KelabMama

Beli Barang Online Tak Perlu ‘Panic Buying’

Macam mudah je kalau beli barang online ni kan? Yelah sekarang kan kita berada di fasa Pergerakan Kawalan yang membuatkan pergerakan kita pun menjadi terbatas. Nak keluar beli barang pun tak berani sebab tu ada yang awal-awal dah ‘panic buying’. Benda boleh beli barang online, kenapa nak pening-pening?

Sekarang kan dah banyak aplikasi yang best-best untuk mama beli barang secara online. Tak perlu nak keluar bersesak-sesak sampai berebut barang bagai. Tak perlu. Gunakan teknologi yang ada. Lebih selamat, lebih mudah tak payah nak cari parking, tak payah nak beratur panjang kat kaunter.

8 Aplikasi Menarik Patut Mama Guna Untuk Beli Barang Online

Untuk mengelakkan diri dari sesak orang ramai, lebih baik mama beli barang online je. Lebih mudah tak perlu nak cari parking, lebih selamat tak perlu nak bersesak kat pasaraya. Ini antara aplikasi yang mama boleh gunakan untuk beli barang secara online :

1. Tesco Online

Mesti mama semua pernah dengar pasal perkhidmatan Tesco Online ni. Tesco Online ni cover area sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Seremban dan Melaka. Bila nak beli barang dapur , kita boleh pilih slot di antara 10 pagi hingga 10 malam. Mungkin juga kini dah full slot jadi mama kena sabar sikit ya.

Selain dari barang kering mama juga boleh beli barang basah atau segar seperti ayam, ikan, sayur, roti dan lain-lain lagi. Macam kita shopping dekat Tesco lah tapi bezanya shopping secara online.

Bagi caj penghantaran pula, bergantung pada kawasan rumah mama dan caj servis bergantung pada waktu yang mama pilih. Kalau nak caj yang lebih rendah , mungkin mama boleh pilih waktu bukan peak-hour.

Info lanjut: https://eshop.tesco.com.my/groceries/

Aplikasi Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.tesco.groceries

2. Happy Fresh

Bagi aplikasi ni pula, mereka akan tolong kita belikan barang dekat Cold Storage, Giant atau Tesco. Mama semua boleh download app ni dekat apple store ataupun google play store. Kalau tak ada kad debit atau kad kredit pun tak apa , sebab mereka terima bayaran cash.

Kalau mama nak tahu Happy Fresh ni merupakan sebuah syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang berpengkalan di sekitar Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Mama boleh like Facebook Happy Fresh kalau nak tahu perkembangan terkini macam promosi atau update terkini.

Facebook:https://www.facebook.com/HappyFreshMY/
Aplikasi Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.happyfresh.android&hl=ms

3. Jaya Grocer

Bagi mama yang tinggal di sekitar Lembah Klang , boleh gunakan apps Jaya Grocer ni kalau nak beli barang dapur online terutama sayur-sayuran organik.

Kalau nak beli buah-buahan import selain buah-buahan tempatan pun boleh sebab Jaya Grocer ada semua buah- buahan import yang susah nak dapat dekat supermarket lain macam strawberry , aprikot, blueberry dan lain-lain lagi.

Selain buah-buahan, kita boleh juga dapatkan daging sejuk beku import dari Australia yang halal dan makanan organik yang bebas gluten bagi yang health-concious.

Aplikasi Google PlayStore:  https://play.google.com/store/apps/details?id=my.app.trendcell.com.jayagrocer&hl=ms

4. BUNGKUSIT

Bungkusit ni pula macam perkhidmatan membeli barang menggunakan runner. Bukan je boleh beli barang dapur untuk mama tapi boleh bungkuskan makanan yang mama dah lama nak sangat sama ada gerai ke, restoran atau mana-mana je lah asalkan dalam kawasan yang mereka cover.

Kalau nak suruh hantar atau ambil barang pun boleh , macam contohnya kita nak COD barang customer . Itu pun mereka boleh hantarkan untuk mama.

Bungkusit sekarang ni dah ada di kawasan KL, Selangor ,Johor, Pulau Pinang , Melaka dan Negeri Sembilan.

Facebook: https://www.facebook.com/bungkusit/
Aplikasi Google PlayStore:  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bungkusit&hl=ms

5. Red Tick

Yang ni pula, kalau mama semua nak dapatkan bahan makanan kering, barangan kesihatan atau kecantikan. Mama boleh beli dekat Red Tick kerana ada macam-macam promosi mingguan serta bulanan.

Red Tick ni bermula dari tahun 2010 dan merupakan servis penghantaran makanan yang dipercayai dan orang ramai mula gunakannya di sekitar Lembah Klang.

Facebook: https://www.facebook.com/RedTickOnline/
Laman Web: https://shop.redtick.com/

6. My Groser

My Groser pula aplikasi kedai runcit online yang boleh buat delivery di sekitar Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam , Ampang, Puchong dan banyak lagi.

Kalau mama nak tahu My Groser dapat 4.75/5 rating tau dekat Google Play Store. Jadi aplikasi ni memang orang ramai percaya dan puas hati.

Bila dah dowload, jangan lupa masukkan alamat rumah sebab nak pastikan sama ada diaorang ada tak buat delivery dekat rumah mama.

Facebook: https://www.facebook.com/mygroser/
Aplikasi Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=apps.mygroser.user

7. Grocer Helper

Apps yang ni lain sikit , dia tak ada dekat Google Play Store tapi mama boleh cari dekat Facebook.

Yang ni boleh buat delivery sekitar area Johor Bahru sahaja. Mama boleh gunakan servis ni kalau nak beli barangan basah macam ikan, sayur dan daging. Servis itu termasuklah siap potong dan packing sekali.

So, bila dah sampai ,tinggal masuk dalam peti sejuk je. Senang kan? Harga bermula dari RM 50 dan boleh tahan sampai 1 minggu tau!

Facebook: https://www.facebook.com/grocerhelper/

8. Mutiara Bersatu Barang Basah Delivery

Ni pun sama macam Grocer Helper, tapi untuk pengguna sekitar Pulau Pinang je lah. Mama semua boleh dapatkan barang dapur basah dekat Mutiara Bersatu Barang Basah Delivery.

Boleh dapatkan seafood yang segar , sayur yang fresh dan macam-macam lagi lah. Yang pasti semua benda ni halal dan servis diaorang cepat.

Facebook: https://www.facebook.com/mutiarabersatu/

Semoga aplikasi-aplikasi yang Mama Siti share dengan mama ni dapat membantu memudahkan urusan mama sekeluarga. Lagi pun dengan menggunakan aplikasi seperti ini dapat mengelakkan diri mama dan keluarga dari terdedah dengan wabak Covid-19 ni.

Semoga bermanfaat!

Sumber : SirapLimau

BACA JUGA INI 14 BABY SAFETY ITEMS WAJIB ADA UNTUK SI MANJA MAMA

PESAN MAMA SITI

Banyak lagi sebenarnya aplikasi online menarik yang mama boleh gunakan kalau nak beli barang online. Mama Siti nak pesan ni , kalau beli barang online tu jangan lupa sedekahkan lah sikit tips kat pekerja/runner yang hantar barang ni. Untung-untung boleh buat beli air basahkan tekak lagi-lagi cuaca tengah panas ni. So, Mama Siti harap kalian semua duduk diam dekat dalam rumah ye masa perintah kawalan pergerakan ni. Pastikan jaga kesihatan dan selalu cuci tangan. Semoga Malaysia bebas daripada penyakit COVID-19.