KelabMama

Berkat IUI, Anak Lahir Selepas 3 Tahun Penantian

Berkat IUI, Ibu Kongsi Pengalaman Anak Lahir Selepas 3 Tahun Ikhtiar

Sebagai seorang wanita, perkataan ‘tak subur’ mesti frustrating sangat kan? Especially bila mama dah lama kahwin and nak sangat anak. Untuk pasangan yang dah lama menanti ni, mama tak nak cuba ke IUI?

Rawatan IUI atau lebih dikenali sebagai “intrauterine insemination” adalah kaedah rawatan kesuburan atau prosedur fertiliti yang digunakan untuk menghantar sperma secara terus ke serviks atau rahim dengan harapan untuk hamil. 

Mama boleh dapatkan rawatan IUI di mana-mana klinik atau hospital yang menawarkan perkhidmatan fertiliti. Rawatan IUI ni berkesan untuk pasangan yang ada masalah unexplained fertility ataupun wanita yang ada masalah cervical mucus.

Sekarang ni Mama Siti nak kongsi pengalaman rawatan IUI yang berjaya dilalui oleh Puan Nur Haziqah Zainal Abidin demi mendapatkan cahaya mata pertamanya!

Pengalaman IUI di LPPKN Jalan Raja Laut, KL

Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, dah macam-macam cara dan ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat. Period Alhamdulillah regular dan normal.

Jadi saya kelaskan kes saya ni sebagai unexplained infertility . Walaupun orang kata usia perkahwinan masih baru, saya fikir tak perlu tunggu lama-lama untuk usaha dapatkan anak, sebab kalau tak berhasil juga, boleh cuba ikhtiar lain.

Saya perlu kejar masa. Saya dan suami putuskan untuk ambil langkah drastik dan terus call LPPKN

Prosedur Buat Rawatan IUI di LPPKN

1. Book Tarikh Temujanji

Pertama sekali, kena book tarikh untuk temujanji pertama melalui telefon.

Rawatan subfertiliti ini hanya ditawarkan LPPKN branch Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor bahru.

Nurse akan buat short interview dan tanya soalan seperti dah berapa lama kahwin, ada masalah period ke, pernah mengandung atau tak, pernah keguguran atau tak. Just basic question.

Kemudian nurse akan bagi tarikh appointment.

2. Temujanji Pertama

15 Ogos 2016 : Waktu temujanji pertama, akan ada detailed interview, iaitu suami isteri akan ditanya beberapa soalan yang lebih mendalam.

Lepas selesai, suami akan buat sperm test (baca: Semen Analysis) di mana sperma tersebut akan dinilai dari segi keaktifannya, kenormalannya, dan bilangannya.

Kos: RM 65.00

3. Ujian/Konsultasi

1 September 2016: Ujian darah untuk kesan sebarang penyakit kelamin untuk pasangan suami isteri.

Kos: RM 101.00

7 September 2016: Ujian HSG iaitu Hysterosalpingogram. Ujian ni saya lakukan di KPJ Tawakkal. Doktor perempuan, jadi, kurang malu sikit. Ujian ni dilakukan untuk kesan sebarang blocking di rahim dan tiub fallopio.

Kos: RM 200.00

19 September 2016: Ujian darah untuk kesan masalah hormon. Saya saja buat ujian ni sebab husband normal, takde apa-apa masalah. Masalah hormon ni banyak etc, period tak stabil, pengeluaran telur tak matang. Dalam kes saya, saiz telur saya tak matang, tak mencapai saiz yang normal. Saiz telur tak normal menyebabkan persenyawaan tak berlaku.

Kos: RM 20.00

11 Oktober 2016: Consultation doktor dan ujian pap smear. Pap smear untuk kesan sebarang jangkitan dan sebarang risiko kanser serviks.

Kos: RM 30.00

X-ray HSG menunjukkan rahim Puan Haziqah tidak mengalami apa-apa masalah.

4. Rawatan IUI bermula

16 November 2016: Consult dengan Gynea. Dari ujian2 yang kami berdua lakukan, saya mempunyai masalah hormon (saiz telur tak matang). Doktor cadangkan kami untuk lakukan Rawatan IUI iaitu Intrauterine insemination.

Saya perlu consume Chlomid (Chlomiphene) untuk membesarkan telur untuk memastikan prosedur IUI berjaya.

