darah dalam badan. Menutup hari dengan mengurut kaki boleh membantu melancarkan semula pengaliran darah yang sudah terganggu sepanjang hari.

Masalah kelenguhan kaki boleh diatasi dengan cara urutan yang betul. Masalah bau pada kaki juga boleh menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar.

Beberapa kajian mendapati urutan kaki dapat menstabilkan tekanan darah terutamanya jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi.

 

KELEBIHAN GUNA MINYAK KELAPA KETIKA MENGURUT

1)    Melancarkan pergerakan urutan; sebagai bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urutan ,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional

2)   Bertindak sebagai pelembab

3)   Mengelak kulit kering dan menggelupas

4)   Melambatkan proses penuaan (keanjalan & kelembutan lebih ketara)

5)   Merawat sakit kulit

 

URUTAN TAPAK KAKI ATAU REFLLEKSOLOGI

 

TANDA-TANDA SAKIT SEMASA DIURUT.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

 

 

 

 

 

Sumber:  Internet