KelabMama

Baka Kucing Terbaik Untuk Pemula: Kenali Baka Kucing Kegemaran Anda

Bila Mama Papa nak bela kucing, anda mungkin berasa tidak pasti baka kucing yang mana terbaik. Sudah tentu, Mama Papa ingin pastikan rumah lengkap dengan semua bekalan kucing yang diperlukan.

Tetapi sebenarnya, bahagian yang paling penting (dan seronok!) ialah memilih baka kucing yang paling sesuai dengan rumah dan gaya hidup Mama Papa.

Iya! Bukan boleh main bela sahaja! Setiap baka mempunyai karakter dan ciri khas tersendiri. Antara aspek yang perlu ditekankan adalah:

Dengan lebih 40 baka kucing domestik yang berbeza, pilihannya banyak. Ini adalah beberapa pilihan terbaik untuk seseorang yang ingin mendapatkan kucing pertama mereka.

8 Baka Kucing ‘Popular’ & Sesuai Buat Pemula

#1 Maine Coon

Maine Coon bersaiz sama besar dengan karater mereka. Kucing gergasi ini suka keluarga dan suka berada di sekeliling tuan mereka.

Maine Coon mungkin besar, tetapi mereka adalah gergasi yang lembut, kerana mereka sangat manis dan penyayang dengan manusia. Maine Coon juga suka berada di dalam mana-mana kawasan dimana manusia berada.

Maine Coon bergaul dengan baik dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain, dan dianggap tidak agresif Mereka peramah dan sangat lembut, tetapi mereka juga suka bermain dan memburu.

Saiz seekor kucing Maine Coon boleh mencecah 40 inci! Jadi pastikan anda sediakan ruangan yang cukup untuk mereka bermain.

Bulu panjang mereka memerlukan dandanan yang kerap, jadi ingat kalau Mama Papa nak bela Maine Coon.

Kerana bulu yang tebal ini juga, Maine Coon lebih sesuai duduk di dalam cuaca yang sejuk. Jadi pertimbangkan untuk sediakan ruangan yang ber’air-cond’ untuk kucing Maine Coon anda.

#2 Kucing Siam

Kalau Mama Papa mencari kucing yang manja dan suka bercakap, kucing Siam mungkin sesuai untuk anda. Kucing Siam mempunyai suara yang lain daripada lain, dengan suara serak yang agak kuat.

Mereka sangat penyayang tetapi juga sangat gigih, jadi kalau mereka mahukan perhatian, anda mungkin akan memberi mereka semua perhatian anda.

Antara ciri khas yang ada pada kucing siam adalah campuran warna perang pada bahagian muka, kaki, ekor dan badan mereka.

TAHU TAK? Warna coklat yang ada pada tubuh kucing siam boleh berubah mengikut suhu dan cuaca persekitaran. Sangat menarik!

Kucing Siam adalah penyayang, mesra, dan suka berada di sekeliling orang. Mereka mempunyai bulu pendek yang bermaksud dandanan adalah mudah.

Walau bagaimanapun, mereka boleh jadi sangat inginkan perhatian bak kata orang “attention seeker” jadi hati-hati.

#3 Ragdoll

Baka Ragdoll dibiakkan untuk menjadi penyayang, mudah mesra, dan kurang kerja. Mereka juga mendapat nama mereka kerana karakter yang cenderung menjadi lembik dan liut apabila diangkat. Iya! mereka santai sampai macam itu!

Ragdolls sebenarnya adalah kacukan antara Parsi dan Berman, kedua-duanya adalah baka kucing yang agak santai. Ragdolls sangatlah santai dan penyayang serta sukakan pelukan.

Mereka mesra dan lembut, yang menjadikan baka kucing ini sangat sesuai untuk rumah yang mungkin mempunyai anak atau haiwan peliharaan lain.

Perlu diingat bahawa anda perlu memberus bulu Ragdolls sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengelakkan kusut.

#4 American Shorthair

American Shorthair yang menemani ialah kucing yang mesra dan sosial. Mereka cenderung untuk bertolak ansur dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain dan akan menikmati kehadiran anda tanpa terlalu menuntut perhatian. Bulu pendeknya memerlukan dandanan yang minimum.

Warna dan coraknya yang menarik menjadikan ianya salah satu baka kucing yang sangat menarik perhatian. Mereka tidak perlukan perhatian sepanjang masa, membuatkan American shorthair ini sangat sesuai dibela bagi mereka yang sentiasa sibuk bekerja.

