KelabMama

BERTUNGKU BAGI KELAHIRAN NORMAL DAN CZER. APA BEZANYA?

Bertungku memang penting dalam rawatan berpantang untuk kembalikan kesegaran badan serta mengecutkan rahim serta untuk menegangkan kembali otot-otot yang dah longgar. Tujuan bertungku ni adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, kecutkan dan pulihkan rahim serta urat saraf di sekeliling peranakan.

Bagi yang tak tahu, bertungku juga sesuai untuk mereka yang haidnya tak teratur ataupun banyak angin dalam badan tau!

BERTUNGKU BAGI BERSALIN NORMAL vs CZER

Tempoh bertungku bagi bersalin normal atau pun czer tak sama ye. Mama yang bersalin secara normal boleh bertungku seawal hari ke-3 selepas bersalin sehingga hari ke-44. Kalau nak teruskan bertungku pun boleh.

Bagi mama yang bersalin secara czer pula, boleh mula bertungku paling awal pada harike-7 selepas bersalin atau bergantung pada luka pembedahan czer mama. Kalau luka masih belum sembuh dalam tempoh tu, tungku bahagian lain je tanpa tungku pada perut.

BAHAGIAN YANG PERLU DITUNGKU

1) Bahagian peranakan

2) Di sekitar buah dada

3) Di bahagian tengkuk

4) Di bawah pinggang

KELEBIHAN BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN

Ada banyak kelebihan bila bertungku selepas bersalin ni yang perlu mama tahu. Antaranya :

#Pecahkan lemak dalam badan

Ye boleh pecahkan lemak tapi tak adalah sekali bertungku terus kurus ye. Kalau macam tu Mama Siti pun nak! Haha. Bila bertungku ni boleh membantu untuk kurangkan berat badan mama.

#Kecutkan rahim

Bertungku memang boleh kecutkan rahim mama dengan cepat berbanding tak bertungku. Sebab tu wajib bertungku ye mama-mama.

#Kurangkan sakit senggugut

Siapa yang kerap kena senggugut setiap kali datang bulan tu digalakkan sangatlah bertungku ni. Dengan bertungku dapat kurangkan rasa sakit senggugut dan melegakan.

#Lancarkan perjalanan darah

Bila bersalin masih ada banyak lagi darah kotor yang ada dalam badan kita. Bertungku boleh melancarkan dan mempercepatkan perjalanan darah dalam badan.

#Elakkan buasir

Bukan setakat bagus untuk senggugut tapi juga bagus untuk elakkan buasir tau! Itulah the power of bertungku!

#Buang angin dan panaskan badan

Ni part paling MamaSiti suka bila bertungku. Boleh buang angin dalam badan sebab bila angin banyak dalam badan confirm badan rasa tak selesa. Bertungku boleh panaskan badan kita dan badan kita akan rasa ringan je.

#Baik pulih segala urat

Mama mesti selalu dengarkan orang kata lepas bersalin ni banyak urat putus. Allahualam.Dengan bertungku ni boleh baik pulihkan segala urat saraf mama.

TIPS UNTUK MAMA BERTUNGKU

1) Waktu yang paling sesuai untuk bertungku adalah pada waktu pagi (sebelum matahari naik) dan pada waktu petang (selepas waktu asar)

2) Boleh juga bertungku sewaktu badan rasa sejuk-sejuk atau terasa tak selesa akibat perjalanan darah tak lancar

3) Tungku perlu dipanaskan semula bila dah sejuk

Jadi tak ada alasan malas bertungku lagi sebab ada macam-macam jenis tungku yang mama boleh guna. Mama pilih je yang mana mama suka. Terutamanya bagi mama yang baru lepas bersalin tu. Kena selalu rajin bertungku. Yang penting cari mereka (tukang urut) yang betul-betul berpengalaman ye.

Selamat bertungku!