KelabMama

Batuk, Selesema & Demam | Boleh ke Ambil Ubat Ketika Hamil?

Bila dah hamil ni, banyak benda kita perlu berwaspada, dan berjaga-jaga. Dari segi pemakanan, aktiviti harian, perhubungan, kesihatan fizikal dan juga kesihatan mental. Walau bagaimanapun, apa yang harus kita lakukan sekiranya kita jatuh sakit ketika hamil? Boleh ke ambil ubat ketika hamil? Tak menjejaskan kandungan ke? Ikuti tips-tips dibawah untuk keterangan lanjut.

Pengambilan Ubat Ketika Hamil

SAKIT KEPALA

KETIDAKCERNAAN

Ketidakcernaan dan pedih ulu hati boleh jadi satu masalah sepanjang kehamilan. Pada minggu pertama, salur penghadaman Mama akan menjadi lemah menyebabkan makanan sukar dicernakan. Menjelang akhir kehamilan pula, bayi dalam kandungan yang semakin membesar mula menolak perut ke atas. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati. Untuk melegakan keadaan ini, Mama boleh cuba ubat ini:

MERAWAT SAKIT PERUT

Masalah sakit perut dan cirit-birit akan menyebabkan Mama sendiri tak selesa, tetapi ia tidaklah membahayakan bayi Mama. Mama boleh merawat sakit perut dengan mengambil solusi rehidrasi oral untuk mengelakkan Mama daripada ternyahhidrat. Jangan ambil ubat anti cirit-birit yang ada loperamide pula tau!

BUASIR

Buasir ketika hamil merupakan perkara biasa. Selalunya doktor akan bagi minyak atau ubat supositori untuk melegakan punggung anda. Sekiranya doktor tidak memberi apa-apa ubat walaupun sakit itu berterusan, Mama boleh dapatkan nasihat ahli farmasi mengenai ubat yang selamat digunakan ketika hamil.

BATUK DAN DEMAM SELESEMA

Apa yang penting, sebelum anda mengambil apa-apa ubat mahupun makanan tambahan, haruslah dapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Untuk kesihatan anda sendiri dan juga anak dalam kandungan.