Nota:

Cara makan Chlomid – Dibekalkan dengan 10 biji, perlu dimakan 2 biji sehari, bermula dari hari ke-2 period sehingga hari ke-6, pada waktu yang sama. Tak boleh cepat, tak boleh lambat. Mesti sama. Jam 9 malam pada 5 hari tersebut.

Kos: RM 49.00

5. Transvaginal Ultrasound

25 November 2016: TVS (Transvaginal Ultrasound) dilakukan untuk kesan pembesaran telur.

Alhamdulillah 4 biji telur membesar dengan jayanya.

Saya dibekalkan dengan suntikan Pregnyl dan juga Duphaston (untuk tebalkan dinding rahim). Suntikan Pregnyl ni perlu dilakukan sendiri di rumah, pada jam tepat 9.00 malam. Suntikan di perut. Tujuan suntikan adalah untuk pecahkan telur yang matang.

Kos: RM 162.10

Suntikan Pregnyl. Syringe Pregnyl dan Solven perlu dibancuh terlebih dahulu sebelum disuntik ke perut.

6. Prosedur IUI dilakukan

28 November 2016: Prosedur IUI dilakukan. Suami perlu keluarkan sperma dan sperma dihantar ke makmal untuk proses sperm wash (Sperm Washing).

Kemudian sampel sperma yang telah diasingkan digunakan dalam prosedur IUI. Selepas prosedur selesai, perlu baring selama 30 minit dan bed rest 1 hari. Duphaston masih lagi dibekalkan.

Kos: RM 350.00

7. Ujian Air Kencing Positif Hamil!

20 Disember 2016: Ujian air kencing untuk mengesahkan samada mengandung atau tidak.

Alhamdulillah saya mengandung (4 minggu) dengan sekali cycle IUI. (Tidak boleh buat TVS atau ultrasound sebab kandungan masih kecil).

Saya dibekalkan Folic Acid dan Duphaston.

Kos: RM 183.50

8. Tengok Perkembangan Bayi

3 Januari 2017: Usia kandungan – 7 minggu. Saya buat TVS untuk tengok saiz baby. Alhamdulillah membesar dengan jayanya.

Masih dibekalkan dengan Folic Acid dan Duphaston.

Kos: RM 144.45

9. Temujanji terakhir dengan LPPKN

7 Februari 2017 (Last Appointment): Usia kandungan – 12 minggu

Saya buat TVS sekali lagi untuk tengok saiz baby. Dibekalkan dengan nasihat dari doktor dan juga bekalan ubat (Folic Acid dan Duphaston).

Kos: RM 206.80

JUMLAH KOS KESELURUHAN = RM 1511.85

Rumaysaa Nur Awatif yang lahir jam 5.12 pagi, 17 Ogos 2017 di Hospital Serdang. Berat 3.32 kg.

Alhamdulillah, bayi perempuan saya selamat dilahirkan!

17 Ogos 2017, 5.12 pagi, Rumaysaa Nur Awatif my precious baby selamat dilahirkan setelah 3 hari bertarung nyawa nak lahirkan dia. Alhamdulillah syukur padamu Ya allah atas kurniaan rezeki yang tak ternilai.

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Kalau nak tanya apa-apa, sila tinggalkan komen atau boleh direct message Puan Nur Haziqah di SINI.

Anak sulung pertama, Rumaysaa Nur Awatif 3 Bulan 23 Hari.

P/s: Sebarang rawatan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pasangan, Doktor akan syorkan jenis rawatan yang sesuai

P/s/s: LPPKN adalah badan separuh kerajaan, maka kos perubatannya adalah jauh lebih murah dari klinik swasta dan tempoh menunggunya jauh lebih cepat dari klinik kerajaan yang perlu tunggu turn.

P/s/s/s: Foto adalah beberapa sumber rujukan untuk post ni.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Komathy, Doktor Laila, nurse-nurse dan staff LPPKN Kuala Lumpur.

Sumber: SirapLimau

BACA JUGA DAPATKAN ZURIAT GUNA KAEDAH IVF

Pesan Mama Siti:

Untuk mama yang dah lama menanti cahaya mata, eloklah mama ikut contoh Puan Nur Haziqah. Kosnya memang agak mahal, tapi berbaloi untuk dapatkan anugerah Tuhan. Mama jangan malu dengan perkara macam ni, tak subur tak bermakna mama tak boleh timang anak!