Nota: Walaupun begitu jangan pula Mama Papa buat keputusan untuk bela kucing kalau memang tidak ada masa untuk menjaga haiwan peliharaan.

#5 Bengal

Bengal adalah kucing yang cantik, dan aktif. Mereka lasak, tetapi setia dan akan gembira untuk menyambut orang yang memasuki rumah anda.

Mereka sangat atletik dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka juga suka bermain. Jika anda sedang mencari kucing yang lasak dan pintar, Bengal adalah pilihan utama.

TAHU TAK? Mereka juga boleh belajar trick! Boleh la Mama Papa latih geligat si bulu ni! Kucing Bengal juga sangat menyukai air, dan tak mustahil mereka mandi anda bersama anda!

#6 Kucing Parsi

Lihat sahaja muka itu! Dengan tahap aktiviti yang rendah dan bulu yang menarik, kucing Parsi sememangnya boleh menarik perhatian pemilik kucing pemula. Kucing Parsi adalah seperti anak patung hidup dengan mata gergasi, bulat, kepala besar, dan badan panjang dengan kaki pendek.

Mereka memang sangat tenang dan jinak dan tidak begitu aktif, jadi ini bermakna anda tidak perlu menghabiskan semua masa lapang anda untuk menyibukkan mereka dengan permainan.

Kucing Parsi menyesuaikan diri dengan baik dengan perubahan dalam rutin (kebanyakan kucing tidak), baik dengan kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka lebih suka masa yang tenang, tetapi tidak juga terganggu oleh aktiviti asalkan ia lembut.

Mereka boleh dibiarkan bersendirian untuk jangka masa yang lama, tetapi lebih sukakan perhatian.

#7 Russian Blue

Kredit gambar: Mental Floss

Ini antara Baka kucing yang Mama Siti pernah bela. Russian Blue ialah baka kucing yang lembut dan cenderung rapat dengan keluarga mereka. Tetapi mereka boleh menjadi agak malu dan kadang-kadang agresif dengan orang yang tidak dikenali.

Mereka sangat mudah terdedah kepada perasaan pemiliknya, jadi jika anda berasa kecewa, mereka mungkin datang untuk memberi anda keselesaan melalui pelukan.

Russian Blue ialah salah satu baka kucing yang paling bijak dan aktif secara sederhana kerana mereka berehat sekuat mereka bermain.

Mereka agak senyap – kecuali apabila mereka fikir sudah tiba waktu makan malam.

#8 Domestic Short Hair

Kucing Domestic Short Hair ialah kucing baka campuran yang tidak termasuk dalam baka tertentu, tetapi mereka sering dipanggil dengannama itu oleh penyelamat dan tempat-tempat perlindungan.

Kucing Domestic Short Hair selalunya boleh menjadi antara kucing paling manja dan paling baik yang boleh anda temui.

Sama ada mereka ditinggalkan oleh pemilik asal, ditemui sebagai anak kucing, atau sesat, kucing-kucing yang diselamatkan ini boleh menjadi sangat penyayang, dan sering menjalin ikatan yang kuat dengan pemilik mereka selepas tempoh penyesuaian.

Jika anda ingin mencari bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi kawan baik yang bersyukur berada di rumah yang hangat dan berpelukan di sofa dengan anda, kucing penyayang ini mungkin cara yang paling sesuai buat anda.

Baka Kucing Yang Terbaik?

Dah tahu dah baka kucing yang mana satu yang menjadi pilihan hati? Mama Papa kena ingat tau! nak bela kucing bukannya mudah. Jangan sekadar nampak keindahannya sahaja, banyak perkara yang perlu diambil berat.

Kesihatan dan kebahagiaan haiwan peliharaan anda juga perlu difikirkan. Jangan sekadar ingin bela, tapi tak tahu atau tidak mampu berikan kehidupan terbaik untuk mereka.

Rata-rata usia kucing hanya mencecah tidak melebihi 10 tahun. Sentiasa ingat, bagi kita, mereka hanya sebahagian daripada hidup kita, tetapi bagi mereka, seumur hidup mereka adalah dengan menemani kita.

Sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik buat mereka tidak kiralah baka yang mana pun.


Mama Siti akan kongsikan pelbagai lagi info menarik di SINI.