KelabMama

Punca dan Cara Hilangkan Berdengkur Menurut Panel Kesihatan!

lelaki berdengkur

Paling ketara bagi seorang yang berdengkur ialah gangguan bunyi kepada orang sekeliling. Kita mula terfikir bagaimana dengkuran boleh terjadi. 

Mama Siti akan membincangkan perihal berdengkur bermula dari punca, dengkuran kronik dan rawatannya serta cara pencegahan yang sesuai. 

Ayuh, kita lihat lebih lagi.

Apa Itu Berdengkur?

Kredit gambar: Flo Health

Berdengkur ialah apabila seseorang mengeluarkan bunyi serak atau keras semasa tidur. Bunyi tersebut datangnya daripada rongga mulut dan hidung. 

Secara mekanismenya ianya berlaku disebabkan udara yang mengalir di saluran pernafasan bergeser dengan tisu di bahagian leher. 

Sebahagian orang yang mempunyai masalah tidur berdengkur berkemungkinan mempunyai penyakit dan harus segera dirawat. 

Punca-punca Berdengkur

Beberapa faktor tambahan menyumbang kepada keadaan berdengkur. Ianya merangkumi umur, berat badan, alkohol dan gaya hidup

Umur: Semakin berusia seseorang, semakin kerap mereka akan berdengkur kerana saluran pernafasan yang menjadi semakin sempit. 

Berat badan: Masalah obesiti mengakibatkan seseorang terdedah kepada tidur berdengkur. Berat badan berlebihan membuatkan otot di saluran pernafasan dipenuhi lemak. 

Alkohol: Minuman keras membuatkan otot tekak menjadi rileks dan akhirnya menyebabkan seseorang berdengkur ketika tidur. 

Gaya hidup: Seseorang yang tidak cukup tidur telah menyebabkan saluran pernafasan terjejas lalu meningkatkan risiko tidur berdengkur. 

Merokok: Tabiat merokok membuatkan otot tekak menjadi kendur. Keadaan itu menyebabkan tekak menjadi lebih rileks dan mendorong kepada dengkuran. 

Posisi tidur: Bagi sesetengah orang, tidur menelentang menjadi punca kenapa mereka berdengkur di waktu malam semasa tidur.  

Cara-cara Hilangkan Berdengkur

Kredit gambar: Child Health and Parenting Advice

Merujuk kepada portal My Health rawatan klinikal boleh diberikan setelah mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Apa-apa sahaja rawatan yang disarankan mestilah bergantung kepada diagnosis pesakit. Doktor perlu mengenal pasti sama ada pesakit berdengkur disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan ‘adenoid’. 

“Apakah Yang Dimaksudkan dengan Dengkuran Kuat?”

Mereka ialah orang berdengkur pada mana-mana posisi tidur dan mengeluarkan bunyi kuat hingga mengganggu orang lain. 

Individu tersebut perlu mendapatkan khidmat nasihat secara perubatan untuk mengesahkan sama ada menghidap masalah ‘sleep apnea’ atau tidak. 

Ujian akan dilakukan di dalam makmal khas atau makmal tidur yang dikendalikan oleh pakar telinga, hidung dan tekak. 

Adakah Tidur Berdengkur Berbahaya?

Secara umumnya, berdengkur tidak akan menyebabkan kematian tetapi ianya berkait rapat dengan gangguan apnea tidur obstruktif. 

Pesakit apnea tidur obstruktif menghadapi kesukaran bernafas dan berhenti bernafas semasa tidur. Malahan, penyakit ini juga mempunyai kesan sampingan serius seperti; 

Jika Mama atau ahli keluarga mempunyai masalah dengkur yang kronik, segera dapatkan pemeriksaan awal untuk merawat penyakit ini. 

Cara Kurangkan Berdengkur

Kredit gambar: iStock

Walaupun begitu, bagi kes-kes ringan, Mama boleh usahakan dengan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian untuk mengurangkan bunyi berdengkur semasa tidur. 

Langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut;

Kredit gambar: The Center for ENT

Berdengkur sememangnya mengganggu ketenteraman orang lain. Berdengkur tidak hanya berlaku pada orang yang berusia, ada pelbagai sebab menyebabkan dengkuran. 

Mudah-mudahan artikel ini menjawab persoalan Mama berkenaan tidur berdengkur. 


Tingkatkan kualiti kesihatan diri dan ahli keluarga di SINI!