KelabMama

Berpantang Selepas Bersalin: Cara Tradisional ke Moden Yang Lebih Baik?

Mama mesti tahu serba sedikit tentang berpantang selepas bersalin. Mengikut budaya setempat, “berpantang” terdapat pelbagai variasi dan perbezaan dari ciri-ciri perubatan dan pengamalan yang berbeza.

Berpantang tidak asing lagi bagi kaum wanita di Malaysa, merupakan sesuatu yang agak berat untuk dilaksanakan namun ditakuti juga sekiranya tidak mengamalkan sedemikian selepas bersalin.

Berpantang secara tradisional adalah salah satu cara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu terdahulu.

Dipantau oleh seorang bidan, atau ibu mertua yang sudah berpengalaman, berpantang secara tradisional juga memunyai bermacam-macam “pantang larang” dan amalan-amalan serta pemakanan yang tertentu perlu dipatuhi mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Seiring dengan kemajuan negara, rakyat Malaysia kini hidup dengan lebih moden dari pelbagai aspek termasuk juga dalam hal kesihatan dan perubatan.

Kemajuan teknologi maklumat terutamanya membuatkan wanita moden pada hari ini lebih memilih untuk berpantang secara moden dan di pandu oleh pakar-pakar perubatan dan pakar bersalin moden serta dibantu oleh pelbagai teknologi maklumat, sosial, dan e-dagang.

Namun manakah yang terbaik buat mama secara khusus? apakah ciri-ciri dan kebaikan berpantang selepas bersalin dengan cara moden dan tradisional?

Ciri-ciri Berpantang Selepas Bersalin

Tradisional

Kredit gambar: Oh Bulan

Beriut adalah antara amalan yang perlu dilalui setiap hari selama tempoh berpantang secara tradisional:-

Berpantang secara tradisional adalah lebih terikat, dan dibuat berdasarkan ilmu kebidanan nenek moyang. Selain kesihatan fizikal jangka singkat, ilmu kebidanan juga dianggap mengembalikan dan mengekalkan jasmani dan semangat rohani para wanita selepas bersalin dalam jangka masa yang panjang.

Tempoh perlu melakukan amalan-amalan pantang antaranya ialah 30, 44, dan 100 hari.

Moden

Terdapat beberapa perbezaan dalam berpantang secara moden antaranya ialah:-

Kebaikan Berpantang Selepas Bersalin

Kedua-dua kaedah berpantang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun yang mana satu perlu diamalkan dan dijadikan pengamalan buat para mama?

Tradisional

Kredit gambar: Harian Metro

Moden

Berpantang Selepas Bersalin: Mana Satu?

Sangat bagus jika anda boleh melakukan perkara seperti yang dilakukan oleh nenek moyang kita. Ia membantu badan kita berasa sihat dan segar.

Tambahan pula apabila ibu bapa dan suami bekerjasama untuk menguruskan segala-galanya, Mama juga boleh berehat.

Kadang-kadang Mama sangat sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk membuat amalan pantang. Jadi, Mama menggunakan suplemen untuk membantu mendapatkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh mereka.

Mama tidak perlu menghabiskan masa untuk menyediakan makanan atau minuman tertentu. Suplemen itu sama baiknya untuk badan mereka, tetapi ia lebih enak dan lebih mudah digunakan.

Yang terbaik adalah “ukur baju di badan sendiri”, dan perlu “tepuk dada tanya selera” yang manakah satu amalan yang lebih sesuai untuk mama lakukan.

Apa-apa pun sebelum melaksanakan sesuatu amalan berpantang, Mama perlu meminta nasihat daripada Dr. berkenaan amalan yang anda boleh dan tidak boleh lakukan.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Lebih banyak info tentang berpantang di SINI.