KelabMama

Jenis-jenis dan Tips Pengambilan Beras Untuk Diet dan Kesihatan

Berat badan dan diet sangat dekat dan sinonim dengan kaum hawa, terutamanya para ibu dan isteri. Ramai yang mengharapkan sekurang-kurangnya dapat mengekalkan berat badan sebelum berkahwin. 

Antara tips mudah yang diamalkan oleh ramai kaum wanita di luar sana ialah dengan tidak makan nasi. Benarkah cara tidak makan nasi itu berkesan untuk para ibu? 

Menurut Kevin Zahari, jurulatih dan pakar kecergasan dan fitness yang tidak asing lagi di kalangan kita, kaedah berdiet tanpa nasi ini adalah satu mitos. Nasi mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga kepada badan untuk melakukan aktiviti seharian seperti bersukan dan sebagainya. Ia juga sumber fiber bagi melancarkan sistem penghadaman badan. 

Badan kita memerlukan nasi di dalam diet seharian. Yang perlu kita lakukan ialah memantau jenis dan kuantiti pengambilannya. Tahukah anda bahawa beras yang kita makan itu mempunyai pelbagai jenis dan memberi manfaat yang berbeza antara satu sama lain. 

Berikut, Mama Siti kongsikan jenis-jenis beras sesuai untuk diet dan kesihatan ibu-ibu sebagai panduan, semoga dapat membantu ibu-ibu menambah ilmu bermanfaat.

5 Jenis-jenis Beras di Malaysia

Beras-beras yang ada di Malaysia kebanyakkannya dibahagikan mengikut panjang, kandungan beras hancur dan kadar pengisarannya. 

Antara jenis beras yang ada ialah:

1. Beras Putih

Beras putih di pasaran Malaysia terbahagi kepada beras putih tempatan dan beras putih import. Beras ini mempunyai kandungan mineral dan vitamin seperti zat besi, fosforus dan asid folik. Kebanyakan beras import yang ada, adalah dari negara Thailand dan Vietnam di mana kandungan nutrisinya sama seperti beras tempatan. 

Beras ini juga mempunyai sumber kalori yang tinggi iaitu sehingga 150 kCal untuk 100gm. Cara beras putih diproses menyebabkan ia tidak begitu menyihatkan kerana kebanyakkan nutrien ada dibuang semasa proses pengilangan. Ia juga mengandungi  White rice has a high  Indeks Glisemik yang tinggi yang menjadi risiko kepada pesakit diabetes. 

2. Beras Perang

Jika anda hendak menurunkan berat badan, beras perang adalah beras yang sesuai untuk anda cuba. Beras perang adalah bijirin penuh yang mempunyai lapisan bran dan germ yang tidak terdapat pada beras putih.

Bran sangat tinggi dengan serat manakala germ sangat tinggi dengan nutrisi seperti vitamin B dan zat besi.Kandungan kalorinya sebanya 111 kCal dalam setiap 100gm hidangan juga membantu untuk mengurangkan berat badan.  

3. Beras Basmati

Beras Basmati berasal daripada India dan Pakistan. Ia mempunyai saiz panjang dan apabila dimasak, saiznya akan berganda, Beras Basmati juga mempunyai aroma yang wangi dan tidak melekat antara satu sama lain.

Nasi ini adalah pilihan tepat untuk Biryani, nasi Mandy dan nasi Khabsah serta nasi minyak. Khasiatnya sama juga seperti beras putih yang lain. Kandungan kalori di dalam 100gm beras Basmati ialah 130kCal. 

4. Beras Jepun

Beras Jepun atau Japnica rice ini banyak digunakan untuk masakan Jepun atau Korea. Ia mempunyai saiz yang lebih pendek dan gemuk berbanding beras putih yang biasa kita makan. Ia mempunyai tekstur yang lembap dan lembut dan sedikit melekit berbanding dengan bijirin beras panjang.

Beras ini kaya dengan sumber protein, kalsium dan vitamin serta serat. Beras Jepun ini mengandungi kalori 168kCal dalam 100gm hidangan, tetapi, kerana strukturnya, kita tidak memerlukan kuantiti yang banyak dalam satu hidang untuk kenyang. 

5. Beras Pulut

Warna beras pulut lebih putih berbanding dengan beras putih biasa. Ia adalah bijirin yang mempunyai kandungan kanji dan protein yang tinggi. Untuk memasak beras ini, ia perlu direndam terlebih dahulu.

Beras ini akan menjadi lebih lembut dan melekit selepas dimasak. Beras pulut kukus sangat enak apabila dihidangkan bersama ikan masin dan kelapa parut ataupun bersama potongan buah mangga. Untuk anda yang sedang berdiet mungkin ingin berhati-hati dalam pengambilan beras pulut ini kerana ia mempunyai 185kCal dalam 100gm hidangan. 

Tips Pengambilan Beras untuk Kurang Berat Badan

Sebenarnya, makan nasi bukanlah faktor utama yang menyebabkan berat badan seseorang bertambah. Kita haruslah bijak memilih jenis beras yang sesuai untuk keperluan badan dan aktiviti harian kita. 

Jika mengikut kadar kalori bagi jenis beras, beras perang adalah yang terbaik untuk mereka yang ingin berdiet serta dapat mengurangkan risiko diabetes, obesiti dan penyakit jantung. 

Cara masakan beras atau hidangan nasi itu juga memainkan faktor utama. Pilih untuk memakan nasi yang dikukus berbanding nasi goreng. 

Beras tidak mengandungi protein, jadi, padankanlah makanan nasi anda dengan sumber protein dari haiwan yang berpadanan. 

Bilas dan basuh beras anda beberapa kali sebelum memasaknya untuk menghilangkan kanji yang ada diluar kulit beras. Kandungan air yang kurang juga akan membuatkan kandungan kanji lebih tinggi berbanding memasak beras dengan air yang berlebihan. 

Tambahkan sayur-sayuran sebagai sumber serat tambahan dalam hidangan diet anda. 

Ibu-ibu, sebenarnya, nak kurus tidak salah. Cuma kita akan lebih merasa pentingnya untuk kurus bukan sekadar untuk lawa, tetapi lebih kepada untuk kesihatan. Berniatlah untuk kurus kerana hendak mengamalkan kehidupan yang sihat dan dielakkan dari penyakit berbahaya. Semoga usaha anda untuk mengamalkan diet yang seimbang dan sihat membawa hasil yang bermanfaat.