KelabMama

12 Kebaikan Bertungku Untuk Wanita. Mak-mak Nak Cepat Langsing, WAJIB Amalkan

bertungku

Kredit gambar: www.isterisihat.com.my

Apabila kita menyebut bertungku, ia merupakan amalan yang tidak asing lagi bagi wanita yang berpantang selepas melahirkan anak dan keguguran.

Ia juga adalah amalan tradisi turun temurun sejak dari zaman dahulu lagi oleh nenek moyang kita dan masih diteruskan lagi sehingga ke generasi sekarang.

Bak kata pepatah, tak lapuk dipanas tak lekang dek hujan. Walaupun zaman sudah semakin moden, amalan ini masih diteruskan lagi kerana keberkesanannya.

Kenapa nak kena bertungku Mama Siti?

Bertungku semasa berpantang bertujuan untuk melancarkan darah, mengecut dan menaikkan rahim.

Peranan yang paling penting adalah bahagian perut kerana dengan mengamalkannya ia dapat membantu melangsingkan abdomen di samping dapat menurunkan berat badan.

Selain itu, Mama yang sering rasa kebas kaki, lenguh-lenguh di bahagian bahu dan leher serta pinggang yang sakit sangat sesuai untuk mengamalkannya.

Amalan ini bukan sahaja memberi banyak kebaikan untuk wanita selepas bersalin, ianya juga banyak memberi manfaat untuk kesihatan tidak kira dari pelbagai golongan umur dan jantina.

Di bawah ini Mama Siti telah senaraikan beberapa kebaikan amalan ini untuk kesihatan anda sekalian. Jom kita lihat!

Bagaimanakah Cara Bertungku?

Kredit gambar: www.shopee.com

Haba daripada batu atau besi yang dipanaskan lebih kurang 30 minit di atas api akan dibalutkan dengan daun-daun herba.

Kemudian ia ditekapkan di bahagian tubuh di mana proses ini akan menyebabkan saluran darah pada kulit mengembang, sekali gus khasiat dari daunan herba dapat menjadikan proses peredaran darah bertambah baik.

Kredit gambar: www.majalahpama.my

Kebiasaannya, pilihan daun herba yang kerap dipilih adalah daun mengkudu. Ini adalah disebabkan oleh baunya yang wangi dan mampu memberi ketenangan kepada tuan badan.

Amalan ini boleh dilakukan seawal 3 hari bagi orang yang bersalin secara normal manakala bagi Mama yang bersalin secara pembedahan, perlu tunggu sehingga luka tersebut sembuh sepenuhnya baharulah boleh amalkan amalan ini.

Senarai Kelebihan Bertungku Untuk Kesihatan Wanita

Kredit gambar: theparentstory.com

Berikut merupakan kebaikan yang anda akan peroleh jika mengamalkan amalan ini iaitu:

#1. Melancarkan darah

Bertungku secara berterusan iaitu pada setiap hari dapat membantu dalam melancarkan perjalanan darah.

Haba daripada tungku yang panas membantu untuk pengaliran darah yang baik malah dapat memecahkan darah beku.

Ini kerana haba daripada tungku yang panas dapat membantu untuk pengaliran darah yang lebih baik.

#2. Mengecutkan rahim

Amalan ini amat penting bagi wanita selepas bersalin bagi merawat rahim mereka. Ini kerana dengan bertungku dapat mengecutkan rahim yang kembang semasa mengandung.

Semasa dalam tempoh berpantang, Mama digalakkan bertungku untuk mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan darah nifas. Dengan melakukannya juga masalah haid yang tidak teratur dapat diatasi.

#3. Membuang angin

Kredit gambar: www.hmetro.com.my

Bagi anda yang mempunyai masalah angin yang banyak di dalam badan, amalan ini merupakan salah satu cara untuk membantu memecahkan angin yang ada di dalam badan Mama.

Selepas bertungku badan Mama akan berasa lebih ringan dan segar.

#4. Melancarkan pengeluaran susu

Bertungku di bahagian dada dapat membantu melancarkan pengaliran darah dengan baik. Ianya juga akan memudahkan pengeluaran susu ibu.

#5. Menyegarkan badan

Kredit gambar: my.theasianparent.com

Badan Mama berasa letih atau lesu? Segeralah bertungku. Ini kerana bertungku akan mengembalikan kesegaran badan Mama.

Apabila Mama bertungku, pengaliran darah akan berjalan lancar sekaligus akan menyebabkan badan Mama berasa lebih segar dan sihat.

#6. Bertungku mampu memecahkan lemak badan

Bertungku bukan sahaja dapat memudahkan pengaliran darah bahkan juga dapat memecahkan lemak dalam badan. Justeru, Mama akan kekal langsing dan dapat mengekalkan berat badan yang ideal.

#7. Membuang lendiran darah kotor

Pada kebiasaannya, darah kotor akan keluar sepanjang dalam tempoh berpantang bagi wanita selepas bersalin. Amalan bertungku ini dapat membantu membuang semua lendiran darah kotor dari dalam badan.

#8. Mengurangkan sakit sengugut

Bertungku dapat membantu wanita yang sentiasa menghadapi masalah sengugut. Haba daripada tungku tersebut akan melancarkan proses pengaliran darah dalam rahim.

Oleh itu, Mama tidak akan berasa sengugut yang teruk lagi kerana pengaliran darah berjalan dengan lancar.

#9. Menghangatkan badan

Kredit gambar: babab.net

Kehangatan badan dapat dirasai dengan bertungku. Badan dituam dengan batu tungku dan haba panas daripada batu tungku tersebut akan meresap ke dalam tubuh badan Mama.

#10. Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal

Bertungku dapat mengelakkan tubuh badan Mama daripada menggeleber terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Mama boleh bertungku dua kali sehari bagi mengembalikan tubuh badan Mama kepada keadaan asal.

#11. Bertungku mampu mengurangkan stres

Pengaliran darah yang baik hasil daripada bertungku akan mengurangkan stres Mama. Badan Mama juga akan berasa lebih sihat, dan cerdas.

#12. Bertungku dapat naikkan peranakan

Kredit gambar: pantangplus.com

Peranakan ditolak menggunakan tungku dari bawah sehingga ke pusat untuk mengecutkan rahim yang telah kembang.

Rasa yang tidak selesa kerana ada sesuatu yang menonjol dibahagian faraj itu menandakan rahim Mama sudah jatuh atau berada dibawah sehingga Mama berasa tidak selesa.

Ia juga dapat membantu wanita untuk menaikkan kembali peranakan yang jatuh akibat sering melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

Namun, begitu proses bertungku di bahagian ini perlu dilakukan oleh bidan yang lebih mahir untuk mengelak bahaya.

Otot- otot yang tegang juga akan berasa lebih longgar. Rasa hilang segala lenguh urat dan sendi setelah angin jahat didalam badan telah dibuang.

Namun semasa melakukan tungku, seharusnya tidak boleh melebihi 30 minit ditekapkan pada satu-satu bahagian tubuh. Ini kerana dipercayai jika terlalu lama, dikhuatiri saluran darah boleh mengecut.

Semoga dengan perkongsian ia memberi Mama manfaat yang berpanjangan.

Jom lihat petua atau amalan tradisional yang lain di SINI!